Zarieysa | 32

6.7K 243 11
                                    

Baru sahaja Areysa ingin mengangkat bekas makan tetapi dia dihalang tegas oleh Tengku Zanira.

"Eysa pergi duduk depan. Jangan datang dapur." arah bonda dengan tegas. Areysa menelan air liurnya dan menganggukkan kepalanya.

"Baik bonda. Eysa pergi depan ya?"

Tengku Zanira menjatuhkan kepalanya. Kakinya melangkah pergi ke ruang tamu. Terlihat birasnya sedang berborak dengan saudara mara belah suaminya.

Ayra menoleh kearah Areysa. "Kaki dah okay ke?"

Areysa tersenyum dan menganggukkan kepalanya. "Dah, abang ada urutkan kaki Eysa juga kekadang."

Ayra dan sepupu suaminya itu tersenyum. "Amboi, sweet bebenau suami Eysa ni ya." ujar Farisha.

Areysa tersenyum. "Alhamdulillah."

"Eh dorang dah sampai lah. Jom lah kita duduk dekat dapur." kata Farisha. Ayra dan Areysa menganggukkan kepalanya lalu melangkah kearah dapur.

Mereka melaburkan punggungnya di tempat yang agak tertutup. Zarfina datang kearah mereka.

"Eh tak ajak pun nak duduk sesama."

"Kau yang lambat dah kenapa." sindir Areysa. Zarfina senggih lalu menggaru kepalanya.

"Eysa! Lawanya kauu! Nampak berseri je. Pakai apa? Tudung kau pun lawa weh. Macam mana kau buat style ni?"

"Haah Sa. Berseri je muka, pakai product apa?"

Areysa menggaru kepalanya. "Eyaa cuma pakai cosmoderm je. Pasal tudung pulak Zarith yang buat."

Membulat mata Zarfina dan Ayra. "Biar betul? Mana dia belajar?" soal Ayra.

"Katanya kat youtube." Mereka bertiga menggangukkan kepalanya. "Kau ni berisi lah weh."

"Aku taknak kawan kau Fina! Hm."

Ayra dan Farisha menggelengkan kepalanya sahaja. Zarfina hanya menanyangkan riak biasanya sahaja.

Selesai sahaja kenduri doa selamat, Areysa berjalan kearah suaminya yang sedang berbual dengan sepupu lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selesai sahaja kenduri doa selamat, Areysa berjalan kearah suaminya yang sedang berbual dengan sepupu lelaki itu.

Areysa menarik kerusi lalu dilaburkan punggungnya. Zarith menoleh lalu tersenyum. "Kenapa masam je muka ni hm?"

"Fina tu hm." kata Areysa sambil menyilang tangannya didada.

"Kenapa dengan Fina? Apa yang dia buat sampaikan isteri abang masam je ni."

Areysa mencebikkan bibirnya. "Dia kata Eysa berisi!" kata Areysa sambil menyebamkan wajahnya di lengan suaminya itu.

Dia sudah tidak kesah tentang awning tudungnya itu. "Sabar jangan marah, dia saja je kot sayang."

Areysa mengangkat wajahnya. "Abang ni sama je! Tak faham perasan Eysa!"

Areysa bangun dari duduknya lalu berjalan masuk kembali kedalam rumah. Zarith terkebil-kebil melihat karenah isterinya itu.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now