Zarieysa | 05

12.4K 510 27
                                    

4 tahun kemudian...

Kereta Suzuki Swift membelahi jalan raya. Suasana didalam kereta hanya bertemankan dengan radio sahaja. Lelaki itu memandang Areysa yang sedang ralit bermain phone.

"Sayang, letak phone tu. Layan lah saya." ujar lelaki itu. Areysa yang mendengarkan itu terus memandang lelaki itu.

Areysa akur. Dia mematikan phone dan diletakkan diatas pehanya. "Okay done."

Lelaki itu tersenyum. "Good girl. Awak ada nak pergi mana-mana lagi ke sayang?" tanya lelaki itu.

"Em ada." balas Areysa.

Lelaki itu menganggukkan kepalanya. "Okay nak pergi mana? Pergi hati saya ke?"

Cemberut wajah Areysa. "Ishh awak ni, takyah nak kasik saya pickupline sangat lah. Asyik pickupline je, boring. Dahlah pickupline sama je awak kasik."

Lelaki itu tertawa. "Betul lahkan? Pergi hati saya?"

"Mengada lah awak Fadhi. Em saya nak pergi popular, nak beli novel. Boleh?"

Ya lelaki itu ada Fadhi. Fadhi menganggukkan kepalanya. "Yes boleh dear."

Fadhi memandu kereta ke tempat yang Areysa minta. Sampai sahaja di mall, mereka meloloskan diri daripada perut kereta. Kaki melangkah masuk kedalam mall.

Setelah itu, mereka berdua masuk kedalam popular. Fadhi mengikuti sahaja langkah gadis kesayangannya. Areysa berjalan kearah bahagian novel.

Dia menilik satu persatu novel disusun. Matanya tertancap pada satu novel yang baharu sahaja dikeluarkan. Laju sahaja tangannya mencapai novel tersebut. Areysa tersenyum.

"Awakk, ni novel yang saya nak sangat. Limited."

Terjongkit kening Fadhi. "Limited? Novel apa tu sayang?" soal Fadhi sambil memandang novel yang dipegang oleh Areysa.

"Ni hah novelnya." jawab Areysa sambil menayangkan novel kepada Fadhi.

"Seseorang Yang Ku Kejar? Best ke?"

Laju sahaja Areysa menjatuhkan kepalanya. "Best!! Best sangat-sangat. Sebab saya baca dia punya sinopsis dekat tiktok, sebabtu lah saya teringin nak baca. Dekat sinopsis dia je dah best, mesti novel dia best." kata Areysa dengan teruja. Fadhi menganggukkan kepalanya sahaja.

"Lagi apa yang sayang tahu pasal novel tu? Dan kenapa dia limited?"

Areysa membelek novel tersebut. "Em tak silap, penulis dia ni orang Malaysia tetapi dia duduk France. Ni novel kedua, penulis tu terbitkan. Dia banyak tulis tentang France dekat novel pertama. Maybe dekat novel kedua dia, ada tentang France juga. Saya suka baca, best sangat-sangat. France tu indah je."

Fadhi menganggukkan lagi kepalanya. "Faham, lagi sayang nak beli apa?"

Areysa menggelengkan kepalanya sahaja. Dia nak pergi popular semata nak rebut novel itu sahaja. Nasib tidak ramai orang sekarang, jadi boleh lah rebut. Hahaha.

Mereka berjalan kearah kaunter untuk membuat pembayaran. Areysa meletakkan novel tersebut, lalu dia ingin mengeluarkan duitnya untuk membayar.

Semasa Areysa menghulur, Fadhi menghalangnya bayar. Berkerut dahi Areysa melihat itu. "Saya nak bayarlah."

"No it's okay. Biar saya bayar." ujar Fadhi dengan senyuman. Dia menghulurkan card debitnya.

Setelah itu, Areysa mengambil plastik yang dihulurkan oleh cashier tersebut. Areysa menghadiahkan senyuman pada cashier perempuan itu.

Mereka berjalan keluar dari popular. "Thanks awak sebab belanja."

Fadhi tersenyum. "Sama-sama sayang. Anythings for you."

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now