Zarieysa | 36

5.2K 217 5
                                    

Muncung sahaja mulut Areysa apabila permintaannya tidak ditunaikan oleh sang suami. Areysa memandang Zarith yang sedang membutang baju itu.

"Abang.." meleret sahaja Areysa memanggil.

"Tak boleh." Zarith tahu apa yang diingini oleh si isteri. Areysa mencebikkan bibirnya.

"Alah abang ni, Eysa tak cakap lagipun."

Zarith memusingkan badannya dan menghadap si isteri. Zarith mengecilkan pandangannya. "Saya tahu apa yang awak nak cakap Medina." kata Zarith.

Mencebik Areysa. "Alah abang, please."

Zarith menggelengkan kepalanya. "Tak boleh sayang."

Zarith datang dekat kearah Areysa lalu melaburkan ciuman pada ubun-ubun dan pipi Areysa. "Bye abang pergi dulu. Nanti apa-apa roger je."

Areysa menjatuhkan kepalanya. Dia menyalam tangan suaminya.

Dia hanya melihat sahaja pemergian suaminya itu. Areysa menghela nafasnya.

Dia berjalan masuk ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya. Selepas itu, dia berjalan keluar dari kamar mandi dan melaburkan punggungnya di meja solek.

Areysa mencalitkan sunscreen ke wajahnya. Sedang Areysa sedang leka, dia mendengarkan ada ketukan. Perlahan-lahan Areysa berjalan kearah balkoninya.

Terlihat ada sekeping surat. Areysa mengambil surat itu dan membaca.

Hi sayang! Apa khabar? Lama tak jumpakan? Awak rindu saya tak? Saya rindu awak, jangan risau saya akan datang ambil awak Areysa. Don't worry sayang.

Your lovely boyfriends,
-F-

Areysa berjalan kembali masuk kedalam, dia mengambil iPhone miliknya. Tangannya mengigil untuk menelefon nombor sang suami.

"Ya assalamualaikum sayang. Kenapa ni hm? Rindu ke."

"A-abang. E-eysa takut."

"Sayang keluar dalam bilik tu. Sayang stay dengan Aisaar ataupun Airiel je yang. Abang dah suruh mereka tengokkan sayang." arah Zarith.

"Bila abang nak balik?"

"Sayang, baru je abang pergi. Nanti abang balik tau? Tak lama pun. Sekejap je."

"Lama lah abang 2 hari."

Areysa boleh mendengarkan gelak tawa Zarith. "Malamni sayang tidur lah dengan kak Aafiyah ke."

"Alah."

"Please sayang? Nanti balik abang kasik hadiah nak?"

"Nak!"

"Okay kalau nak kena dengar cakap abang okay?"

"Okay boss! Bye love you abang."

"Love you too sayang."

Zarith mematikan panggilan. Areysa berjalan turun kebawah. Tidak berani mahu duduk didalam bilik lelama.

Terlihat Aafiyah sedang bermain dengan Aeman. "Eysa dah okay?"

Areysa menjatuhkan kepalanya dan tersenyum lalu mengusap lembut rambut Aeman. "Alhamdulillah Eysa dah sihat. Lagipun Eysa dah habis pantang."

Aafiyah tersenyum kecil. "Okaylah tu. Ni mana Zarith?"

"Ada event buku."

Aafiyah hanya meng'oh'kan sahaja. "Kak boleh tak malam ni, Eysa tidur dengan akak?"

Aafiyah tersenyum. "Boleh, lagipun Zarith dah cakap."

Areysa menjatuhkan kepala. "Tapi abang Aisaar?"

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now