Zarieysa | 33

6.3K 253 14
                                    

Sebulan kemudian...

Pada hujung minggu, Zarith mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama isteri tercintanya. Tiada menyiapkan skrip baharunya itu pada hujung minggu.

"Abang harini nak makan apa?"

Zarith mengetuk dagunya. "Tak kesah. Asalkan sayang  yang ikhlas masakkan abang."

Tajam sahaja mata Areysa memandang sang suami. "Habis sebelumni fikir Eysa tak ikhlas ke?"

Alamak salah cakap. Laju sahaja Zarith menggelengkan kepalanya. "Mana ada macam tu sayang. Maksud abang em j--"

"Maksud apa lagi? Ergh." pantas dia memotong percakapan Zarith. Areysa berjalan kedapur.

Zarith meraup mukanya. "Alahai, gitu pun marah. Geget kang."

Areysa berjalan kembali ke ruang tamu. "Abang."

Zarith yang sedang menonton televisyen itu terus memandang wajah isterinya. "Ya sayang, kenapa hm?"

"Eysa taktahu nak masak apa. Eysa lupa nak bagitahu yang barang masak dah habis." ujar Areysa sambil menggaru kepalanya.

"Kalau macam tu makan luar lah. Jom."

Areysa menggelengkan kepalanya. "Kenapa?"

"Eysa baru nak try menu baru lah abang."

"Okay then. Apa yang sayang nak masak tu?"

"Eysa nak masak tomyam lah abang. Eysa nak masak sendiri." Zarith menjatuhkan kepalanya.

"Kalau macam tu kejap ya. Abang pergi beli barang kejap."

"Okay! Hati-hati abang! Love you!"

Zarith tersenyum. "Baiklah. Love you too Medina." Kaki melangkah kearah kereta BMW dan meluncur diatas jalan raya.

Areysa masuk kembali ke dalam rumah lalu menaiki tangga. Sampai sahaja diatas Areysa meloloskan dirinya kedalam biliknya.

Areysa hendak membersihkan dirinya sementara Zarith pergi ke kedai untuk membeli barang. Baru sahaja membuka shower, Areysa merasakan sakit mencucuk-cucuk pada bahagian bawahnya. Areysa berdiri tegak agar kesakitannya hilang.

Baru setapak ingin melangkah Areysa merasakan panas pada kakinya. Dia melihat darah mengalir. Areysa merintis kesakitan. "A-abang.." Dia merebahkan badannya bawah shower yang deras itu.

--

Zarith meloloskan dirinya keluar dari perut kereta lalu berjalan masuk kedalam. Zarith menolak pintu rumahnya dan meloloskan dirinya masuk kedalam.

"Sayang..." panggil Zarith. Dia berjalan kedapur dan meletakkan diatas meja. Dia berjalan kearah depan untuk mencari sang isteri.

"Areysa Medina." Zarith sudah mencari dipelusuk rumahnya. Di kawasan belakang juga tiada isterinya.

"Mana budak ni."

Zarith menaiki tangga. Sampai sahaja diatas dia masuk kedalam bilik tetamu mana tahu isterinya duduk di situ.

"Yang."

Tiada kosong. Dia pergi masuk kedalam biliknya juga tiada. Zarith mendengarkan bunyi air mengalir didalam bilik air.

Dia berjalan kedepan pintu kamar mandi itu. Dia mengetuk pintu itu. "Sayang ada dekat dalam ke?"

Tiada sahutan.

Dia membuka pintu bilik itu. Lah tak kunci.

Matanya terlihat pada sosok tubuh isterinya seakan sedang tidur. "Lah, sayang buat apa tidur dalam ni yang? Abang dah sediakan katil tak mahu tidur. Tidurnya dalam bilik air dengan shower terbukak. Tak sejuk ke yang oi?? Ke sayang nak buat show depan abang ni? Show sayang tidur sambil air masuk hidung sayang? Tak lemas ke yang, ke sayang tunjuk hebat dekat abang? Kalau macam tu abang boleh katakan yang sayang hebat sebab tak bangun-bangun sedangkan shower tu air dia kuat mengalir." bebel Zarith.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now