Zarieysa | 70

6K 186 9
                                    

Areysa membuka matanya apabila jam locengnya bergema satu bilik itu. Dia mencapai lalu mematikan bunyi itu.

Dia memandang kearah sebelahnya. Terlihat Adeeb sedang lena. Dia mengusap pipi anaknya itu. Areysa mencari kelibat suaminya.

Takkan tak balik kot. Dia menjejakkan kakinya dilantai lalu melangkah keluar untuk membilas tekaknya yang kering.

Dia menuruni anak tangga dan hendak pergi kedapur. Tetapi langkahnya terhenti apabila dia terlihat ada sosok yang sedang baring diruang tamu.

Kakinya melangkah kearah sosok tersebut. Tak jadi mahu ke dapur.

Areysa terkejut apabila suaminya tidur diluar bukan dibilik. Dia mengejut suaminya. "Abang..." kejut Areysa.

Setelah beberapa kali mengejut lelaki itu, barulah Zarith mencelikkan matanya dan menggeliat kecil. Dia memandang wajah Areysa.

"Morning sayang."

"Kenapa tak tidur bilik? Kan sakit tidur sini."

Zarith mempamerkan senyuman nipis. "Abang taknak kacau sayang dengan Adeeb. Jadi abang decide untuk tidur luar. Lagipun sayang masih merajuk dengan abang." jawabnya sambil menguap kecil.

"Ish abang ni! Mana ada Eysa merajuk dengan abang. Eysa dah tak merajuk dah." Zarith tersenyum.

"Alhamdulillah bagus lah tak merajuk. Abang taktahu macam mana nak pujuk sayang lagi."

Areysa tertawa. "Abang nak peluk. Dah 4 hari abang tak peluk, rindu." Areysa mendepakan tangannya. Zarith menjeling manja.

"Elee dia yang turn on mood merajuk. Last-last melepas rindu nak peluk." usik Zarith. Areysa mencebikkan bibirnya.

"Menyesal turn on mood tu. Rindu nak main ketul-ketul abang."

Mula lah miang dia dipagi hari.

Zarith mengulingkan matanya. "Dah takyah miang pagi-pagi ni."

Areysa tersenggih. "Dah abang. Jom solat subuh." Ajak Areysa. Zarith menganggukkan kepalanya.

 Zarith menganggukkan kepalanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Adeeb menggosok matanya. Dia bangun sahaja dari tidurnya terus mencari dimana keberadaan mamanya. "Mama?"

Tiada sahutan.

"Mama!" panggil Adeeb lagi. Dia mencebikkan bibirnya apabila mamanya tiada disampingnya. Adeeb melangkah kearah pintu untuk keluar dari bilik. Air matanya bertakung.

Dia melangkah kearah ruang tamu. Terlihat babahnya sedang santai didepan television. Mungkin menyiapkan kerjanya.

"Babah, ane mama?"

"Mama dah lari tinggalkan Adeeb. Mama kata mama tak mampu jaga Adeeb lagi." usik Zarith. Adeeb yang mendengarkan itu terus melalak.

Areysa yang sedang berada diluar rumah laju sahaja dia berlari kearah suara anaknya. "Hey kenapa ni?" tanya Areysa. Dia berjalan kearah Adeeb.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now