Bab 22 ✨

28 2 0
                                    

Sampai sahaja di hadapan sebuah rumah banglo 3 tingkat milik Dato Hisham, Keisha Layla dan Zain Iskandar terlopong. Besar nya rumah ni malah lagi besar daripada rumah lama Dato Hisham.

Keisha Layla dan Zain Iskandar duduk menikus di ceruk sofa. Mereka terbiasa diri mereka sungguh kerdil di saat ini. Keisha Layla pula sudah terbiasa dengan kehidupan nya dengan Zain Iskandar semakin kekok untuk menyesuaikan diri dengan kemewahan. Si Zain Iskandar pula lagilah, selama 27 tahun dia hidup ni pertama kali dia menjejak kan kaki ke rumah sebesar ini.

Tiba-tiba meja kopi di hadapan mereka di tepuk kuat oleh Dato Hisham.

Pakkkk !

Eh?!!!! Terkejut dua makhluk di hadapan nya itu. Sampai ternaik kaki mereka berdua.

"Yang kamu berdua senyap macam kita dekat kubur ni dah kenapa? Cakap la sesuatu. But please, jangan senyap nyahhh!!!" Kata Dato Hisham dengan lenggok lembut nya. Sebelah tangan nya di letakkan di dahi manakala sebelah lagi di patah kan gaya bapuk.

"Errr ehem. Sebenarnya uncle, Zain dan Layla dah bersetuju untuk berkahwin. Kami dah suka sama suka. Ye tak Layla" senggol Zain Iskandar kepada Keisha Layla di sebelah nya.

"ye..ye betul daddy. Layla cinta kan Zain" angguk Keisha Layla.

"Hmm baik lah kalau begitu. Minggu depan majlis kamu akan berlangsung. Daddy akan sediakan semua nya. Sally pula akan uruskan tentang majlis. Okay tak nyahh?" Tanya Dato Hisham kepada Sally.

"Beres nyahh!" Jawab Sally sambil menepuk tangan.

"Sudah, sekarang ni kamu berdua pergi la naik ke bilik untuk berehat. Nanti malam kita keluar makan bersama-sama di hotel 5 bintang." Arah Dato Hisham.

Keisha Layla dan Zain Iskandar pun berlalu ke bilik masing-masing. Untuk kesekian kali nya mereka terlopong melihat kemewahan bilik mereka.

****************
"Zain aku nak ikut! Bawak lah aku sekali!" Jerit Keisha Layla kepada Zain Iskandar yang berada di dalam kereta sport milik Dato Hisham.

"Mana boleh! Aku nak pergi gunting rambut je lah. Takpayah la ikut. Nanti nak tunggu kau bersiap alamat gugur lah semua rambut aku ni" balas Zain Iskandar. Lalu tanpa segan silu dia pun menekan pedal minyak meninggalkan Keisha Layla yang menghentak kaki di situ.

Tanpa disedari gelagat mereka diperhatikan oleh Dato Hisham dengan senyuman lebar. Gembira hati nya kerana anak nya sudah berubah. Dia sungguh terhutang budi dengan Zain Iskandar. 'Aku janji adik, aku akan jaga anak kau ni sepertimana aku menjaga Layla' bisik hati Dato Hisham.

***************
Zain Iskandar keluar dari salon rambut itu sambil bersiul-siul kecil. Dia ingin singgah ke kedai kek bagi membelikan kek kesukaan Keisha Layla. Cheesecake! Ini adalah taktik untuk mengelakkan makwe atau isteri anda semua daripada merajuk ye. Sebelum dia merajuk kita bagi dulu something yang mereka suka. Confirm tak jadi merajuk! Hahahahaha.

"Errr Abang Iskandar kan?" Tegur seorang wanita. Wanita itu bersama-sama dengan sorang lagi wanita yang sudah berusia. Mungkin ibunya.

"Errr ye saya. Siapa ye?" tanya Zain Iskandar. Dia tidak dapat mengecam gerangan yang menegurnya.

"Ini Ain la. Junior Abang dulu. Abang tak ingat Ain ke?" tanya Ain.

Zain Iskandar cuba mengingati siapakah Ain yang di katakan ini dengan dahi yang kerut seribu. Lama-kelamaan dia tersenyum. Sudah mengingati. "Ohhh Ain. Yeye Abang ingat. Apa khabar sekarang?" Tanya Zain Iskandar. Ain merupakan pengawas pusat Sumber di sekolah Zain Iskandar. Sewaktu ingin keluar dari Pusat sumber itu, dia tertinggal buku di atas meja. Ain lah yang memulangkan kepada nya. Dari situ hubungan mereka agak rapat.

"Khabar baik. Abang sihat? Wah makin handsome dan bergaya abang sekarang. Siap naik kereta mewah lagi." Puji Ain sambil menilik ke arah kereta sport milik Dato Hisham. Sebenarnya kereta itu adalah milik Keisha Layla. Namun, Dato Hisham menyuruh dia untuk merahsiakan dari Keisha Layla itu. Sebab apa? Dia pun tak tahu.

"Abang sihat Alhamdulillah. Takde lah Ain. Abang biasa-biasa aje" kata Zain Iskandar merendah diri.

"Abang free ke sekarang ni? Mari lah ikut kami pulang ke rumah. Boleh kita minum kopi sambil berborak panjang" pelawa Ain dengan senyuman manis. Namun, Zain Iskandar yang melihat nya tidak merasakan apa-apa. Senyuman Keisha Layla sudah terlebih gula buat nya. Tinggal tunggu kena potong kaki aje. Eh?

Zain Iskandar yang ingin membalas terbantut cakapnya apabila IPhone pemberian Dato Hisham miliknya berbunyi. Tertera nama 'Bidadari 🤍' di skrin telefon nya. Keisha Layla yang menelefon. Laju sahaja butang jawab di slide.

"Hello Zain! Kau kat mana ni? Lama nya gunting rambut? Kau tolong barber tu gunting kan rambut pelanggan lain sekali ke?" Perli Keisha Layla di talian.

"Yeye aku dah nak otw balik la ni. Sekejap lagi aku sampai" kata Zain Iskandar.

"Aku nak kau bawak aku jalan-jalan. Aku tak kira. Aku bosan la" rengek Keisha Layla lagi. Dia sekarang memang manja sungguh dengan lelaki itu. Semua benda nak kena Zain Iskandar ada sekali. Tapi takpe, Zain Iskandar pun suka!

"Yeye kau bersiap la. Kejap lagi aku sampai" kata Zain Iskandar seraya mematikan panggilan. Lalu pandangan di arah kan kepada dua manusia di hadapan nya kembali.

"Maaf lah Ain. Abang tak dapat terima pelawaan Ain tu. Abang ada hal selepas ni. Tu nak kena cepat tu. Abang balik dulu ye. Saya balik dulu ye makcik. Assalamualaikum" kata Zain Iskandar kepada dua beranak itu lalu memboloskan diri ke dalam kereta.

Ain hanya memandang kepergian Zain Iskandar. Dia tersenyum suka. Ibu nya di sebelah sudah menggeleng kan kepala. Bukan dia tidak tahu dengan perangai anak nya yang satu itu. Pantang nampak Zain Iskandar mula la dia tersipu malu.

"Mak.. Mak setuju tak kalau Abang Iskandar tu jadi menantu mak?" Tanya Ain sambil tersenyum-senyum.

"Mak ikut saja pilihan kamu. Asalkan kamu tak merampas hak orang. Kamu tengok ajelah penampilan dia sekarang. Dah semakin bergaya. Takkan la kacak macamtu masih belum berpunya" kata Makcik Melah. Ibu kepada Ain.

"Ishhhh mak ni. Sokong la Ain ni. Ain tak kira walau macam mana pun Ain tetap nak dapatkan Abang Iskandar. Ain percaya dia pun suka kan Ain. Tengok la tadi tu kalau tak kerana entah siapa-siapa yang call dia mesti dia dah terima pelawa Ain. Huh! Kacau daun sungguh!" Dengus Ain sebal.

Akhirnya mereka dua beranak memboloskan diri ke dalam perut teksi yang berhenti di situ.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now