Epilog

6.3K 202 47
                                    

3 bulan kemudian...

Sejak 3 bulan lepas mereka berjumpa dengan Adra. Hubungan mereka suami isteri semakin rapat dan miang. AHAHAHAH

Habis kalau tak jumpa, huru hara ke? Alaa taktahu lah, jangan tanya dan jangan kecam.

Muncung mulut Zarith apabila anaknya semakin rapat dengan Areysa. "Sayang..."

Areysa memandang wajah suaminya lalu menjongkitkan keningnya. "Apa?"

"Taknak layan abang ke?"

"Nak layan macam mana? Adeeb tengah susu ni." Areysa mendodoikan anaknya itu.

Zarith mencebikkan bibirnya. Dia menggoyangkan lengan isterinya. "Sayang..."

Areysa menghela nafasnya. Suaminya semakin hari, semakin manja! Taktahu siapa anak dia, Zarith ke Adeeb. Hm.

"Sabar lah kejap. Adeeb tengah layan dunia dia ni." kata Areysa apabila dia perasan Adeeb seakan termenung.

Budak ni memang setiap kali nak tidur je akan termenung. Tup tup tup dah tidur.

Zarith muncungkan mulutnya. "Sampai hati sayang. Dahlah abang malas nak layan korang berdua."

Zarith bangun dari duduknya dan masuk kedalam bilik. Areysa terkebil-kebil melihat kelakuan Zarith. Areysa tetap mendodoikan anaknya itu.

Zarith masuk sahaja dalam bilik terus pergi kearah katil. Lalu Zarith membaringkan tubuhnya diatas katil. Matanya terkebil-kebil memandang syiling biliknya. Dia melelapkan matanya.

Zarith mencelikkan matanya, dia meregangkan badannya lalu bangun dari baringnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zarith mencelikkan matanya, dia meregangkan badannya lalu bangun dari baringnya. Dia mamai.

Pintu dikuak dari luar. Terlihat Adeeb dan Areysa masuk kedalam bilik. "Babah..." panggil Adeeb. Zarith mendiamkan dirinya.

Adeeb mencebikkan bibirnya. Dia memandang mamanya. Areysa menguntumkan senyuman. Areysa menghela nafasnya.

"Wahai suami tercinta, babah yang tersayang janganlah merajuk lagi dengan kami lagi." pujuk Areysa. Zarith tidak memandang dua beranak tersebut.

Dia hanya menjeling kearah dua beranak itu. Adeeb yang perasan jelingan itu mencebikkan bibirnya. "Abang janganlah macamni. Kitorang boring lah tak dengar suara abang."

"Tidurlah korang berdua dalam bilik tu tanpa babah. Biar babah tidur luar." Zarith masih dalam mood merajuknya.

Areysa memandang wajah anaknya lalu meredahkan dirinya sama tinggi dengan Adeeb. "Babah masih merajuk lagi dengan kita lah Deeb." bisik Areysa pada telinga Adeeb. Adeeb menganggukkan kepalanya.

"Apa bisik-bisik? Ingat tak dengar ke apa yang korang bisik?"

Areysa memandang wajah suaminya. "Ish nanti kalau babah tidur luar. Siapa nak raba ketul-ketul abang, kalau bukan Eysa?"

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now