Bab 10 ✨

41 3 0
                                    

"Please daddy... I need to healing" rengek Keisha Layla kepada daddy nya. Dia sedang memujuk Dato Hisham untuk memberikan dia sejumlah Wang kerana dia ingin bercuti bagi menenangkan fikiran.

"Kan daddy dah masukkan 5K kepada kamu minggu lepas. Takkan dah habis Layla? Kamu kena pandai berjimat. Perusahaan daddy sekarang ada masalah sikit. Jadi kita kena sediakan payung sebelum hujan. Takde la apa apa terjadi nanti kita tinggal sehelai sepinggang." Sempat lagi Dato Hisham menasihati anaknya.

"No daddy. What do you mean by ada masalah and sehelai sepinggang? Daddy nak kata kita akan jatuh miskin ke? Hell no daddy! Layla taknak! Kita akan kekal kaya sampai bila-bila. Fullstop!" Dengus Keisha Layla seraya memeluk tubuhnya.

"Kita kena berfikir ke depan. Hidup ni tak selama nya indah Layla." Pujuk Dato Hisham lagi. Dia sebenarnya risau akan perangai anaknya yang satu itu. Terlalu bongkak dan sombong. Baru beberapa hari lepas anaknya itu memaki seorang wanita pengemis kerana meminta sedekah padanya. Wanita itu membawa seorang anak kecil dalam dukungan. Tega sungguh hati anaknya menghalau mereka tanpa rasa kasihan.

"Daddy. I don't want to talk about this anymore. Change the topic or I'll leave" ugut Keisha Layla. Melihat response Dato Hisham Yang terdiam itu dia menyambung usaha bagi memujuk daddy nya. "So daddy? Boleh tak tambah duit lagi untuk Layla bercuti?" Terkedip-kedip mata nya memujuk daddy nya.

"Daddy akan tambah another 5K je. Cukup ?" Kata Dato Hisham. Keisha Layla yang mendengar sudah ternganga. Apa barang 5K nak pegi bercuti. Nak beli selipar toilet dia pun tak lepas macamni.

"Mana cukup daddy. Layla nak pegi bercuti di Korea. 5K mana cukup" kata Keisha Layla sambil memuncungkan bibirnya.

"Kenapa nak pegi bercuti jauh- jauh? Dalam Malaysia ni banyak lagi tempat menarik boleh pegi kan? Now the choice is yours. Take it or leave it. Nak bercuti di Korea pakai duit kamu sendiri atau terima 5K Yang daddy beri untuk bercuti di dalam Malaysia saja" Dato Hisham menarik nafas panjang. Dia terlalu menanjakan sangat anak nya itu. Segala kemahuan semua dituruti. Sampaikan anak nya itu naik lemak. Dia perlu bertegas demi masa depan anaknya.

"Hish yelah yelah! Layla terima 5K tu untuk bercuti di dalam Malaysia saja. I got to go. Nak kemas luggage" rajuk Keisha Layla sekaligus berlalu ke biliknya. Pakai duit dia nak ke Korea? Mana mungkin! Dia tidak pernah menyimpan duit selama ini. Kerana baginya harta kekayaan daddy nya takkan pernah habis. Nak tak nak terpaksa la di bercuti dalam Malaysia saja. Haihhh apa la nasibnya.

***********

2 minggu telah berlalu.

Keisha Layla menyorong luggage nya ke di lapangan terbang itu untuk mencari pemandu daddy nya. Dia yang baru pulang dari Sabah telah berjoli sakan dengan membeli belah hasil kraf tangan di sana. Tak sangka Malaysia ini mempunyai banyak tempat menarik untuk kunjungi. Sesampainya di tempat menunggu, dia tercari-cari kelibat pemandu daddy nya iaitu Pak Mat.

"Hish! Mana pulak Pak Mat ni?" Rungut Keisha Layla. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu nombor pemandu daddy nya di dail. Namun hanya suara mesin sahaja Yang kedengaran. Dia memanggil pula nombor daddy nya. Pun sama juga tidak berjawab.

"Hishhh mana pegi semua orang ni?! Call tak berjawab. Tunggu la aku akan merajuk dengan daddy. Untung-untung boleh mintak daddy handbag baru ! Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah menaiki teksi.

Setibanya di rumah dia ternampak ramai orang sedang mengangkut sofa kesayangan daddy nya ke atas Lori. Pokok bonsai kesayangan daddy nya juga sedang di tebang. Terbeliak biji matanya. Dengan amarah yang menggunung dia melangkah ke arah mereka sekaligus menempik dengan suara yang melengking kuat.

"Siapa bagi korang kebenaran untuk sentuh barang barang kesayangan daddy aku hah?!" Jeritan Keisha Layla menarik perhatian tuan rumah.

"Excuse me. Who the hell are you? Berani-berani nya you menengking pekerja I? You mesti nak minta sedekah kan? Sorry but I bukan seorang yang pemurah. Now leave before I panggil security!" Tegas jejaka itu.

"Sy..Syed Hijjaz. Yy..you buat apa dekat rumah I ni? Ma..mana daddy I ?" Terpana Keisha Layla melihat jejaka di hadapannya. Jejaka ini pernah menjadi mangsa permainan nya. Bagaimana lelaki ini boleh ada di rumahnya ?

"Hahaha what? Rumah you ? Hei! You ni mimpi ke apa ? Daddy you tu dah muflis! Rumah ni dah jadi hak milik I. You dah miskin sekarang Keisha Layla. Tuhan dah berikan balasan kepada you! Sekarang I nak you berambus dari sini! Security!!!" Halau Syed Hijjaz. Puas hati nya kerana dapat mengenakan gadis itu. Rasakan kifarah you Keisha Layla!

Keisha Layla terus menitiskan air mata dengan laju. Dia hanya diam apabila tangan nya ditarik oleh security Syed Hijjaz. Apabila sampai di luar pagar dia ditolak sehingga jatuh tersungkur. Dia masih terkejut dengan apa yang didengarnya. Daddy muflis? Tapi mana daddy? Kenapa tiada seorang pun yang menelefonnya ketika dia bercuti di Sabah ? Sedang dia melayani perasaan, hujan pun turun dengan lebatnya. Membasahi tubuh seorang Keisha Layla. Perlahan-lahan dia bangun dan langkah diatur tanpa arah.

Kemana dia harus membawa diri. Dia sudah tidak mempunyai sesiapa. Saudara-mara pun tak ada. Nak menelefon Intan tidak mungkin. Kerana Intan sudah berkahwin dengan tunangnya. Takkan dia nak menyusahkan mereka suami isteri. Nombor daddy nya di dail berkali-kali tapi tidak pernah berangkat. Tiba-tiba dia teringatkan pembantu rumahnya. Farah! Mungkin Farah tahu dimana daddy nya. Lalu nombor Farah dipanggil. Setelah berjawab, tanpa salam dia terus menyerbu dengan soalan.

"Farah where is daddy? Apa dah jadi sebenarnya? Betul ke daddy dah muflis?" Bertubi-tubi soalan dilontar kepada Farah.

"Farah tak tahu Cik Layla. Selepas sahaja cik Layla pergi bercuti perniagaan Dato Hisham jatuh muflis. Semua pekerja telah diberhentikan termasuk Farah. Selepas itu, Farah dah tak dengar apa-apa berita lagi berkenaan Dato Hisham." panjang lebar Farah bercerita.

Untuk kesekian kalinya air mata Keisha Layla jatuh di pipi mulusnya. Dia benar-benar sedang di azab oleh Allah. Kehilangan Daddy nya ibarat membawa pergi seluruh jiwanya. Sudah lah mummy nya meninggalkan dia ketika dia baru dilahirkan. Hanya daddy nya tempat dia menumpang kasih. Kini, itu semua direntap pergi dengan sekelip mata.

"Daddy... Where are you daddy. I need you... Layla dah takde sesiapa lagi di dunia ni. Balik lah daddy..." Tangis Keisha Layla. Dia menahan sebuah teksi untuk pergi ke office daddy nya. Dia perlu mencari daddy nya.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now