Bab 31 ✨

21 2 0
                                    

Sudah genap 2 minggu kehilangan Keisha Layla. Sudah puas Zain Iskandar dan Dato Hisham mencarinya. Keadaan ini cukup membimbangkan mereka berdua. Hal ini kerana, Doktor Halina memberi tahu bahawa Keisha Layla juga tidak pernah datang lagi ke hospital untuk meneruskan rawatan. Zain Iskandar juga sudah semakin susut badan nya kerana hilang selera makan.

"Kami dah jumpa dia Dato" kata seorang lelaki yang dikenali sebagai Azman. Azman merupakan orang yang diupah oleh Dato Hisham untuk mencari keberadaan Keisha Layla.

"Dimana dia sekarang?" Tanya Dato Hisham setelah mengucap syukur. Akhirnya setelah berhari-hari, dia dapat juga mengesan lokasi anak nya.

"Dia sekarang tinggal dengan seorang wanita tua di sebuah rumah usang. Dato nak saya bawa dia balik ke?" Lapor Azman diselangi pertanyaan. Azman lah yang menjaga Keisha Layla dari jauh selama ini.

"Tak perlu. Saya sendiri akan jumpa dia. Rahsia kan dulu perkara ni dari menantu saya. Saya taknak Layla lari lagi kalau tahu Zain dapat kesan lokasi dia." Tegas arahan Dato Hisham. Dia sendiri akan memujuk anaknya untuk pulang.

"Baik Dato. Saya akan share lokasi nya sekarang." Kata Azman sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Jari-jemari nya menekan-nekan skrin telefon kemudia butang hantar ditekan. "Kalau takde apa-apa lagi, saya beransur dulu ye Dato." Sambung Azman.

Dato Hisham hanya mengangguk lalu mengambil telefon bimbit milik nya. Dia segera turun ke ruang tamu untuk berjumpa dengan pemandu nya iaitu Pak Abu.

"Pak Abu, jom ikut saya." Kata Dato Hisham kepada Pak Abu yang sedang tekun mengelap kereta vellfire milik Dato Hisham.

"Baik Dato." Patuh Pak Abu lalu menghidupkan enjin kereta. Setelah Dato Hisham memasuki perut kenderaan, Pak Abu memulakan perjalanan ke destinasi yang ingin di tuju.

*****************

Keisha Layla terbaring lesu di atas sebuah tilam nipis. Kesihatan semakin merosot. Dia sudah tidak mampu untuk bangun lagi. Stok ubat-ubatan simpanan nya juga semakin surut. Dia juga tidak pergi menjalankan kemoterapi selama 2 minggu. Mak limah lah yang membantu Keisha Layla untuk menguruskan diri. Kerana Keisha Layla sudah tidak mampu untuk membuat semua itu sendiri.

"Assalamualaikum." Orang di luar memberi salam.

"Siapa pula yang datang tu. Sekejap ye Layla. Mak Limah pergi tengok sekejap." kata Mak Limah seraya bangun menuju ke muka pintu. Salam dijawab setelah itu dia membuka pintu.

"Ye Encik. Cari siapa ye?" Tanya Mak Limah kepada lelaki separuh abad itu. Gaya nya seperti orang kaya melihat kepada pakaian nya dan juga kereta nya yang besar.

"Saya Hisham. Bapa kepada Keisha Layla. Di mana dia? Puas saya mencari dia selama ini. Saya sangat risau kan dia. Saya nak berjumpa dengan dia." terang Dato Hisham. Mak Limah terpempan mendengar nya. Kemudian, dia memberikan laluan kepada Dato Hisham untuk masuk.

"Masuklah. Dia ada di dalam." Kata Mak Limah perlahan.

Tanpa membuang masa, Dato Hisham melangkah masuk ke dalam rumah itu sebelum lututnya lemah apabila terpandangkan keadaan anak kesayangannya itu. Terduduk dia di samping anaknya. Tangisan dilepaskan.

"Dad..daddy.. Daddy datang?" Tanya Keisha Layla dengan nada lemah. Sungguh dia juga terkejut dengan kedatangan daddy nya itu.

"Ye sayang. Daddy datang. Layla kenapa tinggal kan daddy dan Zain nak? Kesian Zain. Dah separuh gila mencari Layla. Kenapa buat macamni? Layla tak sayangkan kami ke?" Tanya Dato Hisham sambil mengesat mata nya menggunakan hujung baju.

"Zain dah tak sayangkan Layla daddy. Dia dah jumpa orang yang lebih baik dari Layla. Layla banyak kekurangan daddy. Layla tak layak untuk dia." Kata Keisha Layla sayu. Dia sungguh merindui suami nya itu namun, apabila teringatkan kata-kata Ain yang lalu, dia memendam saja perasaan itu.

"Layla dah salah faham nak.. Semua itu fitnah. Zain di perangkap. Ain sendiri dah mengaku yang dia sengaja buat macamtu untuk hancurkan rumah tangga kamu berdua. Kenapa Layla tak tanya dulu pada Zain? Kenapa buat keputusan terburu-buru Layla?" Dato Hisham menerangkan perkara sebenar kepada anaknya. Dia tidak mahu anak nya terus mempercayai bulat-bulat tentang apa yang diomongkan oleh Ain.

"Layla dah tak lama daddy. Layla akan mati. Kesihatan Layla dah semakin teruk. Layla tak mampu untuk jaga diri Layla sendiri apatah lagi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Biar lah Layla dekat sini habiskan sisa hidup Layla." kata Keisha Layla pasrah. Dia tidak mahu suami nya itu susah kerana perlu menjaga nya. Dia mahu suami nya itu bahagia.

"Layla! Jangan cakap macamtu nak. Tak baik. Dulu sewaktu mummy Layla terlibat dalam kemalangan jalan raya, dia berusaha sedaya upaya untuk selamatkan Layla yang masih di dalam kandungan dia. Dia sanggup pertaruhkan nyawa dia hanya untuk melahirkan Layla ke dunia. Dia menyuruh daddy memilih untuk selamatkan Layla. Takkan Layla nak sia-siakan pengorbanan mummy?" Tanya Dato Hisham. Masih teringat lagi ketika doktor menyuruh memilih salah satu di antara ibu atau anak. Isterinya, Seri Roslinda menyuruh untuk menyelamatkan Keisha Layla. Itu adalah bukti cinta mereka.

Keisha Layla yang mendengar itu terdiam sambil mengalirkan air mata dengan deras. Sungguh dia rindu kan mummynya. Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan mummy nya, namun dia tahu mummy nya itu sangat menyayanginya. Dia berasa berdosa kepada mummy nya kerana terlalu cepat mengalah. Sedangkan mummy nya dulu bergadai nyawa hanya untuk melahirkan dia ke dunia.

"Tapi, penyakit Layla dah semakin tenat daddy. Tak mungkin dapat disembuhkan lagi" kata Keisha Layla dengan esak tangisnya. Baru sekarang dia sedar yang kehilangan diri nya akan lebih menyeksakan orang sekeliling.

"Kita akan ke luar negara. Kita dapatkan rawatan di sana. Daddy akan dapatkan hospital dan pakar yang terbaik untuk rawat Layla. Esok kita berangkat ye nak?" Putus Dato Hisham. Dia berjanji akan buat apa sahaja demi kesihatan anak nya.

"Baik daddy. Tapi.. Layla minta rahsiakan semua ni dari Abang Zain ye daddy. Layla tidak mahu dia tahu yang daddy dah jumpa Layla. Dan kalau boleh, Layla taknak dia tahu di mana Layla berada." Kata Keisha Layla. Dia tidak sanggup untuk bertentang mata dengan suami nya itu. Dia masih belum bersedia.

"Layla tahu kan kemana sahaja seorang isteri itu pergi perlu lah mendapat redha suami? Layla tak mahu jadi isteri yang nusyuz dan derhaka kan? Beritahu lah pada suami Layla tentang keadaan Layla. Layla perlukan doa dia. Walaupun Layla tak mahu jumpa dia, sekurang nya beritahu dia keadaan layla." Pujuk Mak Limah yang sedari tadi melihat adegan dua beranak itu.

"Baik lah, tapi Layla tak mahu dia ikut Layla dapatkan rawatan ke luar negara. Layla akan WhatsApp je dia nanti. Boleh kan daddy?" Tanya Keisha Layla lemah. Sebenarnya dia tidak mahu melihat suami nya itu sedih dan terluka melihat keadaan diri nya yang sekarang ini.

Dato Hisham terpaksa akur dengan permintaan anak nya. Dia berbuat semua ini untuk kesihatan anak nya. Itu yang lebih penting.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now