Zarieysa | 02

14.7K 536 7
                                    

Pintu bilik dikuak dari luar, Zarith hanya melihat siapa gerangan yang menolak pintu biliknya itu.

Terlihat Tengku Zanira yang menapak masuk kedalam biliknya dan duduk dibirai katil. "Ad sini dekat bonda." panggil Tengku Zanira.

Zarith hanya akur dengan arahan bondanya. Dia duduk bersebelahan dengan bondanya. Bondanya memegang tangan Zarith, Tengku Zanira tersenyum dan memegang pipi anak lelakinya itu.

"Kalau bonda nak pesan sikit dekat Ad boleh?"

Zarith hanya menganggukkan kepalanya dan memandang wajah tua Tengku Zanira. "Boleh. Bonda nak cakap apa?" soal Zarith serta senyuman diberi.

"Bonda nak pesan, Ad dengan Faiqah tu tiada apa-apa ikatan lagi, jadi bonda taknak lah selalu Ad keluar dengan dia. Nanti orang boleh jadi salah faham dekat anak bonda. Bonda taknak anak bonda ni terjebak dengan hasutan syaitan. Faiqah tu baik sahaja kalau dibimbing. Bonda bukan nak bukak aib dia. Jadi Ad fahamkan maksud bonda?"

Zarith hanya mendiamkan dirinya. Tidak lama kemudian, dia menganggukkan kepalanya. Tiba-tiba air matanya mengalir.

"Ad jangan nangis nak, bonda cuma pesan je." kata Tengku Zanira sambil mengesat air mata pada wajah anaknya.

"T-terima kasih bonda. Sayang bonda." ucap Zarith sambil menarik Tengku Zanira masuk kedalam pelukkannya.

Tengku Zanira membalas pelukkannya. "Dah, Ad turun. Kita makan malam sama-sama. Ada Zarif dengan Ayra dekat bawah." ujar Tengku Zanira. Zarith menganggukkan kepalanya dan melepaskan pelukkan.

Tengku Zanira melangkah keluar dari biliknya. Manakala dia masih merenung dinding biliknya. Beberapa minit selepas itu, dia menuruni anak tangga. Terdengar suara anak kecil yang sedang berbual dengan abinya.

"Uncle Ad!!" jerit si kecil. Zarith tersenyum. Laju sahaja kaki pendek anak kecil itu berlari kearah Zarith dan memeluk kaki lelaki itu.

Zarith mengusap rambut lebat anak buahnya. Lalu mendukung anak kecil itu dan membawa kearah dapur. Zarith meletakkan Afiq diatas kerusi. Manakala Zarith melaburkan punggungnya bersebelahan dengan anak buahnya.

Zarith menolong Afiq mengambil makanan. Mereka menjamu makanan dengan berselera. Tuan Arel memandang anak terunanya.

"Ehem ehem." dehem Tuan Arel. Semua mata memandang kearah abinya.

"Abi nak air ke?" soal Zarfina dengan polos. Laju sahaja Tuan Arel menggelengkan.

"T-tak tak abi bukan nak air. Abi nak cakap sedikit." kata Tuan Arel. Zarfina menganggukkan kepalanya dan sambung menjamu selera.

"Abi nak cakap pasal apa?" kalini Zarif yang menyoal.

Tuan Arel berhenti menyuap makanan kedalam mulutnya. Tuan Arel duduk tegak memandang kesemua anaknya.

"Abi nak serahkan syarikat kedua abi dekat kamu bertiga. Disebabkan abi takut abi tak mampu nak jaga kedua-duanya. Jadi syarikat kedua abi bagi kamu bertiga. Kamu bertiga sahaja anak yang abi ada." bagitahu Tuan Arel.

Zarif hanya menayangkan riak biasanya kerana dia sudah diberitahu awal tentang perkara ini. Manakala wajah Zarith dan Zarfina seakan sukar ditafsir.

"A-apa abi ni? Fina belum lagi graduation abi dah kasik. Arghh sukanya." kata Zarfina.

Zarith yang melihat itu seakan mahu menampar sahaja adiknya itu. Manakala Zarith hanya memandang wajah ayahnya sahaja.

"Ad taknak lah abi, biarlah Ad buat kerja Ad tu."

Tuan Arel menggelengkan kepalanya sahaja. "Tak boleh Ad, memang dah nama abi tulis kamu tiga orang."

"Tapi Ad dah ada kerja abi..."

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now