Bab 5 ✨

40 3 0
                                    

Keisha Layla dan Intan melangkah laju untuk memasuki pasar itu. Apabila sudah hampir dengan kedai ikan yang di cari, Keisha Layla bersembunyi di balik dinding. "Intan, kau pergi buat-buat macam nak beli ikan. Alihkan perhatian mamat tu. Aku akan ambil gambar dia senyap-senyap." Arah Keisha Layla yang sudah siap sedia dengan telefon pintar miliknya.

"Okay." Intan menurut dalam keadaan terpaksa. Walaupun dia berkawan dengan Keisha Layla, namun tidak semestinya perangai gadis itu dia suka. Keisha Layla gadis yang baik cuma apabila berhadapan dengan orang yang serba kekurangan, dia akan menjadi biadap. Sudah puas Intan menasihati namun tetap sama juga.

"Ye Cik. Nak ikan apa? Ikan kami semua fresh-fresh lagi ni. Sila lah pilih jangan malu-malu." Ramah Zain Iskandar melayan pelanggan nya. Intan yang rambang mata melihat ikan-ikan segar itu segera mengambil raga ikan. Ikan kerisi di isi dalam raga itu. 'Ini kalau buat masak taucu sedap ni' bisik hati Intan.

Sedang Keisha Layla terhendap-hendap mengambil beberapa keping gambar Zain Iskandar, tiba-tiba diri nya di sapa oleh seorang nenek tua. Nenek tua itu memakai baju yang compang camping. Rambut kusut masai. Dan membawa tempurung kelapa. Kalau melihat dari gaya nya nenek tua itu adalah seorang peminta sedekah.

"Cu.. Boleh tak bagi nenek duit sikit. Nenek lapar ni cu. Belum makan lagi." Rayu nenek tua itu kepada Keisha Layla. Keisha Layla yang sememang nya alergik dengan orang miskin itu sudah mula naik angin. Dia tengah sibuk boleh pula nenek itu mengacaunya.

"Hei orang tua! Aku peduli apa kau belum makan?! Boleh tak jangan kacau aku! Berambus!" Jerkah Keisha Layla lantang. Dia cuba melangkah menjauhi nenek tua itu. Namun, tiba-tiba lengan nya di tarik oleh nenek tua itu.

"Alaaa cu.. Boleh la cu.. Bagi la nenek duit sikit. Tak banyak pun nenek mintak.. Bagi la dalam seratus dua ke apa hehe please la cuu... Kesian kan lah nenek cu..." Rengek nenek tua itu sambil mengoyang-goyangkan lengan Keisha Layla.

"Eh tepilah bodoh! Kau tu dah la Kotor! Busuk! Jangan sentuh aku lah!" Jerit Keisha Layla seraya menolak nenek tua itu sehingga terjatuh. Dia mengesat lengan nya dengan tisu. Jijik benar lagaknya dengan sentuhan nenek tua itu.

"Kau dengar sini ye orang tua! Kau ingat aku ni bank negara ke hah nak kena bagi kau duit?! Suka hati kau aje nak mintak aku seratus dua! Kau pergi la kutip tin-tin kosong dekat tempat sampah sana! Jangan nak meminta minta duit orang aje!" Hina Keisha Layla dengan suara yang cukup kuat.

Disebabkan suara nya yang kuat itu, dia telah menarik perhatian semua manusia yang berada di pasar itu. Termasuk lah perhatian seorang jejaka yang sudah diamuk amarah. Sakit hati nya melihat perlakuan kurang ajar gadis itu. Dia mengambil sebaldi air basuhan ikan lalu menapak ke arah gadis itu. Tanpa segan silu, dia menyimbah gadis itu dengan air basuhan ikan yang cukup busuk.

"Ahhhhhhh!!!!!! Bodoh!!!!!!! Siapa yang simbah aku dengan air busuk ni hah?!!!" Jerit Keisha Layla seperti orang gila. Dia menyelak rambut yang menutupi muka nya lalu anak mata nya bergerak mencari si pelaku. Alangkah terkejut nya dia apabila Zain Iskandar lah pelaku nya!

"Heh jantan! Apa masalah kau hah?! Kau gila ke?!" Jerkah Keisha Layla sambil menolak bahu Zain Iskandar. Dia sudah seperti ingin menangis kerana rupa paras nya yang tidak ubah seperti orang tidak siuman. Apa lah Malang nasib nya hari ini.

"Kau tu yang dah gila! Apa masalah kau nak kurang ajar dengan nenek saudara aku?!" Zain Iskandar tidak kurang lantang suara nya. Sakit hati nya melihat nenek saudara kesayangannya diperlakukan sedemikian rupa.

"Kau tanya lah orang tua ni! Dia yang paksa aku bagi sedekah dekat dia! Dia yang pegang-pegang aku!" Balas Keisha Layla lagi. Kenapa semua orang yang memberi nya masalah akan ada kaitan dengan lelaki itu. Tempoh hari lelaki tua kerepot gatal itu. Hari ini nenek tua peminta sedekah ini pula. Keduanya merupakan keluarga lelaki itu!

"Tak kisah la nenek aku buat apa sekali pun, tapi kau takde hak nak hina dan berkasar dengan dia macamtu! Kau ingat aku bagus sangat ke?! Jangan bongkak dengan harta kekayaan yang kau ada! Sekelip mata aje tuhan boleh tarik semua tu!" Bidas Zain Iskandar sambil melindungi nenek saudara nya itu. Dia tidak mahu nenek nya di apa-apakan.

"Harta daddy aku banyak lah! 7 keturunan belim tentu habis! Kalau nak beli harga diri orang miskin macam kau pun aku mampu lah!" Jerkah Keisha Layla dengan bongkak. Intan yang mendengar nya sudah beristigfar di dalam hati. Begitu angkuh nya manusia bila memiliki kekayaan.

"Kurang ajar kau!" Zain Iskandar sudah bersedia untuk menampar muka Keisha Layla. Sungguh kali ini dia benar-benar marah. Begitu hina nya dia di mata orang kaya seperti gadis itu. Namun, belum sempat penampar di layangkan lengan nya tiba-tiba ditahan oleh Leman. Leman merupakan bos tempat Zain Iskandar bekerja. Taukey kedai ikan itu.

"Sabar Zain. Bawak mengucap. Ingat Allah. Jangan ikutkan amarah tu. Nanti kau juga yang susah. Kau tengok sekeliling. Semua orang tengah tengok ni. Nanti kalau ada yang merakam kau pukul perempuan, kau juga yang kedalam." Bisik Leman di telinga Zain Iskandar. Dia cuba menenangkan pekerja nya itu. Belum pernah dia melihat lelaki tu hilang kesabaran sebegini rupa. Tapi, gadis itu memang pada nya juga melampau dan biadap. Kalau dia pun akan naik angin juga.

Zain Iskandar segera mengucap di dalam hati. "Kau dengar sini eh perempuan. Kau jangan bagi aku nampak lagi muka kau dekat sini! Dan jangan sesekali bersikap biadap dengan orang lain. Aku doakan semoga kau diberi hidayah sebelum kau mati nanti!" Sinis Zain Iskandar.

"Dah lah Keisha. Jom kita balik. Malu la orang tengok. Saya mintak maaf ye bagi pihak kawan saya." Kata Intan sambil menundukkan kepalanya. Dia malu kerana jadi bahan tontonan awam.

"Ye saya juga minta maaf atas kelakuan pekerja saya. Harap hal ini jangan dipanjangkan lagi. Jom Zain" kata Leman sambil menarik tangan Zain Iskandar untuk beredar dari situ.

Manakala Intan menarik Keisha Layla menuju ke kereta. Keisha Layla yang semakin berdendam dengan lelaki itu sudah mula menyumpah di dalam hati. Dia berjanji tidak akan melepaskan lelaki itu untuk hidup senang lenang. Dia akan pastikan lelaki itu mendapat balasan kerana telah bermain dengan api.

HIS LOVE : PLAYGIRLDär berättelser lever. Upptäck nu