Zarieysa | 04

11.8K 485 8
                                    

Sejak kejadian malam tadi, Areysa hanya berkurung didalam biliknya sahaja. Dia akan turun setiap kali waktu makan ataupun family time sahaja. Selebihnya dia berkurung.

Dia banyak termenung. Areysa menghela nafasnya apabila cintanya ditolak begitu sahaja oleh jejaka bernama Zarith Adham.

"Macam mana nak buat? Hm."

"Nak kena move on lahkan?"

Areysa penat kerana banyak menangis. Kalini dia hanya membaringkan dirinya tak lama kemudian dia terlelap.

 Kalini dia hanya membaringkan dirinya tak lama kemudian dia terlelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Julian memandang wajah Zarith yang sukar ditafsir itu. Julian menghela nafasnya.

"Kau kenapa?" soal Julian. Tapi soalan itu diabaikan oleh Zarith.

"Ui." Julian masih mencuba nasibnya lagi. Apabila beberapa kali sudah memanggil Zarith, dia menghela nafasnya.

"Woi Zarith Adham!" jerkah Julian. Zarith yang sedang mengelamun sudah kembali ke dunia realiti.

"H-hah apa?"

"Kau dah kenapa bodoh? Aku panggil daripada tadi kau mengelamun aje. Kau kenapa?"

Zarith menghela nafas kecilnya. "Malam tadi, aku pergi event keluarga Aisaarkan? Lepastu aku duduk semeja dengan adik dia. Lepastu kau tahu tak, dia boleh confess dekat aku."

Membulat mata Julian. "Serious lah weh?"

Zarith menganggukkan kepalanya dengan lemah. "Habis kau reject ke accept dia?"

Zarith menghela nafasnya. "Reject. Aku dah ada Faiqah. Itu pun aku tak terjaga, takkan aku nak terima adik dia. Habis nanti aku lukakan hati dia, aku kena serang dengan Aisaar. Tapi tulah semalam time aku keluarkan perkataan reject tu, air muka dia lain."

Julian tertawa halus. "Habis kau reject, tak lukakan hati dia? And ofcourse air muka dia berubah. Sebab cinta dia kena tolak macam tu je." kata Julian sambil mengangkat kedua-dua keningnya.

Zarith terdiam.

"Dahlah jangan fikirkan tentang tu dah. Aku nak release stress, sebab semalam Faiqah datang office aku buat ulah."

"Apa lagi yang minah tu buat?"

Zarith menceritakan semua tentang kejadian semalam. Julian yang mendengarkan itu tertawa terbahak-bahak.

"Tulah kau, kutip lagi perempuan macam tu. Hadap lah kau. Padan muka."

Zarith memandang tajam kearah Julian. "Kau ni tak membantu aku lah sia. Aku cerita dekat kau untuk dapatkan cadangan dari kau. Ni kau boleh padankan muka aku."

Semakin kuat Julian tertawakan Zarith. Zarith mengetap rahangnya dan menjeling tajam kearah Julian.

"Sial kau, tak function lah kau."

Julian hanya mengabaikan sahaja. Dia masih tertawakan Zarith. "Bagi lah solution Julian Muhammad! Takkan kau nak gelakkan aku je?" Zarith menanyangkan wajah simpatinya.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now