Zarieysa | 56

3.8K 159 2
                                    

Semalam Areysa merajuk, tetapi harini Zarith masih tidak memujuknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semalam Areysa merajuk, tetapi harini Zarith masih tidak memujuknya. Dia sengaja tidak memujuk si isteri. Dia mahu melihat sejauh mana si Eysa tu merajuk.

Hihi.

Kakinya berjalan masuk kedalam biliknya dan dia melihat sekujur tubuh yang sedang baring. Dia mendekat lalu berjalan kearah kamar mandi.

Areysa malas mahu menegur. Kerana apa? Sebab dia masih merajuk!

Apabila Zarith mendengarkan pancuran air, laju sahaja kepalanya menoleh. Lalu terbit senyuman. Dia bangun dari baringnya dan berjalan kearah closet.

Dia berdiri disebelah kamar mandi untuk menunggu Areysa keluar. Dalam beberapa saat kemudian, pintu kamar mandi dibuka dengan perlahan-lahan, Areysa setapak keluar.

1

2

3

"Mbah!" sergah Zarith.

"Eh mak kau!" latah Areysa sambil menepuk kuat dada Zarith. Zarith mengaduh kesakitan sambil mengurut sakitnya.

Manakala Areysa sudah muncung mulutnya. "Apa abang ni?!"

Zarith tertawa terkekeh-kekeh. Ya la sejak mereka mendirikan rumah tangga, dia tak pernah pun lihat Areysa melatah. Selalunya kalau terkejut dia hanya diam sahaja.

Tajam sahaja anak mata Areysa menikam wajah si suami. "Ish dia ni kan! Suka la terkejutkan orang!"

Areysa pergi meninggalkan Zarith yang masih ada sisa tawanya. Zarith berhentikan gelaknya dan terkebil-kebil apabila ditinggalkan oleh isteri tersayang.

Dia mengikuti langkah isterinya itu. "Sayang!" panggil Zarith. Berekerut dahi Zarith apabila melihat isteri masuk kedalam bilik adiknya. Zarfina.

Apabila melihat isterinya tidak keluar lagi dalam bilik adiknya. Dia mengambil keputusan untuk berjalan ke bilik adiknya. Dia menolak pintu bilik Zarfina lalu menjengah.

Terlihat Zarfina sedang menatap laptop tanpa menyedari kehadiran Zarith. Lalu dia memandang kearah katil. "Fin." perlahan sahaja dia memanggil sang adik. Laju sahaja Zarfina menoleh.

Telinganya tidak pekak. Sebab apa? Sebab suara abangnya kuat walaupun perlahan. Gimana toh?

Zarfina menjongkitkan keningnya. Lalu Zarith melambai kearah Zarfina. Zarfina akur dan datang kearah Zarith. "Yow apa?"

"Medina buat apa masuk bilik kau?"

"Merajuk dengan abang la."

Terngangah Zarith mendengar itu. "Sekarang dia tidur? Dah lama ke?"

"Lebih kurang 10 minit gitu la. Lagipun dia baru lepas muntah." jawab Zarfina sambil mengerling Areysa yang sedang tidur diatas katilnya.

Membukat mata Zarith mendengarkan ayat adiknya. "Muntah? Dia salah makan ke?" soal Zarith sambil menoleh kearah isterinya yang masih lena tidurnya.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now