Bab 16 ✨

39 2 0
                                    

"Ishhhh lepaslah! Aku taknak ikut kau lah! Lepas aku kata!" Keisha Layla meronta-ronta cuba melepaskan lengan nya dari pegangan Zain Iskandar.

Sesampai sahaja di motosikal Zain Iskandar, lengan gadis itu dilepaskan. Zain Iskandar memandang gadis itu tajam.

"Aku nak kau ikut aku balik. Tinggal dengan aku. Dan aku jugak nak tunaikan amanah daddy kau iaitu menjadikan kau isteri aku" tegas dan serius sekali bicara Zain Iskandar.

"Heh! Aku kahwin dengan kau? No! Never! Kau sedar lah diri kau tu sikit. Kau tu dah la miskin! Harta pun takde! Harapkan motor cabuk kau ni je! Kau rasa kau layak ke jadi suami aku?" Keisha Layla tergelak sinis.

"Hei perempuan! Kau sedar tak diri kau sekarang ni! Kau sekarang bukannya anak orang kaya lagi dah tau! Kau tu lagi teruk dari aku! Kau sedar tak kau tu tak ubah seperti merempat sekarang ni ?! Agaknya sebab ini la daddy kau tinggalkan kau! Dia tak sanggup nak jaga anak biadab dan tak sedar diri macam kau ni" berombak dada Zain Iskandar sewaktu memintas kata-kata Keisha Layla yang menghina nya itu.

"Kau kena juga ikut aku balik. Aku tahu kau takde tempat tinggal. Dan kau pun dah takde duit kan untuk sewa mana-mana hotel? Ikut aku. Kita bincang dekat rumah." Sambung Zain Iskandar seraya menaiki motorsikalnya.

"Eh aku cakap aku taknak kan?! Maknanya aku taknak lah! Kau jangan nak paksa aku! Takpayah la kau nak tunjuk baik dekat sini Zain! Selama ni kau tak pernah pun layan aku dengan baik! And one more thing, kau kata aku takde duit? Kau ingat aku ni sengkek sangat macam kau ke?!" Jerkah Keisha Layla lagi.

"Kau jangan degil boleh tak? Kau ingat aku nak sangat ke bawak kau tinggal dengan aku? Kalau tak kerana amanah daddy kau aku pun tak nak lah. Selama ni layanan aku terhadap kau semua nya berpunca dari kau. Kau yang kurang ajar dekat atuk dan nenek saudara aku dulu. Lagi satu, kau lupa ke yang kau sekarang ni memang dah sengkek ? Sesengkek aku yang kau hina ni pun tak pernah la lagi aku merempat dan nak bayar harga makanan pun tak cukup sepuluh sen!" Bidas Zain Iskandar geram. Puas hati dia dapat membahasakan wanita itu. Tak sedar diri betul!

"Eh cepat lah naik! Aku nak balik ni. Esok aku kerja lah! Takde masa aku nak melayan kau lama-lama kat sini. Kalau kau berdegil jugak, terpulang la dekat kau. Aku malas nak ambik tahu lagi dah. Kau hidup la sendiri!" Zain Iskandar sudah malas ingin bertekak dengan wanita itu lagi. Buang tenaga dan menambah dosa dia je.

Keisha Layla yang sedari tadi terdiam sudah berfikir-fikir ingin mengikut lelaki itu atau tidak. 'Hish, kalau aku tak ikut dia mana aku nak tinggal malamni? Duit aku pun dah habis.' Desis hati Keisha Layla. AKhirnya dia mengambil keputusan untuk mengikut sahaja lelaki itu.

Di atas motor, Zain Iskandar mencuri-curi pandang ke arah Keisha Layla di belakangnya. Dengan helmet yang besar di atas kepala wanita itu menyebabkan dia mengukirkan senyuman dalam diam. 'Comel' kata Zain Iskandar dalam hati. Seketika dia terpana apabila terlihat wanita itu mengalirkan air mata. Sedikit sebanyak rasa bersalah menyerbu tangkai hatinya. Terlalu berkasarkah dia dengan wanita itu?

*******************

Sesampainya di hadapan rumah bujang Zain Iskandar, mereka berdua turun dari motorsikal itu. Keisha Layla melihat rumah itu dengan pandangan yang tidak percaya.

"Masuklah. Tunggu apa lagi. Kau takpayah la nak buat muka terkejut sangat Layla oiii.. Kau tengok penampilan aku dan motor aku pun kau dah boleh agak rumah aku macam mana. Takkan la rumah aku macam banglo lama kau pulak kan?" Kata Zain Iskandar bersahaja. Bukan dia tak nampak muka Keisha Layla yang berkerut-kerut ketika melihat rumah nya itu. Adalah yang dikutuk nya itu.

"Kau..kau tinggal sini ke? Apa kena buruk sangat rumah kau ni? Ni dah macam kandang kambing aje aku tengok ni!" Tanpa perasaan Keisha Layla bersuara.

Kan aku dah kata, perempuan ni mesti kutuk rumah aku punya! "Rumah yang kau kata macam kandang kambing ni la tempat aku berteduh dari hujan panas tau. Sekurang-kurang nya aku tak merempat!" Sempat lagi Zain Iskandar memerli Keisha Layla.

Keisha Layla memuncungkan bibirkan seraya menjeling lelaki dihadapannya itu sambil langkah diatur memasuki rumah.

"Ini bilik kau. Sebelah ni pulak bilik aku. Dapur ada dekat belakang. Bilik air ada dekat dapur. Jadinya kau nak keluar masuk bilik air untuk mandi tu kau mestilah lengkap berpakaian. Jangan nak berkemban pulak" sempat lagi Zain Iskandar memesan. Wanita itu bukannya boleh percaya. Kalau tak diingatkan memang dibuatnya sesuka hati.

"Eleh, kau takut tergoda dengan aku kan? Aku tau la aku ni cantik" kata Keisha Layla dengan berlagak.

"Cantik tapi tak beradab pun takguna juga. Tapi tetap, aku ni lelaki. Masih ada nafsu. Di antara jantina berlainan berdua-duaan pasti ada yang ketiga iaitu syaitan." Balas Zain Iskandar lagi.

Keisha Layla yang mendengar itu segera menghentakkan kaki nya lalu masuk ke dalam bilik nya. Suis lampu dipetik. Eh! Kenapa tak menyala ni? Dia keluar semula dari biliknya lalu berkata "Kenapa lampu tu tak menyala hah?".

" Ohhh.. Lampu bilik tu mentolnya terbakar. Aku belum betulkan memandangkan dulu bilik tu takde orang duduk. Takpe, esok lah aku betul kan. Lagi satu, bilik air aku tu agak daif sikit rupanya jadi kau jangan la berharap macam kat hotel 5 bintang pulak. Air yang keluar dari pili pun sebesar lidi je. Kunci pun takde lagi tu. Esok la aku settle kan semua lepas balik kerja. Dah aku nak tidur. Bye." Panjang lebar pesanan khidmat masyarakat yang diberikan oleh Zain Iskandar lalu dia masuk ke bilik nya dan menutup pintu.

Oh my god!!!!! Daddy kenapa tinggal kan Layla dengan lelaki ni!!!! Stressnyaaaaa!!! Untuk kesekian kalinya Keisha Layla menjerit dalam hatinya. Rambutnya dicengkam kuat kerana tiba-tiba kepala nya berdenyut sakit. Pain killer ditelan sebelum dia bergerak ke bilik air di dapur untuk membersihkan diri. Seharian dia tidak mandi melengas satu badan dirasakan.

Sesampainya di dalam bilik air. Sekali lagi dia mengeluh. Sepanjang kehilangan daddy nya sudah berapa kali dia mengeluh. Dia terpaksa menghadang pintu dengan baldi supaya tidak terbuka. Pili air dipulas. Hampir meraung dia apabila air yang keluar hanya setitik demi setitik. Berapa tahun nak kena tunggu baru boleh mandi macamni? Dia memulas pili air itu sekuat hatinya sehingga habis. Lega air keluar lebih banyak dari tadi.

Setelah selesai mandi dan lengkap berpakaian dia masuk ke bilik nya dan merebahkan badan di atas tilam. Akhirnya dia terlena dengan kepenatan yang dihadapinya.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now