Bab 7 ✨

44 3 0
                                    

Keisha Layla melangkah keluar dari bilik air setelah hampir 2 jam dia mandi. Semuanya gara-gara ingin menghilangkan bau busuk air ikan tersebut. Saat itu dia terpandangkan bakul pakaian yang terisi baju kotor yang dipakainya tadi. Dia memang takkan pakai lagi baju tu. Dia menjerit memanggil pembantu rumahnya "Farah!!!!!"

Setelah beberapa saat muncul Farah di hadapannya. "Ya cik Layla" termengah-mengah Farrah menjawab. Soalnya dia berlari dari dapur tingkat bawah ke bilik anak majikan nya ini.

"Kau ambil baju kotor dalam bakul tu lepastu buang! Aku taknak tengok lagi baju tu" jawab Keisha Layla bersahaja. Dia sedang mengeringkan rambutnya.

Farah berjalan mendekati bakul itu. Baju itu diangkat dan dibelek. 'Cantiknya baju ni. Sayang kalau nak dibuang' desis hati Farah. Keisha Layla memandang Farah hairan. Apa yang dibeleknya baju tu lama-lama?.

"Yang kau tercegat kat situ lagi kenapa Farah? Kau dengar tak apa aku cakap tadi?" Dengus Keisha Layla.

"Dengar Cik Layla. Tapi.. Baju ni cantik dan masih elok. Kalau basuh hilang la bau nya ini. Kenapa sampai kena buang?" Tanya Farah ingin tahu. Dalam hatinya sungguh tak sanggup nak buang baju secantik dan semahal ini.

"Memang bukan jenis aku nak pakai baju yang pernah terjadi perkara tak baik. Yang kau beria sangat tanya pasal baju tu kenapa Farah?" Tanya Keisha Layla curiga.

"Sebenarnya Farah tak sampai hati nak buang baju semahal Dan secantik ini. Sayang.. Boleh ke kalau Farah simpan cik Layla ?" Tanya Farah polos.

"Hahahahaha. Kau nak simpan buat apa ? Eh kau tu gemuk lah Farah. Badan macam kau mana la muat nak pakai baju aku tu. Kau tengok la badan kau dengan badan aku macam langit dengan bumi tau. Rabak la baju tu kalau kamu cuba nak pakai" Keisha Layla mentertawakan Farah sekaligus menghinanya.

Farah yang mendengar sudah mengetap bibir menahan sebak. Lagi-lagi soal badan yang diungkit anak majikan nya itu. Bagi seorang yang berbadan besar seperti soal berat badan adalah perkara yang sensitif. Dia mampu berlawan mulut jika ia melibatkan perkara lain tapi bila orang masuk bab berat badan Dia akan kalah.

"Ka..kalau macamtu Farah buang ajelah baju ni. Farah keluar dulu ye" Farah meminta diri keluar kerana dia sungguh ingin menangis saat ini. Dia tidak mahu menangis di hadapan Keisha Layla nanti dikatanya Farah tak boleh terima kenyataan.

"Kejap! Kau terasa ke apa yang aku cakap tadi Farah? Aku bukan cakap benda yang tak betul. Aku cakap benda betul. Memang kau gemuk kan? Takkan Aku nak cakap kau kurus pulak?" Sinis Keisha Layla setelah melihat perubahan air muka Farah semasa ingin keluar dari bilik nya tadi.

"Yy..ye Cik Layla. Memang betul. Saya memang gemuk. Saya keluar dulu" Farah yang sudah tidak mampu menahan air mata terus keluar dari bilik itu dan menangis semahunya apabila sampai di tingkat bawah. Kenapa?  Kenapa orang berbadan besar seperti nya sering dihina? Berdosakah orang berbadan seperti hidup di dunia ini? Dia tidak minta dilahirkan begini. Malah dia sering bersyukur kerana Allah memberikan rezeki yang cukup kepada ibu bapanya kerana berjaya membesarkan nya.

Keisha Layla yang mengikuti Farah diam-diam terkedu mendengar tangisan Farah. Kenapa Farah perlu menangis sedangkan apa yang dicakap itu lah kebenarannya. Dia hanya mengangkat bahu lalu berlalu dari situ tanpa berniat untuk meminta maaf setelah menyakiti perasaan orang lain. Dia tetap lah seorang Keisha Layla gadis yang sombong, bongkak dan tiada adab.

HIS LOVE : PLAYGIRLOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz