Zarieysa | 10

11.2K 401 19
                                    

Seminggu kemudian...

Setelah seminggu Zarith dan keluarga berkampung di Kelantan. Akhirnya mereka pulang kembali ke Kuala Lumpur.

Jadi apa yang sudah diplannya minggu lepas, akan dilaksanakan harini. Zarith membeli bunga daisy lalu kakinya melangkah kearah keretanya. Dia meloloskan dirinya masuk kedalam. Kereta BMW meluncur diatas jalan raya.

Sampai sahaja di office Aisaar, dia keluar dari perut keretanya. Pada awalnya Aisaar sudah memberitahu kalau Areysa datang ke officenya untuk settle kan beberapa urusan.

Dia melangkah masuk kedalam bangunan itu. Dia menekan button lift, dia masuk kedalam lift. Sampai sahaja ditingkat yang ingin dituju. Dia berjalan kearah bilik Aisaar. Dia menolak pintu, Aisaar mengangkat wajahnya.

"Medina dah sampai ke?"

"Belum, on the way katanya." Zarith hanya menganggukkan kepalanya. Dia meletakkan bunga daisy diatas meja yang ada didalam bilik itu. Dia menyandarkan kepalanya pada kerusi.

"Apa cerita Faiqah sekarang?" soal Aisaar tiba-tiba. Zarith merenung Aisaar. Lalu mengangkat bahu.

"Entah." jawab Zarith. Aisaar menganggukkan kepalanya sahaja. Zarith sendiri tidak tahu keberadaan wanita itu selepas mereka putus.

"Kau tak kerja ke?"

"Kerja. Kau tahukan kerja aku macam mana?"

"Ya aku lupa tentang tu. Eh Zarith, Eysa dah chat aku. Dia kata dah sampai, dia dekat bawah."

Zarith mengangkat kepalanya memandang Aisaar dan dia menganggukkan kepalanya sahaja. "Nanti dia terus masuk bilik kau or dia pergi bilik meeting?"

"Taktahu, tapi rasanya sini kot. Tengoklah." Zarith hanya menganggukkan kepalanya.

Pintu bilik dikuak dari luar, Zarith berpaling kearah pintu. Terlihat sosok gadis yang memakai tudung shawl berwarna putih. Gadis itu melangkah masuk kedalam. Zarith tersenyum melihat gadis itu berjalan kearah Aisaar.

Areysa hanya menghiraukan sahaja Zarith yang sedang duduk disofa itu. Dia melaburkan punggung berhadapan dengan abangnya.

Setelah setengah jam mereka berbincang. Akhirnya selesai. "Nanti kalau abang rasa macam tak kena, bagitahu Eysa."

"Okay." jawab Aisaar sambil menayangkan tangan berbentuk okay.

Dia bangun dari duduknya dan berjalan kearah pintu. Tetapi langkahnya terbantut apabila Zarith menghalangnya. Berkerut dahi Areysa.

"Tumpang lalu boleh tak?"

"Tak."

"Please, saya nak cepat ni."

Zarith masih tidak beranjak dari tempatnya. Areysa mendegus kasar. Zarith yang melihat itu tersenyum.

"Kejap." ujar Zarith. Zarith melangkah kearah meja dan mengambil bunga daisy. Dia berjalan kembali kearah Areysa.

Areysa hanya melihat sahaja perbuatan lelaki dihadapannya. Zarith menghulur bunga daisy itu kearah Areysa.

"Apa ni?" kening Areysa bercantum, Zarith hanya tersenyum sahaja dari tadi.

"Terima lah ni."

"Give me two reasons for this daisy."

"Em saya bagi ni cuma saja je."

"Tak relevan jawapan awak."

Zarith menghela nafasnya. "Saya cuma nak awak terima ni sahaja. Takde apa-apa pun."

Areysa mengecilkan matanya. Dia teragak-agak mahu mengambil bunga itu. "Thanks for this." ucap Areysa. Zarith menganggukkan kepalanya lalu meninggalkan bilik abangnya.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now