Zarieysa | 50

4.9K 193 38
                                    

     Perlahan-lahan kaki Zarith menapak masuk kedalam ward yang menempatkan isterinya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Perlahan-lahan kaki Zarith menapak masuk kedalam ward yang menempatkan isterinya itu. Air matanya gugur setiap kali mengingati kata-kata doktor perempuan itu.

Dia mengambil tempat disebelah isterinya dan meletakkan tapak tangannya atas perut kempis isterinya itu. Dia mengusap lembut perut itu. "Maafkan babah sayang."

"Maafkan babah."

Ayat itu diulang-ulang oleh Zarith. Mulutnya tidak berhenti meminta maaf. Dia memandang wajah Areysa yang masih kaku itu.

Dia bangun dari duduknya dan menguncup lembut dahi Areysa. Sudah berhari-hari mereka tidak jumpa.

Bila jumpa jadi begini. Zarith terkilan.

Pintu bilik dikuak dari luar, Zarith hanya melihat tanpa riak. Terlihat sosok Encik Khai, Puan Iman dan Airiel berjalan masuk.

Zarith hanya menekur lantai. Tiba-tiba bahunya dipegang. Zarith memandang tangan itu. Terlihat Encik Khai tersenyum.

"Ma-maafkan Za-zarith."

Encik Khai menggelengkan kepalanya. "Bukan salah Zarith. Takdir yang menentukan. Lagipun walid tau anak walid ni kuat. Percaya lah." kata Encik Khai dengan lembut. Dia melepaskan tangannya pada bahu Zarith lalu melangkah kearah anak perempuannya.

Puan Iman menangis dalam pelukkan Airiel. Airiel masih kaku disitu. Apabila mendapatkan berita tentang kakaknya itu.

Encik Khai menundukkan kepalanya lalu membisikkan sesuatu pada telinga anak gadisnya.

"Eysa, walid dah balik ni. Walid minta maaf kalau walid jarang bersama-sama Eysa. Walid terkilan apabila melihat Eysa macam ni. Bangun lah sayang, walid dah balik ni. Nanti siapa nak buat lawak random kalau bukan Eysa." bisik Encik Khai. Air matanya jatuh. Encik Khai mencium dahi anak perempuannya itu.

Dia berjalan kembali kearah isterinya. Kalini Airiel pula mendekat. "Kak, tak lawak tho kau buat macam ni dekat kitorang dengan Abang Zarith. Tak baik betul. Aku tahu lah kau suka buat lawak random tapi janganlah kau buat lawak macamni. Ni random sangat nak buat lawak."

Tibe.

Dia mencium kedua-dua pipi kakaknya. Dia mengusap kepala kakaknya dan melangkah keluar. Dia tidak sanggup melihat tubuh kakaknya yang berselirat dengan wayar.

Puan Iman dalam pelukkan Encik Khai. Puan Iman tidak mahu pergi kearah anaknya kerana dia tidak sanggup melihat keadaan anaknya itu.

"Zarith, kami keluar dulu ya? Nanti kami datang lagi."

Zarith menganggukkan kepalanya dan menghantar pemergian ibu bapa mertuanya.

Zarith memandang kearah isterinya kembali. "Sayang, bangun lah. Tak lawak lah nak tidur macam ni. Ingat kita suka ke macam ni hm? Bangun lah sayang. Abang nak warning eh? Jangan tinggalkan abang macam mana anak-anak kita tinggalkan kita..."

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now