Zarieysa | 18

8.9K 367 24
                                    

Cahaya matahari masuk kedalam bilik Zarfina. Areysa yang berasa panas dimatanya terus mencelikkan matanya. Dia bangun dari baringnya dengan dratis.

Dia menilik tubuhnya. Matanya berkaca apabila meningati peristiwa semalam. Dia menangis tersedu-sedu. Zarfina baru sahaja masuk kedalam bilik menjadi binggung dan terus berlari kearah Areysa.

"Hey kenapa nangis ni?" soal Zarfina prihatin.

"Fin, aku jijik dengan diri aku Fin." Zarfina menarik Areysa masuk kedalam pelukan. Dia memujuk kawannya. "Shh tak lah. Kau tak jijiklah Sa."

"Dia sentuh aku--"

"Belum. Dia tak sentuh kau lagi." pujuk Zarfina lagi. Areysa menghamburkan pada bahu Zarfina. Zarfina hanya membiarkan sahaja.

"T-tapi aku dah tak su--"

"Stop Eysa. Dia tak sentuh lagi." tegas Zarfina bercakap.

Zarfina mendengarkan denguran halus daripada Areysa. Zarfina membaringkan tubuh Areysa kembali. Dia menyelimutkan diri Areysa.

Zarfina berjalan kearah pintu biliknya. Keluar sahaja ada sosok yang berdiri dihadapan biliknya. Zarfina terkejut.

Zarfina menggosok dadanya. "Abang ni dah kenapa diri depan bilik Fina."

"Abang nak tengok keadaan Medina."

Zarfina menggelengkan kepalanya sebagai tanda tidak boleh. "Nanti lah, dia tengah tidur."

Zarith menganggukkan kepalanya. Lalu merangkul leher adiknya. "Woi abang!"

Dia hanya menghiraukan sahaja adiknya itu. Mereka berjalan sampai diruang tamu. Zarith melepaskan rangkulan lalu melaburkan punggungnya disebelah Tuan Arel.

"Ad dah bagitahu family Eysa?" soal Tuan Arel. Zarith memandang wajah abinya lalu menganggukkan kepalanya.

Flashback...

Zarith duduk dibalkoni biliknya. Dia memegang phone-nya lalu menelefon Aisaar. Dia melekapkan phone-nya ditelinga. Beberapa saat kemudian, Aisaar mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum Sar."

"Hm waalaikumusalam, kenapa call aku memalam?"

Zarith menghela nafasnya. "Aku nak bagitahu ni.."

"Bagitahu apa?"

Zarith senyap seketika. "Hello? Kau ada dekat sana tak? Kalau ada cakap lah apa yang kau nak bagitahu."

"Haah ha, aku ada ni. Aku takut nak bagitahu."

"Apa Rith? Cakap lah."

"Medina."

"Kenapa dengan adik aku?" tanya Aisaar ingin tahu.

"Dia ham-hampir kena raped dengan Fadhi."

Aisaar terdiam. "K-kau biar betul ni?"

"Ya aku tak tipu. Kalau tak percaya kau tanya Julian."

Zarith mendengarkan Aisaar menghela nafasnya. "Sekarang dia dekat mana? Mamat tu memang jahanam lah sial. Memang aku sumbat dia dekat dalam sana."

"Jangan risau. Aku bawak balik rumah bonda. Kitorang memang dah plan untuk sumbat lahanat tu masuk dalam. So jangan risau."

"Thanks Rith. Nanti aku bagitahu yang lain. Nanti kalau kitorang nak balik Malaysia, kitorang bagitahu kau."

Zarith menganggukkan kepalanya. "Okay boleh."

"Aku tutup dulu." pamit Aisaar. Aisaar mematikan panggilan itu.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now