Keisha Layla - Seorang anak tunggal kepada Dato Hisham. kehidupan nya dilimpahi kemewahan sejak dari kecil lagi. Bapanya merupakan seorang duda dan merupakan seorang usahawan kosmetik. Namun begitu, peribadi Keisha Layla bukanlah seindah namanya. keisha Layla seorang gadis yang biadab, sombong dan suka menghina orang miskin. Baginya, orang miskin itu sungguh jijik dan tiada nilai. Namun sesuatu terjadi padanya sehinggakan dia hilang segalanya.. Zain Iskandar - Seorang peniaga ikan di pasar. Hidupnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Dia merupakan anak yatim piatu. Namun dia masih mempunyai atuk dan nenek saudaranya untuk dia menumpang kasih. Pertemuan Zain Iskandar dan Keisha Layla ibarat bala dalam hidup seorang lelaki bujang dan miskin sepertinya. Bermacam episode duka yang terpaksa ditempuhi demi orang yang dicintainya. Persoalannya, mampukah Zain Iskandar ? ❗Cerita ini adalah idea asal dari saya sendiri. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. ❗ Sebarang persamaan dalam cerita ini dengan karya lain adalah faktor kebetulan sahaja. ❗ Jika ada didapati menciplak hasil karya saya, tindakan tegas akan diambil. Tarikh Mula : 15 April 2023 Tarikh Akhir : 4 Mei 2023