Zarieysa | 62

4.1K 168 3
                                    

"Zarith, mana lagi nak cari ni? Aku dah penat." kata Amer.

Mata Zarith memandang kearah sekeliling untuk mencari kedai. "Tula, tapi nanti mak buyung tu merajuk."

"Alaa kau pujuk la nanti."

"Hah kau, ingat senang ke? Sejak dia pregnant ni, dia payah nak pujuk."

Amer menghela nafasnya. "Wei! Korang, apa kata kita try tengok kedai depan tu? Sebab aku tengok macam dah bukak aje." beritahu Airiel sambil menunjuk kearah kedai yang baru dibuka itu.

"Hah jom lah. Aku dah penat ni."

Mereka berjalan kearah kedai yang baru dibuka itu. Sesampai sahaja dikedai itu, tiada sorang pun yang mengambil order mereka.

Setelah 5 minit menunggu, ada sosok wanita yang hadir untuk mengambil pesanan. "Ya nak makan apa?"

Zarith dan Amer memandang serentak kearah sosok itu manakala Airiel sedang membalas mesej dengan rakannya.

"Sini ada sup kambing tak kak?" tanya Zarith. Wanita itu tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Tapi kena tunggu sekejap lah. Umi tengah masak." Airiel mengangkat wajahnya dan memandang kearah perempuan itu. Dia terkedu.

Zarith menganggukkan kepalanya. "Boleh lah."

"Korang nak apa-apa tak?"

"Beri saya teh ais. Kau Iriel nak apa?"

Soal Amer. Apabila soalannya tidak dijawab Amer dan Zarith memandang kearah lelaki itu. Berkerut dahi mereka melihat Airiel yang menatap wanita itu seakan tidak lepas.

"Airiel Iskandar!" Zarith menyeru nama panjang Airiel.

"Hah? Kenapa?" Airiel sedar daripada mengelamun.

"Nak apa?" soal Amer.

"Taknak taknak."

Zarith menganggukkan kepalanya. "Sup kambing tu bungkus. Saya nak air teh o suam."

Wanita itu menganggukkan kepalanya dan tersenyum. "Baiklah."

Kakinya melangkah meninggalkan mereka bertiga. Apabila sosok wanita itu menjauh, mereka berdua memandang kearah Airiel.

"Kau kenapa pandang perempuan tu macam nak telan?"

Airiel mendiamkan dirinya. Tidak lama kemudian Airiel membuka mulutnya. "Takde apa-apa lah."

Airiel memandang lantai. Tidak berani mahu menentang pandangan lelaki dihadapannya. Dia bukan apa, tapi dia malu!

Zarith melangkah masuk kedalam rumah dengan tiga bungkus sup kambing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zarith melangkah masuk kedalam rumah dengan tiga bungkus sup kambing. Dia meletakkan bungkusan itu diatas meja.

"Bonda mana Medina?"

"Ada dekat kolam agaknya dengan Fin."

Zarith menganggukkan kepalanya dan mencium lembut pipi bondanya. Dia melangkah kearah kolam. Terlihat isterinya sedang berbual dengan adiknya.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now