Zarieysa | 44

4.8K 177 4
                                    

Areysa mencari kelibat suaminya. Dia berjalan kearah dapur. Terlihat sosok suaminya sedang menyiapkan sarapan pagi.

"Abang masak apa?"

Zarith menoleh. Terlihat sosok isterinya mendepakan tangannya. Zarith tertawa halus. "Meh sini. Alolo nak peluk." kata Zarith.

Areysa hanya tersengum sahaja. "Abang masak apa tu?" soalnya lagi sambil mendongakkan kepalanya. "Abang buat ayam masak merah."

Zarith mencium ubun-ubun Areysa. Areysa berasa nyaman apabila duduk bersama-sama Zarith. "Sayang pergi lah duduk depan. Nanti dah siap abang panggil ya?"

Areysa menggelengkan kepalanya. "Nak duduk dengan abang." Zarith hanya menjatuhkan kepalanya sahaja. Areysa menemani Zarith menyiapkan makanan.

Ayam masak merah tu sampai ke petang dia makannya. Sekali masak terus senang hue.

Selepas sahaja selesai berperang didapur Zarith menghidangkan makanan diatas meja. Mereka melaburkan punggungnya. Suasana hanya sunyi sahaja.

Harini mereka merancang untuk bermalam di rumah Puan Iman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harini mereka merancang untuk bermalam di rumah Puan Iman. Zarith mengemas semua pakaian dan dimasukkan kedalam beg. Mereka hanya bermalam dua hari sahaja.

"Dah siap ke sayang?" laung Zarith dari luar kamar mandi. "Sekajap!" balas Areysa. Areysa sedang membetulkan tudungnya.

Areysa melangkah keluar kamar mandi. Laju sahaja dia melangkah kearah Zarith. Sejak dia mengandung, dia semakin kerap bermanja dengan suaminya itu.

"Jom."

"Jom!"

Mereka berjalan sambil memimpin tangan. Sampai sahaja dihadapan pintu, Zarith memasukkan beg kedalam bonet kereta manakala Areysa mengunci pintu. Lalu mereka meloloskan dirinya masuk kedalam kereta.

Kereta BMW laju sahaja meluncur diatas jalan raya. Zarith sempat mengerling kearah isterinya. Areysa yang perasan akan itu hanya mempamerkan senyuman sahaja.

Akhirnya mereka sampai jua di rumah Puan Iman. Mereka meloloskan dirinya keluar dari kereta. Dan mengeluarkan beg.

Terlihat Aisaar menunggu dihadapan pintu. "Abang!" Aisaar hanya mempamerkan riak toya sahaja.

Isterinya yang perasan kelakuan suaminya itu terus menepuk lengan Aisaar. "Abang ni."

Aisaar hanya tersenggih sahaja. "Adik!"

Areysa kembali membuat muka toya seperti mana Aisaar buat tadi. Aisaar yang perasan itu terus menarik mulut adiknya.

"Oi! Sakitlah!"

Berkaca mata Areysa. Aisaar yang melihat itu hanya mengusap lembut bibir adiknya. Merah kau dia tarik.

"Kau buat apa Sar kat bini aku?" soal Zarith sambil memegang beg baju mereka. Aisaar hanya mempamerkan raut wajah toya pada Zarith pula.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now