Zarieysa | 66

4.5K 187 21
                                    

Keluarga Zarith membincangkan untuk mengadakan kenduri untuk arwah mama dan walid Areysa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keluarga Zarith membincangkan untuk mengadakan kenduri untuk arwah mama dan walid Areysa.

"Eysa bersalin bila?" soal Ayra sambil mengelap pinggan.

"Sekarang 9 bulan dah. Tak lama lagi." jawabnya sambil tersenyum. Ayra menganggukkan kepalanya sahaja.

"Tak lama dah tu."

"Kak Ayra! Abang Zarif panggil." laung Zarfina. Ayra dan Areysa menoleh serentak kearah Zarfina. Ayra menganggukkan kepalanya.

"Akak pergi depan dulu ya Eysa?"

Areysa tersenyum dan menganggukkan kepalanya. "Baiklah."

Zarfina melaburkan punggungnya berhadapan dengan Areysa. "Kau okey ke?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "Kenapa?"

"Takdelah nampak macam penat je." balas Zarfina sambil mengelap pinggan. Dia mengambil alih kerja kakak iparnya.

"Biasalah perut dah besar macam ni memang payah sikit nak buat kerja." beritahu Areysa. Zarfina menganggukkan kepalanya.

Zarfina bangun dari duduknya dan berjalan kearah Areysa. "Sa kalau aku nak usap perut kau boleh?" tanya Zarfina. Areysa memberhentikan pekerjaannya lalu tersenyum.

"Boleh."

Perlahan-lahan Zarfina menyentuh perut Areysa. Zarfina tersenyum. "Weh! Dia tendang!" ujar Zarfina dengan teruja. Areysa tersenyum.

"First kick for Usu Fin!" kata Areysa dengan teruja.

"Amomomo. Bila awak nak keluar sayang? Usu Fin tak sabar nak jumpa awak."

Zarfina melebarkan senyumannya. "Ish tiba-tiba tak sabarlah nak mengandung. Eh kita dah settle lap pinggankan?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "Okaylah aku nak jumpa shuben aku kejap. Nak ajak buat baby. Nak ngandung gak. Bye!"

Terletus tawa Areysa. Dia menggelengkan kepalanya sahaja. Ada-ada sahaja lah Zarfina ni.

Tiba-tiba ada orang memeluknya dari belakang. Dia tahu itu siapa. Siapa lagi kalau bukan suaminya. Bau pun sudah tahu.

"Abang..."

"Ya sayang." Zarith meletakkan dagunya diatas bahu Areysa.

"Kenapa? Dah settle ke khemah?"

Zarith menganggukkan kepalanya. "Dah. Sekarang ni jom lah pergi depan." ajak Zarith. Areysa menganggukkan kepalanya.

Areysa menghulurkan tangannya. "Tolong. Takle bangun." ujar Areysa dengan membuat muka comel. Terletus tawa Zarith. Alahai mak buyung ni comel aje.

Zarith membantu isterinya bangun. Lalu dia memimpin tangan isterinya kehadapan. Sesampai di ruang tamu, terlihat semua saudara mara berkumpul.

Terlihat Aeman dan Afiq sedang bermain bersama-sama. Mereka melaburkan punggungnya berdekatan dengan Aisaar.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now