Zarieysa | 22

9.4K 328 6
                                    

Selepas menunaikan solat subuh tadi, mereka turun kebawah. Terdengar suasana riuh keluarga Areysa.

"Hah turun pun pengantin baru. Ingatkan nak stay je dalam bilik." sindir Aisaar. Areysa hanya menjeling sahaja. Manakala Zarith hanya tayang senggihan sahaja.

"Sukatilah. Dulu pun kau awal kahwin pun berkepit dengan kak Aafiyah juga." bidas Areysa. Aisaar memandang wajah adiknya.

"Dah-dah. Jom makan, gaduh pulak. Aisaar bawak sedar diri tu dah jadi bapak orang dah." kata Puan Iman. Aisaar hanya menganggukkan kepalanya lalu menarik Aafiyah agar kedapur.

Zarith memimpin tangan isterinya untuk kedapur. Zarith dan Areysa melaburkan punggungnya bersebelahan.

"Awak nak makan apa? Saya ambilkan." soal Areysa. Puan Iman memandang anaknya.

"Apa panggil awak saya dengan suami?"

Berkerut dahi Areysa. "Kenapa salah ke ma?" soal Areysa dengan polos. Puan Iman menggelengkan kepalanya sahaja.

"Tak salah. Tapi Zarithkan suami kamu. Jadi kamu kena hormat dia." jelas Puan Iman. Areysa hanya menganggukkan kepalanya.

"Tapi ma, Eysa tak biasa--"

"Kena biasakan." cantas Puan Iman. Areysa menghela nafasnya. Areysa menganggukkan kepalanya.

"Tapi Eysa lagi suka pakai awak saya la ma." tajam sahaja mata Puan Iman memandang anaknya.

"Eh dulu panggil abang boleh pulak? Takkan dah kahwin tak boleh nak panggil abang?"

Areysa mati kata. Dia menggarukan kepalanya. "Er."

"Kena practice dari sekarang." Areysa akur dan menganggukkan kepalanya.

"A-abang nak makan apa?" kekok Areysa dibuatnya. Terus merah wajah Areysa. Zarith yang melihat itu tersenyum.

Comel apabila wajah malu isterinya itu!

"Apa-apa je. Abang tak kesah."

Areysa hanya menganggukkan kepalanya lalu mengambil makanan dan diberikan kepada Zarith. Mereka menjamu selera dengan masakkan Puan Iman.

Selepas itu mereka santai duduk diruang tamu. "Ehem, walid, mama." panggil Zarith.

Puan Iman, Encik Khai dan termasuk Aisaar memandang wajah Zarith. "Ya Zarith nak apa?"

"Boleh tak kalau Zarith nak mintak izin bawak balik Medina ke rumah Zarith?"

Membulat mata Areysa. Bila masa dia bincang?! Ni nak marah ni!

Encik Khai tersenyum. "Boleh apa yang tak bolehnya. Lagipun Eysa tu dah jadi isteri Zarith dah." jawab Encik Khai. Tersenyum Zarith mendengarkan jawapan ayah mertuanya.

"Bila nak balik?" soal Puan Iman. Zarith memandang wajah ibu mertuanya. "Kalau jadi malamni. Tapi tengok Medina lah."

Mereka disitu menganggukkan kepalanya sahaja. "Okaylah macam tu. Biar si Eysa ni berdikari." kata Aisaar.

Areysa hanya menjeling sahaja wajah abangnya. Manakala Aisaar sudah tersenyum sinis kearah adiknya.

Tadi dia kenakan kitakan? Sekarang ni kita kenakan dia wkwkw.

Tadi dia kenakan kitakan? Sekarang ni kita kenakan dia wkwkw

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now