Zarieysa | 49

4.2K 174 73
                                    

       "Kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "Kau..." mereka seakan tidak percaya dengan kejadian sekarang. Tergelak sinis sosok itu.

"Ya! Ini aku lah! Kenapa tak percaya?" katanya lalu cangkung dihadapan Areysa.

"Kau dah kenapa Adra?!" tengking Zarfina. Tergelak jahat Adra mendengarkan itu.

"Aku? Dah kenapa? Em nak tahu? Tapi sebelum tu biar aku kasik tahu rahsia yang dah lama aku simpan dan pendam. Nama aku bukan Adra Safina yang korang kenal. Tapi nama betul aku adalah Jeslyn Allice. Mesti korang pelikkan kenapa aku tukar? Dan kenapa aku culik korang. Hahaha funny yall!"

Areysa dan Zarfina terkaku seketika. Mereka tidak percaya yang dihadapannya bukan Adra Safina yang mereka kenal. Sekarang mereka hanya kenal Jeslyn Allice yang tidak menutup aurat dan terdedah auratnya sana sini.

"Kenapa kau berubah?"

Semakin galak Adra gelak. "Why tak percaya ke? Aku bukan Adra Safina yang korang kenal lah! Aku Jeslyn Allice sekarang! Nama betul aku memang Jeslyn Allice!" bentak Adra.

"Kenapa korang tanya aku berubah? Semuanya disebabkan kau! Disebabkan kau Fin!" jerit Adra.

Zarfina sudah terdiam. "Sebab aku? Kenapa?" soal Zarfina dengan berani.

Kaki Adra melangkah kearah Zarfina dan melempang kuat pipi gadis itu.

Pang!

Pang!

Pang!

Tubir bibir Zarfina berdarah. "Kau tanya sebab kau apa?! Seriously Zarfina Amalia?! Kau tanya sebab apa?" tengking Adra dengan kuat dan menarik rambut Zarfina yang dibalik tudung dipakainya.

"S-sakit." rintis Zarfina. Adra tergelak kuat dengan rintisan Zarfina.

"Sakit? Ouh tahu sakit!" tengking Adra tepat pada wajah Zarfina. Mata Zarfina terpejam rapat. Areysa ingin membantu tetapi tidak boleh kerana dipegang oleh Fadhi.

"Kau taktahu sakit aku tu macam mana!" semakin kuat Adra menarik rambut Zarfina. Dan semakin kuat Zarfina merintis kesakitan.

"A-adra jangan. Aku mintak maaf dari pihak Fin." Areysa bersuara.

Adra memandang kearahnya dengan sinis. "Ouh kau nak jadi heroin lah ni? Wow!" dia datang kearah Areysa.

"Tepi sikit Fadhi." arah Adra. Fadhi hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Fadhi beralih ketepi. Adra memandangnya dengan sinis.

"Hey! Kau pun dua kali lima sama jelah!" kalini Adra menarik tudung Areysa sehingga nampak rambut.

"A-adra.." lemah sahaja Areysa menutur.

"Aku bukan Adra bodoh! Aku Jeslyn Allice sial!" bentak Adra. Dia menarik sekuat hatinya.

Dan melepaskan tudung Areysa dengan sekuat hati. "Fadhi, panggil Alister datang sini. Aku dah tak sabar nak hancurkan dorang."

Fadhi hanya menuruti sahaja. Fadhi melangkah keluar dari bilik itu hendak mencari sosok yang bernama Alister.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now