Zarieysa | 60

4.6K 176 14
                                    

     Selesai sahaja majlis sanding Zarfina dan Amer. Mereka sekeluarga berkumpul diruang tamu. "Haih cantik berseri mak buyung eh." puji Maksu.

Areysa tersenyum. "Mana mak ayah kamu?" tiba-tiba Mak Ngah menyoal.

Mati senyuman Areysa.

Mak Ngah ni spoil mood le

Mata Mak Ngah memandang kearah Areysa dan adik beradik. "Aik, kamu takde mak ayah ke?"

Aisaar dan Areysa menggelengkan kepalanya sahaja. "Ouh patutlah."

Mereka adik beradik hanya mendiamkan dirinya sahaja. "Apa ni ngah, tak baik tau kau ni." kata Tengku Zanira.

Mak ngah hanya memandang tajam kearah Tengku Zanira. "Apa? Aku cuma tanya je."

"Dah mati sebab khilaf la tu."

Tubir mata Areysa menjadi panas. Dia menundukkan pandangannya. Zarith yang perasan akan itu terus menggengam tangan isterinya.

"Mak ngah kalau takde benda lain nak tanya baik diam aje lah. Tak luak pun air liur mak ngah kalau tak soal soalan tu." sindir Zarith.

Mak ngah terdiam. Manakala keluarganya yang lain sudah tersenyum.

Good job my bro!

"Bonda, abi, nenek dan semua ada dekat sini. Izinkan kami naik ke bilik dulu ya? Nanti kalau lama-lama dekat sini, boleh habis air liur Ad."

Zarith menarik lembut isterinya agar mengikuti langkahnya. Apabila sosok mereka berdua telah hilang, kalini Aisaar dan Airiel meminta diri untuk masuk kedalam bilik.

"Kami masuk bilik dahulu." pamit Aisaar. Tengku Zanira dan Tuan Arel menganggukkan kepala.

Jatuh kesian pada mereka bertiga disebabkan mulut Mak Ngah ini.

"Tak baik lah Ngah kata macam tu." kata Maksu. Mak Ngah hanya menjeling sahaja.

Mereka melaburkan punggungnya dibirai katil

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.



Mereka melaburkan punggungnya dibirai katil. Areysa masih sama mendiamkan dirinya. "Sayang.."

"Sayang abang mintak maaf bagi pihak mak ngah."

Areysa menoleh lalu memberikan senyuman palsunya. "Abang tahu sayang terasa. Takpe, meh peluk. Lepaskan dekat abang. Abang ada untuk sayang bersandar kalau penat. Abang ada untuk mendengar luahan hati awak tu sayang." kata Zarith sambil mengusap pipi Areysa.

"Eysa penat."

Zarith menarik isterinya masuk kedalam pelukkan. "Shh abang tahu. Lepaskan sahaja sayang."

"Eysa penat."

"Eysa penat asyik dengar orang kata mama dengan walid meninggal disebabkan khilaf mereka."

MRS. ZARITH ADHAM | CМесто, где живут истории. Откройте их для себя