Zarieysa | 63

4K 175 1
                                    

Zarith memasukkan beberapa beg kedalam bonet kereta miliknya. Dia menutup bonet kereta itu lalu berjalan kearah keluarganya yang sedang memerhatikan lelaki itu.

Dia menyalam sorang demi sorang ahli keluarganya. "Ad pergi dulu bonda, abi." pamit Zarith. Bonda dan abi menganggukkan kepalanya.

Dia melangkah kearah isterinya. Areysa hanya menguncup lembut tangan suaminya. Areysa sekarang dalam mood merajuk. Hahaha.

Zarith ingin mencium pipi isterinya tapi si isterinya menolak. Dan dia ingin memeluk tubuh isterinya, sekali lagi Areysa menolak.

Zarith hanya dapat mencium ubun-ubun isterinya sahaja. "Bye sayang. Lepas 4 hari abang balik." kata Zarith.

Tangannya beralih pada perut isterinya. "Baby jagakan mama untuk babah tau sayang." Zarith menguncup lembut perut memboyot isterinya.

Dia bangun dari cangkungannya lalu memandang kearah semua ahli keluarga. "Ad gerak dulu. Assalamualaikum." pamit Zarith.

"Hati-hati. Jangan risau tentang isteri kamu ni. Waalaikumusalam." jawab Tuan Arel.

Zarith meloloskan dirinya masuk kedalam kereta lalu kereta itu meluncur diatas jalan raya. Apabila kereta itu sudah hilang, mereka semua berjalan masuk kedalam. Dan tinggal hanya lah Areysa dan Zarfina.

"Baby, jom lah masuk." ajak Amer. Zarfina menoleh lalu menyuruh suaminya masuk dahulu. "Masuk dulu."

Amer hanya menganggukkan kepalanya dan meneruskan langkahnya.

"Jom masuk." suruh Zarfina. Areysa menganggukkan kepalanya lalu berjalan masuk kedalam rumah agam itu.

Areysa menaiki tangga untuk masuk kedalam biliknya. Dia melaburkan punggungnya dibirai katil lalu mengambil sehelai baju putih milik suaminya. Dia menghidu bau baju itu.

"Abang, Eysa rindu." ucap Areysa sambil membaringkan tubuhnya. Dia melelapkan matanya sambil memeluk baju itu.

 Dia melelapkan matanya sambil memeluk baju itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pintu biliknya diketuk dari luar. Perlahan-lahan Areysa membuka matanya, dia bangun dari baringnya dan meregangkan badannya. Dia menjejakkan kakinya diatas lantai.

Lalu dia berjalan kearah pintu. Kepalanya seakan pening, mungkin sebab nangis kot.

Dia membuka pintu terlihat wajah adik iparnya. "Kau okey tak ni?" soal Zarfina. Areysa menganggukkan kepalanya. "Okay."

"Makan jom. Bonda dah siap masak."

Areysa menggelengkan kepalanya sahaja. "Taknak. Takde selera." jawab Areysa.

Zarfina menghela nafasnya. "Makan lah. Nanti kalau tak makan abang Ad tahu habis dia bebel."

Areysa menggelengkan kepalanya. "Taknak."

"Okay."

Zarfina melangkah masuk kedalam biliknya. Dia mengambil iPhone miliknya. Lalu berjalan kearah bilik Areysa.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now