Zarieysa | 61

4.3K 177 5
                                    

     Mereka berdua menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Zarith memegang erat tangan Areysa. "Hati-hati sayang." bisik Zarith. Areysa menguntum senyuman.

"Baiklah Zarith."

Sesampai sahaja ditingkat bawah mereka berjalan kearah meja. Terlihat keluarga Zarith sedang menjamu selera.

"Selamat pagi Ad, Eysa." sapa Tengku Zanira.

"Pagi bonda." jawab Zarith. Zarith menarik kerusi dan memberikan kerusi itu pada isterinya.

Dengan berhati-hati Areysa melaburkan punggungnya diatas kerusi. Zarith mencedokkan nasi lemak kedalam pinggan isterinya.

"Eysa okey?" soal Tuan Arel dengan prihatinnya.

Areysa mendonggakkan kepalanya lalu menganggukkan kepala. "Okey." jawabnya sambil tersenyum.

"Kenapa muka pucat?" kalini Tengku Zanira bertanya.

Areysa memandang Zarith agar lelaki itu dapat memberikan jawapan.

"Demam sikit bonda." jawab Zarith. Mereka disitu hanya menganggukkan kepalanya. Tanpa berfikir lain.

"Nanti makanlah ubat." Areysa hanya menanyangkan senyuman sahaja.

Areysa menitiskan air matanya sambil mengusap batu nisan arwah mamanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Areysa menitiskan air matanya sambil mengusap batu nisan arwah mamanya.

Nurul Iman binti Mustafar
1978-2024

Areysa memandang kearah sebelah kubur mamanya iaitu kubur arwah walidnya.

Khai bin Rosdi
1977-2024

"Mama walid harini Eysa nak bagitahu yang kandungan Eysa sihat. Dan membesar dengan baik. Kan best kalau mama dan walid sempat tengok anak Eysa." perlahan sahaja suaranya.

Zarith disitu hanya melihat sahaja. Aisaar dan Airiel sudah pulang dulu kerana ada urusan. Jadi tinggal mereka berdua sahaja.

Zarith yang melihat itu mengusap belakang isterinya bagi menenangkan Areysa. "Dah ke sayang?"

Areysa hanya menganggukkan kepalanya. "Nak abang tolong?"

Areysa menggelengkan kepalanya. Areysa mencuba bangun dari duduknya dengan bersusah payah. Dan akhirnya Areysa menghulurkan tangannya. "Help, can't get up." ujarnya.

Zarith tersenyum lucu dengan kelakuan isterinya. Tadi orang nak tolong tak mau jual mahal.

Zarith membantu isterinya bangun dari duduknya. Lalu mengambil jug yang dibawa.

Areysa memimpin tangan suaminya dengan berhati-hati. Sesampai sahaja dikereta, mereka meloloskan dirinya masuk kedalam.

Sebelum kereta bergerak, Areysa sempat memandang kearah kedua-dua kubur mama dan walidnya. "Eysa dengan Zarith balik dulu ya bonda. Nanti Eysa datang lagi."

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now