Zarieysa | 42

5.2K 191 41
                                    

Petang menjelma, seperti yang dijanjikan oleh Zarith. Dia mahu membawa isterinya pergi ke kandang kambing Pakcik Faid. Zarith menunggang motor sehingga ke kawasan perumahan Pakcik Faid.

"Eh Ad." sapa Pakcik Faid. Zarith tersenyum.

"Nak pergi kandang ke?"

"Haah. Nak bawak isteri, dia kata ngidam." Zarith memberitahu hajatnya. Pakcik Faid menganggukkan kepalanya. Dia membawa pasangan itu ke kandang kambing.

Sesampai sahaja dihadapan kandang kambing, bukan main lagi Areysa tersenyum lebar. Dia mendekatkan dirinya pada kambing itu.

"Ee comelnya awak. Siapa nama awak?" soalnya sambil mengusap kepala kambing tersebut.

Zarith yang mendengar itu hanya tertawa halus sahaja. "Kalau Medina nak tahu nama dia Timah. Dia betina." Pakcik Faid bersuara.

Areysa tersenyum. "Amomomo Timah ya nama awak. Comel!!"

Zarith hanya melihat sahaja tingkah isterinya itu. Dia berjalan kearah Pakcik Faid dan membiarkan sahaja Areysa bermain dengan kambing. Esok sudah nak balik KL.

"Bila Ad balik KL?" Pakcik Faid menyoal sambil memberikan kambing rumput.

"Esok. Itu pun Ad dah kerja." Pakcik Faid menganggukkan kepalanya.

"Isteri kamu tu suka dengan kambing ke?" Zarith hanya menggarukan kepalanya.

"Taktahu lah Pakcik, isteri saya ni baru je suka kambing." Pakcik Faid tetap menganggukkan kepalanya.

"Sebab dia mengandung. Maybe start dari situ dia sukakan kambing." jelas Zarith lagi.

"Ouh jadinya isteri kamu mengandunglah ni?" Zarith menganggukkan kepalanya.

"Alhamdulillah nak jadi ayah dah kamu. Jadi ayah yang baik lah ya? Mental fizikal kena kuat, sebab kamu pun baru pertama kali jadi ayahkan?"

Zarith menganggukkan kepalanya. "Hah tulah baru first time jadi ayah. Kalau anak first tu anak ni second pakcik."

"Takpelah takde rezeki kamu." Pakcik Faid faham isi yang dikatakan oleh Zarith. Zarith menilik jam tangannya.

Dah pukul 6:30! Tak boleh lewat, bonda dah pesan!

"Pakcik kami mintak diri dulu ya?"

Pakcik Faid tersenyum dan menganggukkan kepalanya. "Baik. Nanti balik KL hati-hati. Nanti balik sini datanglah."

Zarith menghadiahkan senyuman pada Pakcik Faid. Dia melangkah kearah isterinya. "Sayang, jom balik. Bonda tak kasik bawak sayang lama-lama."

Areysa mencebikkan bibirnya. "Nak tengok kambing."

"Nanti kita balik sini kita datang lagi." pujuk Zarith.

Areysa tetap menggelengkan kepalanya. Zarith memicit kepalanya. "Abang Timah ni comel lah. Bela nak?" pinta Areysa

Laju sahaja Zarith menggelengkan kepalanya. Areysa mengelipkan matanya agar Zarith cair. "No."

Zarith menarik tangan Areysa agar keluar dari kawasan kandang kambing tersebut. Sampai sahaja di motor, Areysa mencebikkan bibirnya. Dia menggoyangkan lengan suaminya itu. Zarith menghela nafasnya. "Jangan mengidam macam-macam boleh tak Medina sayang? Abang seram lah dengan sayang punya ngidam ni." jujur Zarith.

"Aik takkan nak penuhkan ngidam Eysa abang takut? Alah abang ni, ngidam Eysa setakat nak bela kambing pon takle ke? Kambing comel lah abang, macam kambing Pakcik Faid tu. Comel lah abang." rayu Areysa sambil menggoyangkan lengan Zarith.

Zarith berdecit. Dia memandang lembut wajah isterinya. Zarith tetap menggelengkan kepalanya. Wajah Areysa redup sahaja. "Aih ni first and last aku ngandungkan budak ni lah. Seram." gumamnya dengan perlahan.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now