Zarieysa | 54

4.4K 190 8
                                    

Bangun sahaja dari tidur, Zarith kalut mencari dimana keberadaan isterinya. Lepas sahaja dia membersihkan dirinya, kaki melangkah kearah ruang tamu. Terdengar suara gelak tawa yang tidak asing itu.

Dia mendekati isteri, adiknya dan adik ipar. "Wah, bangun tak kejut abang yek?" soal Zarith sambil memandang wajah Areysa.

Areysa tersenggih. "Dah abang tidur pun berdengkur. Macam penat je."

Mengecil pandangan Zarith. Zarfina dan Airiel sudah tertawakan Areysa.

Tidak lama kemudian, Aisaar datang kearah mereka dengan keadaan tergesa-gesa.

"Eysa! Iriel!"

Mereka menoleh kearah suara itu. Mereka menjongkitkan keningnya. "M-mama, w-walid."

Areysa terdiam. Manakala Airiel merenung anak mata Aisaar. "K-kenapa?" Areysa sudah bangun dari duduknya.

"P-plane c-crash."

Areysa bagaikan dunianya gelap. Sekelip mata sahaja kakinya menjadi lemah dan pandangannya menjadi gelap. Dia hanya dapat mendengarkan sayup suara mereka.

"K-kak!"

"S-sayang."

"E-eysa!"

Areysa membuka matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Areysa membuka matanya. Dia melihat sekeliling, ya sekarang dia di bilik suaminya. Pintu dikuak dari luar.

"A-abang."

Zarith tersenyum. "Ya sayang. Dah bangun." lembut sahaja Zarith bercakap. Zarith memeluk tubuh isterinya.

Areysa menyebamkan wajahnya didada Zarith. "A-abang, m-macam m-mana d-dengan ma-mama da-dan w-walid?" soalnya dengan tersedu-sedu.

Zarith mengusap belakang badan isterinya. "E-eysa t-tak s-sanggup n-nak hi-hilang mereka."

Areysa masih melepaskan tangisan didada Zarith. "Shh." Zarith menenangkan isterinya.

Zarith menepuk belakang isterinya. Pintu dikuak terlihat wajah Airiel dan Zarfina.

Zarith hanya menjongkitkan keningnya apabila terlihat wajah Airiel sudah dibasahi dengan air mata. Manakala Zarfina hanya mendiamkan dirinya.

Mereka berdua mendekati Zarith dan secara tiba-tiba dia memeluk badan Zarith.

"Abang!" kata mereka berdua serentak.

Zarith terkaku.

Apa yang jadi?

"M-mama d-dengan w-walid da-dah ti-tinggalkan k-kitorang. K-kitorang d-dah ta-takde te-tempat berteduh. Kit-kitorang dah tak boleh rasa masakkan mama. Ki-kitorang dah tak bol-boleh ber-bermanja la-lagi dengan wa-walid dan mama. Iriel rindu mama dengan walid."

Zarith terdiam. "A-apa Iriel c-cakap?"

Airiel mengangkat wajahnya. "M-mama d-dan w-walid d-dah me-meninggal."

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now