Bab 18 ✨

30 2 0
                                    

Dalam sedar tak sedar sudah hampir sebulan Keisha Layla tinggal di rumah Zain Iskandar. Hubungannya dengan Zain Iskandar juga semakin membaik walaupun kadangkala ada juga bertikam lidah tapi semua nya masih okay.

Zain Iskandar juga sudah menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab memandangkan ada amanah yang perlu dijaganya sebaik mungkin. Hari ini merupakan hari cuti bagi Zain Iskandar. Dia berhasrat ingin membawa Keisha Layla berjalan-jalan di pekan. Yelah sudah hampir sebulan wanita itu terperap saja dirumah.

"Layla. Aku ingat aku nak bawak kau pegi jalan ke pekan harini. Barang dapur pun ada yang dah habis nanti boleh terus beli sekali" kata Zain Iskandar.

Keisha Layla yang sedang berbaring kekenyangan di atas sofa segera bangun. "Nak!!! Aku pun dah lama tak keluar rumah ni" kata Keisha Layla teruja.

"Kalau kau nak ikut, pegi la bersiap. Tapi sebelum tu aku nak pegi menziarah atuk dengan nenek saudara aku dulu. Kau okay ke ?" Zain Iskandar bertanya dahulu memandangkan Keisha Layla dulu pernah ada kes dengan atuk dan nenek saudara nya.

"Hmmm Kau pegi la dulu tengok diorang. Aku bersiap dekat rumah. Nanti Kau datang ambil aku kat rumah jelah." Jawab Keisha Layla bersahaja. Memang tidak la dia nak ikut berjumpa dengan dua orang warga emas itu. Dia masih lagi trauma dengan apa yang jadi dahulu.

Zain Iskandar yang sudah menjangkakan jawapan Keisha Layla itu segera mengangguk. "Yelah aku pegi tengok diorang sekejap. Kau siap-siap la. Nanti aku balik kita terus pegi pekan." Kata Zain Iskandar sebelum berlalu dengan motosikalnya.

***************

Sampai sahaja di rumah Atuk Sarip iaitu atuk saudara Zain Iskandar, salam terus diberikan. Terkejut dia melihat ada seorang wanita berbangsa negro sedang duduk di ruang tamu rumah atuknya.

"You who?" tanya Zain Iskandar dengan bahasa English nya Yang merapu. Dia enggak bisa bahasa inggeris!

"Hye handsome. My name is Dayang Jennie. You can call me Jennie." kata wanita berbangsa negro itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Eh kenapa nama dia ada macam nama melayu sikit? Hairan Zain Iskandar. Tiba-tiba muncul Atuk Sarip bersama beg pakaian yang besar. Terkejut dia melihat  Dayang Jennie menghulurkan tangan kepada cucunya itu. Segera dia menepis tangan wanita itu.

"Don't touch him!" Kata Atuk Sarip kepada wanita itu. Lalu dia memandang cucunya.

"Kamu jangan nak bersentuhan dengan bakal isteri aku ye Iskandar." Amaran diberikan oleh Atuk Sarip.

"Mana ada Is nak sentuh dia tuk. Ni atuk nak kemana dengan beg besar-besar ni? Atuk nak lari rumah ke?" Tanya Zain Iskandar bertubi-tubi.

"Banyak la kamu punya lari dari rumah. Atuk nak berpindah ikut bakal isteri atuk ke luar negara. Atuk akan bernikah di sana. Atuk nak mulakan hidup baru dengan dia" kata Atuk Sarip malu-malu.

"Atuk nak tinggal kan Is dengan Nek Pah ke? Jangan la pergi atuk. Jangan tinggal kan kami. Nanti kalau apa-apa terjadi pada atuk macam mana Is nak pergi sana?" Zain Iskandar sudah menangis.

"Jadi apa-apa tu macam mana maksud kamu? Kamu nak kata kalau aku mati ke apa ni Is?" Jegil Atuk Sarip.

"Yelah. Atuk bukannya muda lagi" sambung Zain Iskandar.

"Kurang asam jawa punya cucu! Kamu minta aku mati Is! Eeee geram nya aku" Atuk Sarip sudah berkira-kira ingin pelangkung kepala cucu nya itu. Namun dia segara di tahan oleh Dayang Jennie.

"Jangan la marah-marah darling. Kesian cucu you ni" kata wanita itu dengan pelat nya.

"Huh! Nasib baik ada bakal nenek kamu kalau tidak benjol kepala kamu aku. Ni yang kamu menangis macam aku ni dah tak lama di dunia ni dah kenapa Is?" Tanya Atuk Sarip dengan riak hairan. Teruk benar cucu nya ini menangis kenapa?

"Macam mana Is tak sedih kalau atuk dengan nenek nak tinggal kan Is serentak? Is dah takde sesiapa lagi selain atuk dan nenek. Lepasni mana lagi tempat Is nak bermanja dan menumpang kasih?" Terang Zain Iskandar dalam esak tangisnya.

"Si Saripah tu pun nak pergi juga ke?" Tanya Atuk Sarip terkejut. Zain Iskandar pun menceritakan kejadian ketika dia ke rumah nenek nya tadi sebelum dia sampai ke rumah Atuk Sarip nya.

"Assalamualaikum Nenek. Ohhh Nenek!" Laung Zain Iskandar sambil mengetuk pintu.

"Waalaikumussalam. Kamu rupanya Is. Masuk cepat! Lepastu tutup pintu tu. Cepat!" Tergesa-gesa Nek Pah menyuruh Zain Iskandar mengunci pintu. Sambil itu dia meneruskan tugasnya mengemas semua pakaiannya ke dalam sebuah beg besar.

"Eh nenek nak kemana dengan beg ni semua?" Tanya Zain Iskandar kalut.

"Aku kena pergi dari sini. Aku dah pinjam duit Ah Long. Sekarang ni diorang tengah cari aku. Jadi aku kena pergi dari sini" terang Nek Pah.

"Ya Allah nenek. Kenapa sampai pinjam Ah Long ni nek? Kan tiap-tiap bulan Is ada bagi nenek duit? Kalau tak cukup kenapa tak bagitau Is nek? Kenapa sampai pinjam Ah Long?" Soal Zain Iskandar dengan nada kesal.

"Berapa sen sangat la duit yang kamu bagi aku tiap bulan tu Is oii. Mana cukup. Aku nak beli barang kemas lagi baju lagi. Kamu dah la tak kasi aku buat kerja part time aku tu lagi" bidas Nek Pah.

"Memang la Is tak bagi kalau dah kerja part time nenek tu jadi peminta sedekah. Nenek takpayah la pergi nek. Pulangkan semula duit Ah Long ni nek." Pujuk Zain Iskandar sambil menangis. Dia sayangkan neneknya. Nenek nya itu Yang menjaganya selepas kematian kedua orang tua nya dahulu.

"Kamu gila ke Is? Penat-penat nenek pinjam duit ni kamu nak suruh pulangkan. Sudah, nenek nak kena pergi ni. Nanti diorang dapat kesan nenek. Kamu jaga diri baik-baik. Nanti InsyaAllah nenek akan kembali semula. Kamu pergi la balik sekarang. Nenek nak kunci pintu ni" Kata Nek Pah lalu memeluk dan mencium cucu kesayangannya itu sebelum hilang ke dalam perut teksi.

"Hahahahaha" tiba-tiba Atuk Sarip ketawa dengan kuat mengejutkan Zain Iskandar. Kalau tidak kerana ini Atuknya sudah dalam dia smackdown. Ada ke orang tengah sedih dia bantai gelak pula.

"Kenapa atuk gelak? Is tengah sedih ni tau. Atuk tak sedih ke?" Tanya Zain Iskandar sambil mengesat air matanya.

"Macam mana atuk tak gelak? Atuk yang bagi rancangan suruh dia pinjam Ah Long sebab dia mengadu pada atuk dia nak ubah kehidupan dia. Tak sangka dia dengan cakap atuk tu" kata Atuk Sarip dengan sisa ketawanya.

Ya Allah apa jenis abang la Atuk Sarip ni. Ada ke disuruh adiknya meminjam Ah Long? Zain Iskandar yang mendengarnya hampir saja pitam.

"Tapi, kalau ada apa-apa terjadi pada nenek macam mana atuk? Is risau la" luah Zain Iskandar lagi.

"Kamu jangan risau la. Pandai la nenek kamu tu nak survive. Lagipun dia yang pilih jalan ni. Sudah la atuk nak kena ke airport sekarang ni. Kejap lagi flight atuk tiba. Kamu jaga diri ye Is. Nanti atuk dah sampai ke luar negara atuk beri alamat atuk. Kalau kamu free datang la melawat ye" kata Atuk Sarip sambil menarik cucunya ke dalam pelukan.

Zain Iskandar hanya mengeluh lalu pulang ke rumahnya. Hilang segala mood nya itu membawa Keisha Layla ke pekan hari ini.

HIS LOVE : PLAYGIRLTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon