Zarieysa | 19

9.2K 323 13
                                    

Beberapa hari yang lepas, keluarga Areysa sudah selamat sampai di Malaysia. Sekarang ni mereka sedang duduk diruang tamu.

Puan Iman dan Encik Khai hanya memandang wajah Zarith sahaja. "Betul ke apa yang Zarith mahukan?"

"Ya. Zarith nak jaga Medina." bersungguh-sungguh Zarith berkata.

Puan Iman berbalas pandangan dengan suaminya. Mereka tersenyum. "Kalau macam tu kami benarkan. Yang penting Zarith jangan sakitkan hati anak perempuan walid. Walid dapat tahu siap." dingin suara Encik Khai. Zarith menelan air liur dengan perit. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih mama dengan walid."

"Sama-sama." balas Puan Iman dengan Encik Khai serentak.

"Kami tak kesah pun siapa yang nak jadi suami Eysa, tapi yang kami tekankan ialah jangan sakitkan hati Eysa dan jangan pukul dera dia." kata Encik Khai lagi.

Zarith laju menganggukkan kepalanya. "Medina dekat mana ya? Nak jumpa dia kejap."

"Rasanya dia dekat ruang tamu tingkat atas." beritahu Aafiyah. Zarith menjatuhkan kepalanya.

"Bonda, abi, mama dan walid. Izinkan kejap Zarith naik atas ya." Mereka berempat hanya menganggukkan kepalanya.

Kaki Zarith melangkah naik keatas. Sampai sahaja diatas terdengar lagu cocomelon dipasang. Terlihat Areysa sedang bermain dengan Aeman.

"Assalamualaikum."

Areysa tersentak lalu mendonggakkan kepalanya. "W-walaikumusalam."

Zarith menilik wajah Areysa. "Izinkan saya duduk?" pinta Zarith dengan lembut. Areysa hanya menganggukkan kepalanya.

Zarith melaburkan punggungnya diatas sofa. Matanya tidak lekang daripada menilik wajah cantik Areysa yang mengenakan tudung sarung itu.

"Saya nak tanya..."

Areysa merenung wajah Zarith. "Tanya apa tu?"

"Awak betul ke terima saya jadi suami awak nanti? Saya tak mahu lah awak terima disebabkan kesian. Saya dah banyak kali cuba untuk lamar awak sebelumni. Jadi saya..."

"Awak tak percaya ke yang saya terima?"

"B-bukan. Saya macam tak percaya."

Areysa tersenyum. "Betullah. Saya ikhlas terima awak, memang dari dulu lagi saya nakkan awak. Bila awak dah lamar saya, takkanlah saya nak tolak macamtu je. Bodohlah saya." ujar Areysa seraya tertawa halus.

Zarith memandang wajah Areysa. "Habis kenapa sebelumni saya lamar awak, awak macam layan saya acu tak acu je."

Areysa tertawa mendengarkan soalan itu. "Saya saja je try awak haritu. Saya sengaja je buat-buat tak kenal awak masa first day kita jumpa balik tu."

Melopong mulut Zarith. "Apa ni Medina tak aci lah."

"Aci tak aci lah." Areysa semakin ligat tertawakan apabila melihat wajah Zarith seakan mahu marah.

"Nama dia siapa?"

Terjongkit kening Areysa apabila mendapatkan soalan itu daripada Zarith. "Takkan tak kenal kot? Dia anak abang Aisaar."

"Tahu je. Tapi nak tahu nama panjang dia."

Areysa menganggukkan kepalanya. "Muhammad Aeman bin Aisaar Iskandar."

"Ouh faham. Saya dah ada nama dah."

Berkerut dahi Areysa. "Nama apa pulak?"

"Nama anak kita."

Merah wajah Areysa mendengarkan pickupline spontan daripada Zarith. "Awak ni."

"Lah blushing ke? Saya ingatkan awak beku."

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now