Zarieysa | Special Chapter 02

4K 165 70
                                    

Mata Areysa meliar memandang kearah jalan raya. Dia sedang menunggu Zarith. Lelaki itu pergi mengambil kereta diparking. Jadi dia membawa Adeeb sekali tadi.

Dia mengusap perut besarnya itu. Dia tersenyum. "Baby, mama nak mintak maaf andai kata sayang keluar nanti... mama tak dapat beri kasih sayang pada awak."

"Tapi jangan risau tau baby, babah mesti beri awak kasih sayang yang tak terkira sayang. Babah penyayang. Mama mintak maaf..."

Areysa tersenyum nipis. Kepalanya memandang kearah jalan raya. Dan tidak lama kemudian dia ternampak kereta milik Zarith.

Zarith meloloskan diri dari perut keretanya lalu berjalan kearah Areysa. "Jom sayang." ajak Zarith sambil memimpin tangan Areysa.

Zarith membukakan pintu untuk wanita kesayangan. Dia meloloskan dirinya masuk lalu memecut laju keretanya diatas jalan raya.

Suasana didalam kereta hanya berteman dengan radio sahaja. Zarith sempat mengerling pada anaknya yang sedang duduk di car seat.

Areysa membuang pandangannya diluar tingkap. Zarith yang perasan akan isterinya senyap dia terus mengambil tangan Areysa.

Areysa tersentak lalu memandang wajah suaminya. Dia memberikan senyuman tipis. "Ya abang kenapa?" tanya Areysa.

"Sayang okay?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "Kenapa senyap je? Anything nak share?"

Areysa tetap menggelengkan kepalanya. "Abang boleh tak kalau kita singgah kubur mama dengan walid. Boleh? Dah lama kita tak pergi. Last pun 2 bulan lepas."

Zarith tersenyum dan menganggukkan kepalanya. "Boleh sayang. Demi sayang semua boleh."

"Thank you abang." ucap Areysa. Zarith mencium tangan isterinya. "Welcome Medina sayang."

Sampai sahaja ditempat yang Areysa mahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja ditempat yang Areysa mahu. Mereka meloloskan dirinya keluar dari perut kereta. Macam biasa Zarithlah yang mendukung Adeeb.

Adeeb tertidur. Biasalah budak tu kalau naik kereta je mesti tertidur. Dekat je jauh mesti tertidur. Haih.

Walaupun Adeeb selek dengan Zarith. Zarith tetap melayan perangai anaknya itu. Haha. Ada satu hari, Zarith tinggalkan si Adeeb disebabkan ada event. Menangis sepanjang hari. Haha. Bila Zarith dah balik dia selek balik.

Areysa berjalan perlahan-lahan kearah kubur mama dan walidnya. "Assalamualaikum mama walid."

Tangan Areysa naik mengusap kubur mama dan walidnya. "Mama walid, Eysa nak bagitahu yang Adeeb tak lama lagi nak jadi abang. Eysa dengan Zarith dapat baby girl mama walid. Dulu sebelum mama dan walid tinggalkan Eysa, selalu walid cakap nak tengok anak Eysa." katanya. Air matanya gugur.

"Maaf mama dan walid. Kalau Eysa tak dapat jadi anak yang baik. Nanti doakan Eysa time melahirkan anak kedua kami ya. Maaf sekali lagi, Eysa takle lama. Adeeb tengah tidur. Eysa dengan Zarith balik dulu ya mama walid." pamit Areysa sambil menyiram air pada kubur mama walidnya.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now