Bab 32 ✨

21 1 0
                                    

Keisha Layla sedang duduk di dalam pesawat menuju ke Jepun. Dia akan mendapat kan rawatan di sana kerana Jepun mempunyai salah satu hospital terbaik di dunia untuk pesakit kanser seperti nya. Dia akan ditemani oleh Dato Hisham memandangkan Dato Hisham mempunyai salah seorang kenalan lama yang bertugas sebagai doktor pakar di sana. Keisha Layla termenung mengingatkan pesanan WhatsApp daripada Zain Iskandar tadi.

Assalamualaikum abang. Layla harap abang baik-baik saja. Layla akan berangkat ke luar negara bagi mendapatkan rawatan. InsyaAllah kalau umur Layla panjang, kita akan bersama semula. Layla mohon doa dan restu dari abang sepanjang Layla tiada di sisi abang. Halal kan makan minum Layla selama Layla tinggal dengan abang. Terima kasih sebab dah menjadi suami yang terbaik buat Layla. Abang jaga diri baik-baik ye. Layla cintakan abang sampai syurga. - Keisha Layla.

Waalaikumussalam. Layla Kesayangan abang... Layla pergi mana sayang? Kenapa tinggalkan abang? Marah betul Layla dengan abang ye sampai jauh sangat Layla lari tinggalkan abang. Kenapa Layla tak beritahu abang Layla nak ke luar negara? Abang boleh teman kan. Layla bagi location ye? Abang datang. Abang nak beri sokongan pada isteri abang. - Zain Iskandar.

Tak perlu abang. Layla baik-baik ke dekat sini. Ada daddy yang temankan Layla. Tolong lah kalau abang nak Layla terus kan rawatan ni, abang jangan cari Layla. Layla takboleh nak tengok muka abang. Layla mintak maaf. - Keisha Layla.

Layla dah bencikan abang ke? Layla masih tak percaya kan abang? Abang cuma sayangkan Layla takde yang lain lagi dalam hati abang. Layla cinta pertama dan terakhir abang. Tolong jangan seksa abang dengan kepergian sayang. - Zain Iskandar.

Ye! Layla dah bencikan abang! Layla memang tak percaya kan abang! Jadi tolong jangan ganggu Layla lagi! - Keisha Layla.

Takpelah kalau dah Layla cakap macamtu. Abang doa kan semoga urusan Layla dipermudahkan. Abang sentiasa akan tunggu Layla walaupun masa tu jasad abang dah tak bernyawa. Semoga cepat sembuh bidadari syurgaku. - Zain Iskandar.

"Layla.. Kamu okay tak ni? Sakit ke?" Tanya Dato Hisham sekaligus menyedarkan lamunan Keisha Layla.

Dia sedih kerana terpaksa berpura-pura membenci suami nya. Sedang kan dia tidak pernah terfikir pun untuk berbuat demikian. Dia cuma terpaksa agar Zain Iskandar mengalah dalam mencari nya. Dia tidak mahu berjumpa dengan suami nya itu dalam keadaan dia tidak lagi terdaya sebegini. Bergerak perlu menggunakan kerusi roda. Kepala nya yang sudah botak. Ditambah pula tubuh nya yang cengkung tidak ubah seperti mayat hidup. Dia malu untuk berhadapan dengan suami nya itu.

Sedikit sebanyak kata-kata Ain terkesan juga dalam benak nya apabila perihal penyakit dan keadaan fizikal nya di perkatakan. Dia tidak sanggup untuk melihat kesedihan pada wajah suami nya saban hari. Bukan dia tidak perasan, setiap kali lepas solat suami nya itu akan menangis di atas tikar sejadah. Dia tidak sanggup lihat semua itu. Jadi biarlah dia menjauhkan diri nya sekarang. Setidak nya, jika dia disahkan tiada harapan untuk sembuh nanti, suami nya tidak akan terlalu sedih apabila dia dijemput sang pencipta.

Manakala bagi Zain Iskandar pula, hati nya bagai disayat pilu apabila Keisha Layla pergi meninggalkan nya. Kenapa pada saat-saat begini isteri nya itu ingin menjauhkan diri. Setidaknya berilah dia peluang untuk menjaga wanita itu sehingga akhir hayat nya. Kenapa Keisha Layla terlalu kejam pada diri nya? Diri nya seolah-olah tiada hati dan perasaan. Apakah Keisha Layla hanya berpura-pura saja menyayangi nya selama ini? Zain Iskandar rapuh. Rapuh hati nya dan semangat nya hanya kerana cinta.

*****************

3 tahun kemudian...

"Hello, daddy dekat mana ni? Kenapa tak nampak pun lagi batang hidung daddy?" Tanya Keisha Layla dengan nada merajuk nya. Dia sekarang sedang menunggu Dato Hisham untuk mengambil nya di lapangan terbang. Ini adalah kali pertama dia pulang ke Malaysia selepas dia pergi ke Jepun 3 tahun yang lalu. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa kepada Allah, Keisha Layla disahkan bebas daripada barah otak yang dihadapinya. Justeru itu dia pulang, pulang mengambil semula apa yang menjadi miliknya.

"Ni daddy ada dekat belakang kamu ni" kata Dato Hisham. Serentak Keisha Layla berpaling. Alangkah terkejut nya dia melihat daddy nya bersama-sama dengan Atuk Sarip sedang berjoget sakan sambil membawa banner yang tertulis "welcome back Keisha Layla!". Tiba-tiba muncul Nek Pah entah darimana sedang meniup wisel. Selepas itu, dia pun ikut sama berjoget sakan tarian pak agogo.

Keisha Layla sudah menutup muka nya kerana malu yang teramat. Dia malu kerana hampir kesemua orang di lapangan terbang itu memandang ke arah mereka. Keisha Layla menepuk dahi nya dengan tangan lalu mengangkat beg tangan nya separas muka. Dengan lafaz bismillah dia berlari meninggalkan mereka semua yang tercengang di situ.

"Eh! Apa kena si Layla tu lari? Dia tak nampak ke kita semua tengah menyambut kepulangan dia?" Tanya Dato Hisham sambil menghentakkan kaki nya di lantai.

"Mungkin dia nak main kejar-kejar." Kata Atuk Sarip sambil menayangkan wajah serius lagak CEO Megah Holding yang sedang membincangkan projek juta-juta.

"Kalau macamtu jom lah kita kejar dia! Aku pun dah rasa agak tebal muka aku kat sini. Orang ramai asyik pandang-pandang aje. Tahu lah aku ni dah cun melecun sekarang." balas Nek Pah sambil mengibas rambut panjang nya. Untuk pengetahuan semua, Nek Pah sekarang dah jadi wanita korea yang muda belia. Dia membuat pembedahan plastik di Korea untuk mengelakkan diri dari di kesan Ah Long. Wajah nya sekarang saling tak tumpah macam Lucinta Luna.

"Kamu tu harapkan muka aje muda Pah oiii. Umur kamu tu dah. Tu, rumah baru kamu yang 7 kaki ke dalam( kubur ) tu dah memanggil-manggil dah" balas Atuk Sarip bersahaja. Atuk Sarip pula sudah menjadi jutawan apabila isteri lama nya telah meninggal dunia akibat terkena sawan. Isteri lama nya merupakan seorang yang kaya raya di luar negara. Oleh itu, Atuk Sarip berjaya membuat arwah isteri nya mewasiatkan semua harta kepada nya sebelum arwah meninggal dunia. Licik betul Atuk Sarip ni!

Akhirnya mereka semua bergerak meninggalkan lapangan terbang itu bersama-sama. Mereka menuju ke banglo mewah milik Dato Hisham. Dalam hati Keisha Layla berdebar-debar kerana ingin berjumpa dengan seseorang yang telah lama dirinduinya. Iaitu Zain Iskandar. Apa khabar agaknya suami nya itu? Pelbagai persoalan bermain di minda nya. Semakin dekat dia ingin sampai ke rumah semakin berdebar detak jantungnya.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now