Epilog Akhir ✨

21 3 0
                                    

Keisha Layla melangkah keluar dari chalet nya bagi mencari kelibat Zain Iskandar. Dari situ sudah kedengaran bunyi deruan ombak yang menghempas pantai. Tadi sewaktu dia menidurkan kembar nya suami nya itu memberitahu ingin keluar sebentar. Namun, sehingga sekarang batang hidung nya masih tidak kelihatan. Dia mencapai shawl nya kemudian di lilit simple di kepala. Dia membuka langkah menghampiri pantai.

Dia ternampak kelibat yang di cari nya itu sedang duduk di atas batu di gigi pantai. Terdapat juga ada pelancong lain yang sedang menyalakan unggun api dan bermain gitar. Walaupun jam sudah menganjak ke pukul 12 malam, namun masih ramai manusia di situ. Dia berjalan menuju ke arah suami nya.

Di peluk tubuh suami nya yang membelakangi nya itu. "Abang buat apa kat sini lama-lama?" Tanya nya sambil menyandarkan kepala dan memejam mata. Selesa dengan tubuh suami nya.

"Sayang... Terkejut abang. Takde lah, abang saje ambil angin malam dekat sini. Tiba-tiba teringat ibu dan ayah abang. Kalau mereka ada sekarang mesti seronok kan?" Kata Zain Iskandar. Dia sangat merindukan kedua orang tua nya itu. Benarlah kata orang, antara rindu yang paling menyakitkan adalah rindu pada orang yang telah tiada.

"Walaupun ibu dan ayah takde di sisi kita, mereka tetap hidup di dalam hati kita. Layla percaya yang mereka akan gembira bila tengok kita bahagia. Kalau abang tak keberatan, boleh Layla tahu kenapa ibu dan ayah meninggal?" tanya Keisha Layla ragu-ragu. Dia takut menyinggung perasaan suami nya. Tapi, sudah lama sebenarnya dia ingin bertanya kan tentang hal itu.

"Ibu dan ayah meninggal dalam kebakaran. Masa tu abang umur 15 tahun. Abang tengah exam masa tu. Dulu kami tinggal di rumah flat. Jiran sebelah rumah tinggalkan anak-anak diorang yang masih kecil dekat rumah. Then, diorang main api. Serta merta kebakaran tu berlaku dan merebak ke rumah kami dengan cukup pantas. Ibu dengan ayah tengah tidur masa tu. Diorang tersedar bila api dah cukup marak. Takde jalan nak larikan diri lagi. Akhirnya, ibu dan ayah rentung dalam rumah tu." Cerita Zain Iskandar sayu. Dia mengesat air mata nya yang hampir gugur.

Keisha Layla yang mendengar juga turut menangis. Dia memeluk suami nya. Tak sangka suami nya itu menanggung luka yang cukup dalam. Kehilangan orang tua sekaligus di saat masih belum matang. Dia patut bersyukur walaupun mummy nya meninggal, dia masih ada daddy yang merawatnya sehingga dewasa.

"Macam mana abang dapat tahu ibu dan ayah meninggal?" Tanya Keisha Layla.

"Atuk datang ke sekolah abang untuk jemput abang balik. Abang tanya banyak kali dekat dia kenapa. Tapi dia tak jawab. Hanya menangis je. Bila sampai je dekat hospital baru lah Nek Pah bagitau abang. Luluh hati abang. Masa tu abang betul-betul down. Nasib baik ada atuk dan nenek. Diorang la yang menjaga abang sampai abang habis sekolah. Lepas abang kerja, baru abang pindah rumah. Rumah yang abang duduk tu adalah rumah pusaka atuk kandung abang. Abang kepada Atuk Sarip." Cerita Zain Iskandar panjang lebar.

"Abang tak terfikir nak sambung belajar?" Tanya Keisha Layla. Ini kerana hari itu, sewaktu dia membantu mengemas bilik suami nya dia ada ternampak keputusan spm suami nya. Suami nya itu seorang yang bijak rupanya.

Zain Iskandar cuma tersenyum sambil menggeleng. "Atuk dan nenek memang ada paksa abang untuk sambung belajar tapi abang taknak. Abang dah cukup terhutang budi pada diorang. Lagipun nak sambung belajar bukan nya murah. Banyak nak pakai duit. Ibu dan ayah bukan nya orang senang. Ayah kerja sebagai penoreh getah. Ibu pulak cuma buat kuih." Terang Zain Iskandar.

Keisha Layla berasa simpati dengan nasib suami nya. Sangka nya hanya dia sahaja yang diuji rupanya ada lagi yang berat ujian nya. "Layla simpati dengan abang. Berat dugaan yang abang tanggung. Maafkan Layla kerana dulu masa kita jumpa, Layla berkasar dan biadap dengan abang. Macam-macam Layla kata dan buat pada abang." Tutur Keisha Layla sebak. Sungguh, dia rasa bersalah dan berdosa. Lebih-lebih lagi apabila dia mengupah orang untuk membelasah Zain Iskandar dulu.

"Abang dah lama maafkan sayang. Semenjak abang terima sayang dalam hidup abang, sikit pun abang tak berdendam. Abang ikhlas nak jadi kan sayang sebagai isteri abang." Zain Iskandar menarik isteri nya ke dalam pelukan. Satu ciuman dihadiahkan kepada isteri nya.

"Terima kasih sebab abang sudi terima Layla. Layla sayang dan cintakan abang sunguh-sungguh. Walaupun untuk seribu tahun lagi. Nama abang tetap bertakhta dalam hati Layla." Keisha Layla meluahkan kata cinta nya. Kalau dulu, dia malu-malu tapi sekarang tidak lagi. Dia tidak mahu menyesal kerana tidak pernah meluahkan rasa sayang nya.

"Sepatutnya abang yang kena ucapkan terima kasih dekat sayang. Sebab sayang sudi terima abang dulu sedang kan Layla tahu abang takde apa-apa. Abang bukan orang senang. Tapi abang berjanji dengan sayang yang abang takkan sia-siakan hidup sayang dan anak-anak kita. Abang akan jaga korang lebih dari apa pun."

"Abang dah menunggu waktu yang cukup lama untuk menjadi diri abang yang sekarang. Dan bila abang bertemu dengan sayang, semua nya berubah. Abang lebih belajar menghargai dan mencintai. No measure of time with you will be long enough. But let's start with forever. Because you're My Love, Playgirl." Kata Zain Iskandar sambil mengukur senyuman tampan kepada isteri nya. Keisha Layla yang terharu sudah mengalirkan air mata untuk yang keberapa kali nya.

Diambil tangan isterinya lalu dicium. Mata mereka berdua bertentang ibarat menyalurkan cinta yang sungguh dalam tiada penghujungnya. Mereka bersyukur kerana Allah mempertemukan mereka di saat mereka berdua masih tiada arah tuju yang jelas. Mereka berdua berharap agar cinta mereka akan kekal bahagian sehingga ke hujung nyawa.

**************** TAMAT*****************

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now