Zarieysa | 30

7.3K 257 20
                                    

Masuk sahaja didalam bilik, Zarith terus pergi kearah isterinya itu. "Sedap ke tak tomyam abang buat tu? Jujur je abang tak marah."

"Sedaplah abang." jawab Areysa. Mengecil pandangan Zarith.

"Tak baik tipu yang." Areysa menggelengkan kepalanya.

"Mana ada Eysa tipu. Memang sedap pun." bicara isterinya. Areysa menarik selimut sehingga ke dadanya.

Zarith yang melihat itu hanya menggaru kepalanya. Terlihat Areysa baru melelapkan matanya. Berkerut dahi Zarith melihat Areysa sudah masuk tidur. Awal lagi.

Dia mengambil Ipad-nya lalu menyambung kerjanya itu. Tiba-tiba dia mendengarkan jeritan seseorang. Zarith meletakkan Ipad-nya lalu mencium ubun-ubun Areysa sebelum dia keluar.

Dia keluar sahaja dari bilik, terlihat Athirah menangis didalam pelukkan ibunya. Zarith berjalan kearah bondanya.

Dia berbisik dengan abangnya yang sedang berdiri berdekatan dengan Tengku Zanira. "Bang, apasal ni?"

"Entah dia, tiba-tiba menjerit macam orang takde iman."

Zarfina dan Zarith tertawa halus. Tengku Zanira menoleh kearah anak-anaknya. Tajam sahaja pandangan bondanya.

"Apasal gelak?"

Zarfina, Zarith dan Zarif terdiam. Mereka hanya menanyangkan senggihan sahaja. "Takde apa bonda." ujar Zarif.

Tengku Zanira hanya menggelengkan kepalanya. Zarith berbisik pada adiknya pula. "Dia kenapa Fina?"

Zarfina menoleh kearah abangnya itu. Lalu dia mengangkat bahunya. "Entah, Fina taktahu sebab tiba-tiba je. Lagipun tadi Fina lepak dengan Aisha." Zarith menganggukkan kepalanya.

"Kamu ni kenapa Thirah? Tiba-tiba menjerit?" tegur Nenek Asiah

"THIRAH NAKKAN ABANG AD NEK! NAK ABANG AD! KENAPA PEREMPUAN TU BOLEH DAPATKAN ABANG AD?! PEMPUAN TU MEMANG SUNDAL! TAK GUNA!"

Membulat mata Zarith. Dia berjalan kehadapan. "Woi, yang kau panggil sundal dan tak guna tu bini aku tau. Dia lah yang akan mengandungkan dan lahirkan anak aku."

"Abang Ad!" laju sahaja Athirah meluru kearahnya. Dia ingin memeluk diri Zarith tetapi Zarith menepis.

"Apa ni? Tak suka lah kena peluk dengan bukan halal bagi aku." bidas Zarith dengan dingin. Anak matanya menikam tajam wajah Athirah.

Yang lain hanya menoleh sahaja. Tak berani mahu menolong. Zarith sudah mengeluarkan aura yang negatif.

"Kau lagi sebut lagi bini aku macam tu memang tak teragak-agak aku bunuh kau."

Masing-masing terkedu. Termasuk juga dengan Athirah. "A-ad sabar." pujuk Tengku Zanira.

"Ad takle sabar dah bonda. Dia dah kata bini Ad sundal dan tak guna!"

"Dah Ad, kau masuk bilik sekarang. Biar aku handle." kalini Zarif bersuara apabila melihat adiknya seakan tidak dapat mengawal kemarahan.

"Kau kalau cakap macam tu lagi. Memang aku buat betul-betul!"

Kaki Zarith melangkah kearah biliknya. Athirah yang melihat itu terkedu.

Zarith membuka pintu biliknya dan terus kearah isterinya. Zarith memeluk tubuh badan isterinya yang masih tidur itu.

Areysa membuka matanya perlahan-lahan apabila dia merasakan ada yang memeluknya. "Abang?" soal Areysa yang masih mamai.

"Ya. Kejap give 2 minute."

Areysa hanya membiarkan sahaja. Dia masih mengantuk. Selepas itu, Zarith melepaskan pelukkannya.

"Sayang tidur balik ya? Abang mintak maaf sebab terkejutkan sayang."

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now