Bab 3 ✨

46 3 0
                                    

Keisha Layla merempuh masuk ke dalam banglo daddy nya sambil menghentak kaki. "Farah!!!!!!" Lantang suara nya memekik memanggil pembantu rumahnya. Selang beberapa minit masih tiada tanda Farah datang kepadanya. 'Hish! Nak kena dengan aku Farah ni' Tanpa membuang masa dia melangkah ke bilik Farah dan seperti gadis yang tiada adab sepertinya dia akan terus membuka pintu bilik Farah Tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Mencerlung matanya melihat Farah yang sedang memakai bedak di hadapan meja solek.

Laju kakinya mendekati Farah dah tidak semena-mena tangannya naik menarik rambut Farah. "Heh gemuk! Kau pekak ke ?! Takde dengar ke aku panggil ?! Badan dah la gemuk pekak pulak tu!" Hina Keisha Layla kepada Farah.

"Arghhh, sakit Cik Layla. Fa..Farah baru habis solat. Tt..tak dengar Cik Layla panggil." Desis Farah perlahan sambil menahan perit akibat rambutnya yang dicengkam Keisha Layla.

"Huh! Alasan! Kau dengar sini eh Farah, aku nak kau ambil semua barang yang aku shopping tadi letakkan dalam bilik aku. Now!" Arah Keisha Layla lalu keluar dari bilik itu.

Farah hanya memandang kepergian anak tuannya itu dengan rasa sedih. Dia selalu dihina gemuk oleh Keisha Layla kerana badannya yang besar itu. Dia akui memang dia seorang yang gemuk. Beratnya mencecah 120kg. Disebabkan itu dia sering dihina dan dimaki oleh anak majikan nya. Bukan itu sahaja, dia juga sering dipukul oleh Keisha Layla sesuka hati. Tanpa sedar air mata Farah mengalir. Hina sangat ke dia hanya kerana dia berbadan besar?

Tiba tiba kepala Keisha Layla terjengul di sebalik pintu. "Farah! Daddy mana ? Aku cari dekat bilik dia takde pun" tanya Keisha Layla. Sudah jenuh dia mencari kelibat orang tua nya itu di mana-mana namun masih juga tidak kelihatan.

Farah cepat cepat mengelap air matanya lalu berkata "Tadi Farah nampak dia dekat dalam bilik bacaan. Cuba Cik Keisha cari kat sana". Dia tidak mahu anak majikan nya itu melihat dia menangis. Keisha Layla itu seorang yang tidak punya rasa belas kasihan. Silap-silap kalau nampak dia menangis bukannya mendapat simpati malah ejekan dari gadis itu.

"Hmm okay" kata Keisha Layla seraya menutup pintu bilik itu. Bukan dia tak nampak air mata Farah tadi. Dia hanya mengangkat bahu dan mengabaikan nya. Fikirnya orang miskin memang layak diperlakukan sebegitu. Lalu langkah laju di atur menuju ke bilik bacaan daddy nya. Dalam hati nya sudah tidak sabar-sabar lagi mahu mengadu. 'Siap lah kau! Aku akan ajar kau cukup-cukup!' Desis hati Keisha Layla penuh dengan dendam.

HIS LOVE : PLAYGIRLOù les histoires vivent. Découvrez maintenant