Bab 33 ✨

20 2 0
                                    

Zain Iskandar sedang berada di ruangan pejabatnya. Jarum jam sudah menunjukkan ke angka 8 malam. Namun, tiada tanda-tanda dia ingin pulang. Sejak kepergian Keisha Layla, hidupnya terasa kosong. Dia akan keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat malam. Dia juga sudah lama tidak bercuti. Hanya itu sahaja satu-satunya cara untuk menghilangkan rasa rindu terhadap isteri nya.

Tinggg..

Aplikasi WhatsApp nya berbunyi. Menandakan ada mesej masuk. Lambat-lambat dia mengambil telefon nya. Mesej daripada Rita Kaisara. Anak kepada Dato Zubir. Dato Zubir merupakan rakan kongsi kepada syarikat milik Dato Hisham. Memandangkan Dato Zubir telah bersara, maka Rita Kaisara lah yang mengambil alih syarikat milik papa nya itu.

Hai Zain. Hujung minggu ni our company ada buat annual dinner dengan staff and all the business partners. Everyone should bring their date. So, I ingat I nak ajak you as my date. You sudi tak? - Rita Kaisara

Zain Iskandar melepaskan keluhan berat. Dia tahu Rita Kaisara itu menyimpan perasaan kepadanya. Namun, dia sudah banyak kali cuba mengelak dan memberitahu bahawa dia itu suami orang. Tapi Rita Kaisara tetap juga berdegil. Tengok lah seperti sekarang. Masih juga mengajak suami orang menjadi date nya. Laju saja jari lincah Zain Iskandar menari di atas skrin telefon nya.

I'm so sorry. But no thanks. Saya rasa tak manis kalau saya yang berstatus suami orang ini jadi pasangan awak. Jadi lebih baik awak cari saja orang lain. - Zain Iskandar

Manakala Rita Kaisara di sebelah sana sudah berasa panas hati. Kenapa lah susah sangat Zain Iskandar itu nak jatuh cinta dengan dia? 'Dah ada isteri konon, kenapa tak pernah nampak pun isteri lelaki itu sebelum ini. Mungkin dia cuba untuk menipu yang dia dah berkahwin. Aku akan pastikan aku dapatkan kau Zain Iskandar.' Bisik hati Rita Kaisara.

***************
Keisha Layla melangkah masuk ke dalam kediaman milik Dato Hisham. Dalam hati nya berdebar-debar. Adakah Zain Iskandar ada di rumah ini? Namun, belum sempat dia bertanya lebih lanjut tiba-tiba Atuk Sarip dan Nek Pah meminta diri untuk pulang. Pulang? Pulang ke mana? Keisha Layla tertanya-tanya.

"Hah yelah. Terima kasih la ye sebab sudi teman kan saya ambil Layla di airport. Kirim salam pada Zain. Jumpa malam annual dinner nanti ye?" Kata Dato Hisham dengan ramah. Selaras itu, Dato Hisham melangkah mendekati anak nya. Jelas wajah keliru anak nya itu.

"Diorang balik ke mana daddy? Kenapa tak tinggal di sini je? Lagi satu, tadi daddy kata kirim salam pada Zain? Zain tak tinggal dalam rumah ni lagi ke?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan oleh Keisha Layla. Dia memang betul-betul hairan sekarang ni.

"Ye Layla.. Selepas pemergian Layla 3 tahun yang lepas, Zain ambil keputusan untuk pindah. Dia dah beli rumah baru. Dia kata dia tak sanggup nak tinggal di sini memandangkan banyak kenangan antara dia dan Layla. Dia terseksa kerana terpaksa berpisah dengan isteri dia." Jelas Dato Hisham dengan wajah sayu. Dia kasihan kan menantu nya itu. Sudah la isteri tengah sakit, kemudian ditinggal pula.

Keisha Layla terdiam sejenak. Jadi, selama ini Zain Iskandar tidak tinggal di sini? Ternyata dia benar-benar telah menyakiti hati suami nya. Berdosa nya dia.

"Pasal annual dinner tu?" Tanya Keisha Layla menyembunyikan rasa hati nya.

"Ohhh itu.. Hujung minggu ni company kita ada buat annual dinner. Kan setiap tahun company kita buat. Cuma kali ni lebih bermakna sebab menantu daddy sendiri yang duduk di kerusi CEO. Nanti, Layla pergi ye?" ajak Dato Hisham. Dia perasan akan riak Keisha Layla itu tadi. Dan dia juga telah menyusun strategi untuk itu.

"Kalau tak pergi tak boleh ke daddy?" Tanya Keisha Layla bermalas-malasan. Dia sebenarnya tengah broken ni, suami dia dah duduk rumah lain. Jadinya dia malas nak kemana-mana. Hanya nak healing saja di rumah.

"Eh Layla! Kamu tahu tak suami kamu tu ramai sangat peminatnya. Setiap business partners yang datang, semua nya jatuh hati pada dia. Dah la kebanyakkan nya wanita. Kamu nak ke suami kamu tu kena sondol hah?" Dato Hisham menyembur Keisha Layla sambil mencekak pinggang. Geram dengan kelakuan anak nya.

"Yelah yelah Layla pergi. Daddy ni tak elok la marah-marah. Nanti tak handsome!" Kata Keisha Layla mengusik sambil melarikan diri ke bilik tidur nya. Dia takut dengan daddy nya itu. Takut kena ganyang.

Sesampainya ke dalam bilik itu, senyuman nya terus memudar. Dia melangkah mendekati katil nya. Pandangan di hala kan ke gambar pernikahan dia dan Zain Iskandar yang tergantung besar-besar di dinding. Dia rindu kan suami nya. Tapi, suami nya itu masih mahu ke untuk memaafkan dia? Untuk itu, dia sendiri tak punya jawapan. Dia hanya mampu berharap. Badan di rebah kan di atas katil empuk itu dan entah bila masa nya Keisha Layla tertidur.

*************
Keisha Layla tekun menyuap hidangan makan malam itu ke dalam mulut nya. Sudah lama dia tidak menjamah makanan Malaysia. Dia sungguh rindu. Benar lah kata orang, tempat jatuh lagikan di kenang ini kan pula tempat bermain. Sejauh mana pun dia pergi, tetap tanah air nya juga yang paling selesa.

"Esok kamu pergi ke butik Aunty Maria. Daddy dah tempahkan baju untuk kamu. Kamu tinggal ambil saja. Pakai masa annual dinner tu nanti" arah Dato Hisham. Dia lah yang terpaksa bertungkus lumus menyediakan pakaian untuk anak nya itu. Nak mengharapkan anak nya, alamat nya pakai baju kelawar jelah ke annual dinner tu nanti.

"Baik daddy. Err daddy.. Layla nak tanya sikit boleh?" Tanya Keisha Layla ragu-ragu. Dia sebenarnya segan nak bertanya tentang hal itu kepada daddy nya. Namun, selagi tak di tanya selagi itu dia tak tenang.

"Tanya lah. Sejak bila kamu mintak izin daddy kalau nak bertanya?" Bidas Dato Hisham bersahaja. Sejak sampai ke rumah tadi, anak nya itu terperap saja di dalam bilik. Langsung tak turun ke bawah menemani dia menonton cerita kartun kegemaran nya iaitu Tom & Jerry. Ini tiba-tiba pulak anak nya itu banyak soalan hendak di tanya.

"Betul ke ramai wanita nak try Zain?" akhirnya terlepas juga soalan yang mengganggu fikiran nya. Kalau betul, dia tidak boleh biarkan. Cukup lah dulu dia hampir mengalah dengan Ain sehingga rumah tangga nya goyah. Kali ini dia takkan bagi muka lagi.

"Betul lah. Apa kamu ingat daddy ni membongak (menipu) kamu ke? Tu, anak Dato Zubir si Rita Kaisara tu, bukan main lagi dia mengayat si Zain tu untuk jadi date dia dekat annual dinner tu nanti" Dato Hisham terus-terusan menyucuk anak nya itu. Dia mahu strategi nya menjadi.

Keisha Layla menahan marah di hati nya. Rita Kaisara. Wanita itu sememangnya telah diiktiraf menjadi musuh nya sejak di bangku sekolah lagi. Ini kerana, Rita Kaisara pernah merampas boyfriend nya. Kali ini, nak dirampas nya pula Zain Iskandar? 'Langkah mayat aku dulu Rita' kata Keisha Layla dalam hati. Sudu di tangan nya digenggam kuat.

HIS LOVE : PLAYGIRLحيث تعيش القصص. اكتشف الآن