Bab 2 ✨

46 3 1
                                    

"Hei kau ni sape hah ?! Tepi lah! Biar aku belasah orang tua gatal ni!" Kata Keisha Layla sambil Cuba menolak badan lelaki itu.

Lelaki itu berpusing ke arahnya diselangi dengan satu jelingan tajam ibarat mata pisau diberikan kepada Keisha Layla. Terpaku sekejap Keisha Layla di situ melihat pandangan yang menikam ke dalam matanya itu. "Kau buat apa dekat atuk aku hah?!" Tempik Zain Iskandar.

"Ohhhh orang tua ni atuk kau ? Kau tak patut biarkan orang tua gatal ni berkeliaran merata-rata macamni tau. Kalau aku lah, memang aku kurung je dekat rumah. Takpun hantarkan aje ke rumah orang tua-tua. Menyusahkan orang je" bidas Keisha Layla tanpa segan silu.

"Eh perempuan! Kau ni asal dari neraka ke hah? Sampai hati kau maki atuk aku ni. Mana pergi hati perut kau?! Mak bapak kau tak mengajar adab ke apa ?! Apa salah atuk aku pada kau sampai macamni sekali kau buat dia?!" Bergetar suara Zain Iskandar menahan amarah dan sebak apabila melihat atuknya yang sudah tua itu.

"Kau nak tau apa atuk kau buat ?! Atuk kau tu raba bontot aku tau tak?!!! Sesuka hati je nak meraba orang! Dasar orang tua gatal !" Jerit Keisha Layla kepada Zain Iskandar.

Terkedu Zain Iskandar mendengar ucapan wanita itu. Dia menoleh ke arah atuknya. "Betul ke apa yang perempuan ni cakap atuk? Atuk raba bontot dia ke?" Tanya Zain Iskandar kepada atuk kesayangannya.

"Ma..mana ada cu. Di..dia yang raba bontot atuk ni haa.. Mentang la atuk ni dah tua sampai hati dia buat atuk macamni. Atuk rasa macam dah taknak hidup je lagi kat bumi ni" kata atuk Zain Iskandar itu dengan wajah sayu yang dibuat-buat.

"Hei perempuan! Kau ni perempuan jenis apa haa ?! Kau tak kesian ke dengan atuk aku ni sampai kau cabul dia ?! Kau tak nampak ke atuk aku ni dah tua ?! Aku tak kira kau kena bertanggungjawab! Aku nak kau kawin dengan atuk aku." Jerkah Zain Iskandar. 

Keisha Layla yang mendengar nya sudah hampir mahu pitam. Ada ke patut dia yang kena tuduh mencabul warga emas itu ? Dia ? Perempuan muda cantik dan seksi macam dia ni yang kena tuduh ? apa bodoh sangat ke cucu warga emas ini ? "Kau jangan nak buat kerja bodoh la! Cuba kau fikir logik sikit, tengok penampilan aku ni. Logik ke aku nak cabul atuk kau ?! Lagi satu, kahwin dengan atuk kau ? Mati hidup balik pun aku takkan kahwin dengan orang tua ni!" Amuk Keisha Layla sepuas hatinya.

Zain Iskandar yang mendengar kan itu terus melihat dua manusia di hadapannya. Ditilik keduanya cuba mencari kebenaran. Akalnya ingin mempercayai gadis di hadapannya ini. Tetapi hati nya yang melihat wajah atuknya tidak sampai hati untuk menuduh atuknya menipu.

"Aku tetap dengan keputusan aku. Kau kena kahwin juga dengan atuk aku! Kau tengok muka atuk aku ni. Macam dah taknak hidup je dekat dunia ni lepas apa yang jadi tadi" serius wajah Zain Iskandar menuturkan ayat itu.

'Oh my god!!!! Daddy I need you right now. Tolong Layla daddy !!!!!' Namun itu semua hanya monolog Keisha Layla di dalam hati. Tangannya naik memicit dahinya. Sakit kepala dia memikirkan hal yang terjadi hari ini.

"Macam mana ? Kau setuju dengan cadangan aku ?" Tanya Zain Iskandar.

"Jangan harap aku nak setuju! Kau tunggu. Aku akan adukan perkara ni kepada daddy aku. Daddy aku akan hapuskan orang miskin macam korang berdua ni. Daddy aku kaya tau!" Tegas Keisha Layla. Tanpa mendengar apa apa lagi Keisha Layla terus meluru memasuki kereta nya lalu memecut laju meninggalkan mereka berdua. Kereta dipandu ke banglo daddy nya. Tidak sabar dia ingin adukan semua nya kepada daddy nya. Biar daddy nya kerjakan mereka berdua itu.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now