Zarieysa | 41

5K 204 7
                                    

Zarith mencelikkan matanya. Dia memandang sekeliling. Matanya tertancap pada sosok yang sedang berjalan kearahnya.

"Bangun pun abang ni. Ingatkan nak pengsan sampai baby keluar." Areysa sengaja kata macam tu.

Laju sahaja Zarith bangun dari baringnya. "Apa sayang cakap? Baby?"

"Ya abang. Baby lah." berkerut dahinya melihat suaminya itu.

Zarith hanya mendiamkan dirinya dan memproses kata-kata isterinya itu.

Baby?

Areysa menghela nafasnya dan berjalan kearah Zarith. Dia menghulurkan ultrasound scan dan test pregnancy kepada Zarith. Lambat-lambat Zarith mengambil.

Terkebil-kebil dia melihat itu. "Betul ke? Sayang tipu ke?"

Areysa mengangkat wajah suaminya dengan lembut lalu tersenyum. "Mana ada tipu abang. Betul lah tu. Kita tak lama lagi nak jadi mama dengan babah abang." Areysa menyakinkan suaminya itu.

Zarith tersenyum lalu tubir matanya berasa hangat. Dia menarik tubuh isterinya itu. Dia memeluk tubuh Areysa, dia menyebamkan wajahnya pada bahu Areysa.

"Thank you sayang. Bila sayang check? Tak ajak abang? Berapa bulan?" soalnya bertubi-tubi.

"Semalam lah abang. Saja nak surprise abang. Anak kita dah masuk 9 minggu dah abang." Areysa menarik tangan Zarith dan diletakkan diperutnya.

Zarith mengusap perut Areysa. "Em patutlah buncit semacam je." terletus tawa Zarith. Areysa yang mendengarkan itu menarik mukanya.

"Ouh nak kata Eysa buncit? Eh Eysa buncit pun bawak anak abang tau." katanya sambil menolak tubuh Zarith.

"Alah baby abang ni merajuk pulak. Okay sayang tak buncit tau. Ee gemes."

Areysa menjeling kearah suaminya itu. "Sayang pergi dengan siapa? Macam mana sayang tahu sayang mengandung?"

Areysa tersenyum. "Ni semua sebab Thirah. Dia yang ajak Eysa pergi klinik semalam."

Berkerut kening Zarith. "Kejap abang tak faham." Areysa menghela nafasnya.

"Dia macam ni..."

Flashback....

"Kalau saya nak tanya sikit boleh?" kata Athirah. Areysa yang sedang memotong bawang terus memandang kearah Athirah.

"Tanya apa tu?"

"Awak pregnant ke?" berkerut dahi Areysa mencerna ayat itu. Dia memandang perut sendiri.

"Takdelah."

Athirah mengecilkan pandangannya. "Yeke? Bulan ni dah datang period?"

Areysa menggelengkan kepalanya. Athirah sudah tersenyum. "Ouh kalau macam tu takpe. Awak ikut saya keluar kejap lagi boleh?" Teragak-agak Areysa menganggukkan kepalanya.

˚ ༘♡ ⋆。˚ ❀

Areysa setia menanti jawapan yang akan diberikan oleh doktor sekejap lagi. Dadanya berombak. Dan tangannya mengigil.

Athirah yang melihat itu terus mengengam erat tangan Areysa. "Takpe. Saya ada dekat sini ya? Jangan takut." pujuk Athirah. Areysa hanya mempamerkan senyuman manisnya.

Seorang doktor perempuan melaburkan punggungnya pada kerusi miliknya. "Tahniah Puan Areysa. Dalam pemeriksaan kami, Puan Areysa telah disahkan mengandung 9 minggu." bicara doktor itu dengan senyuman.

Areysa tergamam. "Betul ke doktor?"

Doktor itu tersenyum dan menganggukkan kepalanya. "Betul Puan. Dah 9 minggu dah. Ni ultrasound." doktor itu nenghulurkan sekeping ultrasound kearahnya. Dia mengambil lalu menekup mulutnya.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now