Bab 28 ✨

20 2 0
                                    

"Jemput lah minum. Ada apa Ain nak jumpa akak?" Tanya Keisha Layla hairan. Pelik, tak pernah-pernah Ain ini baik dengan nya. Sedang kan sewaktu kali pertama mereka bertemu dulu pun masih jelas tatapan tajam Ain terhadapnya.

"Lebih baik Ain berterus terang sajalah. Sebenarnya, Ain dengan Abang Zain dah terlanjur. Dan Abang Zain pun dah setuju untuk bertanggungjawab. Iaitu, menikah dengan Ain. Tapi dia takut akak terkejut maklumlah akak pun tengah sakit sekarang, bila-bila masa aje kubur tu boleh panggil" balas Ain dengan sinis. Puas hatinya melihat wajah terkedu wanita di hadapan nya itu. 'Huh! aku dah kata yang aku akan dapatkan Abang Zain walau apa pun terjadi!' bentak hati Ain.

"Aa...apa yang Ain merepek ni? Abang Zain bukan orang yang macamtu. Dia cinta kan akak. Takkan lah dia sanggup curang dengan akak" kata Keisha Layla sambil memicit kepala nya yang tiba-tiba sakit. Dia tidak percaya suami nya itu sanggup berbuat begitu. Zain Iskandar lelaki terbaik buatnya!

"Akak tak percaya? Ain ada bukti okay!" Ain mengeluarkan satu sampul berwarna coklat dari beg nya kemudian dihulur kepada Keisha Layla. "Dalam ni ada bukti yang suami akak tu curang! Akak sedar lah diri akak tu sikit. Akak tu sakit. Dah nak mati dah pun! Jangan nak tamak sangat. Lagipun dengan keadaan akak yang teruk macamni mesti tak mampu berikan dia zuriat. Entah-entah nak layan nafsu Abang Zain atas katil pun akak tak mampu!" Jerkah Ain sekuat hatinya.

Keisha Layla sudah menitiskan air mata nya dengan laju. Terketar-ketar tangannya memandang isi dalam sampul itu. Terlepas kuat tangisan nya apabila melihat gambar suami nya sangat intim sekali sedang memapah Ain sampai ke bilik tidur. Terlihat, Zain Iskandar sedang membaringkan Ain di atas katil namun pada pandangan Keisha Layla, gambar itu seakan mereka berdua telah bercium!

"So itu jelah Ain nak beritahu pada akak. Ain nak akak paksa Abang Zain untuk bertanggungjawab dalam masa terdekat. Kalau tidak, Ain akan viral kan semua ni. Yang akan malu nanti daddy akan juga sebab ada menantu kaki perempuan. Ain balik dulu. Assalamualaikum." Kata Ain dengan nada puas sebelum melangkah meninggalkan rumah itu.

"Abang..  Sampai hati abang buat Layla macamni.." Rintih Keisha Layla dengan tangisan yang tiada penghujung. Dia bingkas bangun menuju ke bilik nya. Selendang di capai kemudian dia melangkah keluar dari rumah banglo itu. Sakit kepala yang semakin kuat mencengkam tidak dihiraukannya. Dia mahu bersendirian. Dia mahu tenangkan diri. Dia kecewa dengan Zain Iskandar!

****************

"Macam mana dia boleh hilang?! Apa yang kamu buat di rumah Tuti?!" Marah Dato Hisham. Terkejut dia mendengar berita dari menantu nya yang mengatakan Keisha Layla hilang.

"Ma..maafkan saya Dato..Tuan.. Saya benar-benar gak tahu kapan Puan Layla hilang. Selepas saya memberi air kepada Puan Layla dan tetamunya saya terus ke dapur untuk memasak. Saya juga gak tahu kapan tetamu itu pulang" jawab Tuti takut-takut.

"Tetamu? Siapa tetamu tu?" Tanya Zain Iskandar yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Dia sungguh risau akan keselematan isterinya. Isterinya itu bukan nya sihat. Dia takut terjadi apa-apa pada Keisha Layla.

"Saya gak kenal Tuan. Tapi saya ada mendengar nama Ain disebut oleh Puan Layla" jujur Tuti.

Tersentak Zain Iskandar mendengar nama itu. Dia tidak menyangka Ain nekad dengan keputusan nya. Dia pasti ada sesuatu yang di katakan oleh Ain kepada isterinya sehingga isterinya itu melarikan diri. Tangan nya digenggam membentuk penumbuk. Ain sudah melampau!

"Ain? Siapa Ain? Kamu kenal ke Zain?" Tanya Dato Hisham pelik. Lebih-lebih lagi apabila dia melihat wajah tegang menantu nya. Pada ada sesuatu yang terjadi dan ini semua mungkin berpunca daripada perempuan yang bernama Ain itu.

Zain Iskandar pun menceritakan ke semua nya bermula dari pertemuan nya dengan Ain membawa kepada Ain meminta bantuan nya dan akhir sekali ugutan Ain kepada nya. Semua itu diceritakan kepada Dato Hisham tanpa tertinggal satu pun.

Dato Hisham mengeluh perlahan lalu menepuk bahu menantu nya. "Layla dah salah faham ni. Dia dah termakan fitnah Ain. Tapi, Layla bukan seorang yang mudah mempercayai sesuatu khabar angin tanpa bukti sahih. Daddy kenal anak daddy. Mungkin ada sesuatu yang Ain cuba jadi kan sebagai bukti untuk meyakinkan Layla" terang Dato Hisham.

Zain Iskandar terdiam mendengar nya. Bukti apa yang Ain ada? Setahunya dia jarang sekali bertemu dengan Ain berdua. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian di rumah Ain tempoh hari. Kawan Ain! Kawan Ain yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Seingatnya sewaktu dia masuk ke rumah itu untuk membantu Ain, rumah itu berkunci menanda kan rumah itu tiada orang.

"Errr Dato, Tuan. Saya jumpa ini di kebun mini." Tuti bersuara sambil menghulurkan beberapa keping gambar Zain Iskandar dan Ain.

"Allah.. Kejadian sebenar tidak seperti dalam gambar ni. Gambar ni diambil dengan angle yang menampakkan Zain Iskandar tengah bercium dengan dia!" Zain Iskandar membentak sambil mencampak gambar itu ke lantai. Dia sudah terperangkap.

"Ini la bukti yang Ain gunakan untuk yakinkan Layla. Sekarang ni, kita kena cari Layla. Kita kena terangkan perkara sebenar pada dia." Usul Dato Hisham. Dia juga berasa simpati dengan nasib yang menimpa anak menantu nya itu. Sudah bertimpa-timpa dugaan yang mereka berdua itu terpaksa hadapi. Dia berharap semoga anak menantu nya tabah menghadapi semua ini. Doa nya selalu mengiringi anak menantu nya.

Zain Iskandar cuma mengangguk sambil meramas rambut nya sendiri. 'Layla ke mana sayang? Balik lah.. Abang risau kan Layla.. Abang tak buat semua tu sayang..' Rintih Zain Iskandar di dalam hati.

*************
Malam itu Keisha Layla berjalan di lorong gelap seorang diri. Lorong itu sungguh sunyi. Tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya. Keisha Layla terduduk di lorong itu sambil menangis. Dia sudah penat berjalan. Dia mahu rehat. Perutnya juga sudah lapar ditambah pula dengan sakit kepala yang semakin kerap menyerang.

"Anak dari mana? Kenapa duduk di sini sorang-sorang?" Tanya seorang wanita tua. Wanita itu terlihat membawa satu guni yang berisi tin kosong. Pakaian nya lusuh. Rambut nya kusut masai. Wanita itu juga memegang payung untuk memayungi Keisha Layla agar tidak ditimpa hujan.

Keisha Layla semakin menghamburkan tangisan apabila melihat wajah wanita tua itu. Dia amat mengenali wanita itu sebelum ini. Sedang dia menangis serta merta dunia nya kelam. Keisha Layla pengsan tidak sedarkan diri. 

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now