Bab 21 ✨

33 2 0
                                    

Keisha Layla dan Zain Iskandar memasuki pejabat Encik Munir. Mereka ingin membincangkan tentang wali yang bakal mewalikan Keisha Layla nanti. Adakah Dato Hisham sendiri yang akan mewalikan anak nya?

Keisha Layla memerhati pakaian Zain Iskandar dari atas ke bawah. Ya ampun! Seluar mamat ni koyak kat lutut lah! Tiba-tiba Keisha Layla mengangkat kedua belah tangan dan berkata "errrr saya tak kenal dia ni".

Zain Iskandar yang mendengar nya sudah bengang. Kurang asam jawa punya Layla. Berani dia kata tak kenal aku?! Apa teruk sangat ke rupa aku ni?!

Belum sempat Zain Iskandar membahasakan sepupunya itu tiba-tiba pintu bilik  Encik Munir terbuka. Terperanjat mereka berdua apabila melihat Dato Hisham ditemani PA nya iaitu Saleh atau lebih mesra di kenali sebagai Sally.

" Da..daddy. Daddy sihat? Layla rindu daddy" kata Keisha Layla sebak. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Setelah salamnya bersambut dia memeluk daddynya.

"Alhamdulillah daddy sihat. Marilah masuk dulu. Ada benda yang perlu dibincangkan" Dato Hisham mengajak anaknya dan Zain Iskandar masuk ke dalam bilik Encik Munir.

"Daddy pergi mana selama ni? Kenapa tinggal kan Layla? Daddy tahu tak Layla hidup terkontang-kanting nasib baik ada Zain. Alhamdulillah kerana dia tak pernah mengabaikan amanah dia dalam menjaga Layla. Untuk itu Layla bersyukur kepada Allah swt." Kata Keisha Layla.

Dato Hisham terpegun mendengar kata-kata anaknya itu. Anak nya ini sudah berubah. Bukan lagi seorang yang bongkak, sombong dan biadap seperti dahulu. Anak nya ini sudah mula bertudung dan memakai baju yang labuh dan menutup aurat. Anaknya ini juga membaca bismillah sebelum melakukan apa-apa perkara. Dan tutur kata nya pula semakin lembut sekarang tidak lagi kasar dan mendesak seperti dahulu. Semua ini adalah hasil didikan daripada Zain Iskandar iaitu anak saudara nya.

Mata nya dilirikkan pula ke arah Zain Iskandar. Terbeliak mata nya apabila melihat lelaki itu sedang bermain buih yang tercipta daripada air liur nya sendiri. MasyaAllah! Benar ke lelaki ini yang menjaga anak nya selama ini! Apa kena pelik semacam aje dia tengok.

"Sebenarnya daddy terpaksa buat semua ini sebab nak menyedarkan Layla. Daddy tak mampu nak ubah Layla sebab daddy terlalu berlembut dengan Layla. Jadi apabila daddy dapat tahu arwah adik daddy iaitu bapa Zain mempunyai seorang anak lelaki, daddy berusaha menjejaki Zain Iskandar. Daddy dan bapa Zain dua beradik saja. Kami terpisah sejak kecil kerana orang tua kami bercerai. Daddy ikut atuk Layla manakala bapa Zain ikut nenek Layla. Apabila daddy mendapat tahu Zain ni sepupu Layla daddy berpakat dengan Encik Munir untuk pura-pura muflis. Daddy nak Layla belajar hidup susah dan tidak memandang hina lagi kepada orang miskin" panjang lebar penjelasan dari Dato Hisham.

"Jadi.. Selama ni daddy tipu Layla? Daddy tak pernah pun jatuh muflis? Dan Encik Munir! Encik pun tipu saya? Sampai nya hati semua orang buat Layla macam ni. Daddy tahu tak, Layla takde duit nak bayar makanan sampaikan terpaksa basuh pinggan dekat gerai tu. Nasib baik ada Zain. Dia yang selamatkan Layla. Kenapa semua kejam dengan Layla!" Agak tinggi nada suara Keisha Layla oleh kerana rasa kecewa di dada nya.

"Manners please Keisha Layla! Kamu ni masih tak berubah lagi ke? Masih nak biadap dengan orang tua? Kamu jangan sampai daddy tinggal kan kamu semula dan kali ni daddy takkan balik lagi jumpa kamu! Kamu nak ke?" Ugut Dato Hisham.

"Sabar dulu uncle.. Layla ni memang dah berubah. Solat pun dia tak tinggal sekarang. Masak pun dah makin pandai. Mengemas juga dah makin mahir. Layla memang dah berubah menjadi seorang wanita yang mithali. Dia tertinggi suara saja dengan uncle sebab mungkin dia kecewa" Zain Iskandar menenangkan situasi tegang antara dua beranak itu.

Keisha Layla yang mendengar Zain Iskandar menyebelahi nya semakin jatuh cinta pada lelaki itu. Dia memandang lelaki itu dengan pandangan cinta yang mendalam. Mata nya ibarat mengatakan 'I love you' kepada Zain Iskandar manakala Zain Iskandar membalas 'I love you too' juga melalui pandangan mata.

"Yang kamu berdua muka macam orang tahan berak ni kenapa? Yang sorang tersengih yang sorang acah-acah muka macho." Kutuk Encik Munir tiba-tiba.

Serentak Keisha Layla dan Zain Iskandar memandang ke arah Encik Munir. Pandangan mereka kepadanya ibarat menghantar satu petanda bahawa bala akan menimpa nya sekejap saja lagi.

"Kenapa Encik Munir tipu saya? Selama ni Encik Munir tahu kan dimana daddy berada?" Tanya Keisha Layla sambil membeliakkan mata nya. Manakala Zain Iskandar sudah mengambil pen milik Encik Munir lalu di jadi kan tempat menggaru kepala nya. Lalu serta merta pen itu di tuju ke perutnya.

"Baik Encik Munir jujur dengan kami sekarang! Kalau tak saya cucuk pen ni dekat perut Encik!" Gertak Zain Iskandar.

Dato Hisham yang melihat muka pucat tidak berdarah Encik Munir itu sudah tergelak-gelak. Lalu dia berkata "Tell them the truth". Dia menyambung ketawa nya lagi apabila Encik Munir sudah mula berpeluh sakan apabila Zain Iskandar sudah memutar-mutarkan kerusi pejabat yang diduduki oleh Encik Munir itu.

"Ba..baik! Saya akan beritahu! Tapi tolong jauhkan makhluk ni dari saya!" Kata Encik Munir sambil menunjuk ke arah Zain Iskandar. Sungguh dia berasa ngeri dengan lelaki itu. Pening kepala nya akibat kerusi nya dipusing-pusing oleh lelaki itu. Setelah melihat lelaki itu menjauhkan diri darinya dia menarik nafas sebelum mula berbicara.

"Sebenarnya semua ini atas permintaan daddy Cik Layla. Dia yang minta saya rahsiakan semua ini. Memang saya tahu di mana keberadaan Dato Hisham selama ini kerana setiap hujung minggu saya akan singgah minum kopi di rumah Dato Hisham." Terang Encik Munir.

"Daddy buat semua ni untuk menjadikan Layla sebagai manusia yang berguna. Andai kata nyawa daddy tak panjang, siapa akan membimbing Layla kalau Layla masih tidak berubah? Daddy sayangkan anak daddy. Daddy tak mahu dia terus terjerumus dengan nikmat dunia yang sementara. Daddy nak anak daddy belajar menjadi muslimah yang sejati." Besar harapan Dato Hisham kepada anaknya.

Keisha Layla yang mendengar itu terus saja mengalirkan air mata. Betapa berdosa nya dia dahulu kerana tidak pernah menyenangkan hati daddy nya. Dia tidak pernah kisahkan harapan daddy nya. Alhamdulillah sekarang dia masih diberi peluang untuk berubah.

"Sudah lah, mari kita balik. Kita ambil barang-barang kamu berdua di rumah Zain kemudian kamu berdua akan tinggal dengan daddy" arah Dato Hisham.

Keisha Layla dan Zain Iskandar memandang antara satu sama lain. Lalu Zain Iskandar bersuara, "Uncle, saya ada benda nak bincangkan antara saya dengan Layla".

Dato Hisham tersenyum lalu berkata "Baiklah, kita bincang di rumah nanti". Lalu mereka bertiga meninggalkan pejabat Encik Munir dengan hati yang gembira. Gembira kerana Allah masih memberi kesempatan kepada mereka untuk bersama kembali.

HIS LOVE : PLAYGIRLTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon