Zarieysa | 14

8.8K 390 31
                                    

Pada hujung minggu yang indah, Areysa mengambil keputusan untuk berjogging di area tasik bersama-sama Aisaar.

"Bang, abang taknak tambah anak ke?"

Tersedak Aisaar dibuatnya. Aisaar memandang wajah Areysa seakan sukar ditafsir.

"Hah abang taknak ke?"

"Kau demam ke Eysa?" soal Aisaar sambil meletakkan tapak tangannya didahi Areysa. Areysa menepis.

"Ish mana ada."

Aisaar menggarukan kepalanya dengan tingkah Areysa harini. "Kau ni kenapa tiba-tiba tanya soalan tu?"

"Alah Eysa tanya je. Sian Eman takde kawan."

"Kau lah kawan dia." balas Aisaar tenang.

"Tapi nanti kalau Eysa dah kahwin nanti. Dia takde kawan."

Aisaar tersenyum nakal. "Ouh, Eysa dah plan nak kahwin lah ni?"

Areysa hanya menganggukkan kepalanya. "Kahwin dengan siapa?" sengaja Aisaar menanya soalan itu. Soalan cepu emas HAHAHA.

"Dengan Zarit-- eh dengan siapa-siapa lah." laju sahaja Areysa menukar jawapannya.

"Ceyyy dah terima lah ni?"

Areysa hanya mendiamkan dirinya. "Takpelah kalau Eysa taknak jawab. Abang boleh je kasik tahu yang Eysa cakap tadi." ujar Aisaar lalu melarikan dirinya daripada Areysa.

Areysa yang mendengarkan itu membulat matanya. Dia mengejar abangnya itu. "Abang!! Tak payahlahh!!" jerit Areysa.

Kaki dahlah pendek, ada hati nak kejar abangnya macam tiang tu.

Tercunggap-cunggap Areysa mengejar Aisaar. Aisaar sudah jauh dihadapan. Dia berehat dibangku yang disediakan.

Sedang duduk untuk merehatkan dirinya, ada seseorang memanggil dirinya. "Areysa.."

Areysa memandang suara itu. Matanya tertancap pada sosok yang diri tidak jauh darinya. Dia tersenyum senget.

Dia melaburkan punggungnya bersebelahan dengan Areysa. Areysa menjarakkan sedikit antara mereka.

"Hi sayang. Lama saya tak jumpa awak." ujar Fadhi. Areysa hanya menganggukkan kepalanya.

"Hey, kenapa tak cakap? Saya rindu suara awak sayang."

Areysa tetap mendiamkan dirinya. Beberapa kali Fadhi bertanya, Areysa hanya menggelengkan kepalanya atau angguk sahaja. Adakalanya dia hanya mendiamkan dirinya.

"Sayang, kenapa ni?" soal Fadhi lagi.

Areysa tetap diamkan dirinya memandang tasik. Apabila soalannya tidak dijawab, Fadhi mengetapkan rahangnya.

"Sayang!" jerkah Fadhi.

Areysa tersentak. "Apa awak nak lagi Fadhi?!"

Fadhi terdiam. "Awak tinggikan suara dekat saya Areysa?"

Areysa hanya mendiamkan dirinya kembali. "Hey! Jawab soalan aku!"

"Apa masalah kalau tinggikan suara dekat awak?! Awak siapa?! Tak cukup ke awak rogol adik awk sendiri?! Dan awak rogol adik Julian?! Ingat saya taktahu ke awak selalu check in dekat hotel?! Dengan perempuan lain?" bentak Areysa.

Fadhi terdiam apabila rahsianya sudah pecah. Rahsia yang disimpan rapi akhirnya terbongkah. Fadhi tidak dapat tahan lagi rasa geramnya.

Dia mengengam tangan Areysa. "Pandang aku! Aku tak buat kerja macam tu lah!!"

Areysa bergelut untuk melepaskan dirinya. "Lepas!"

"Aku kata lepas. Lepaslah!!"

Fadhi semakin erat mengenggam tangan Areysa. Tangan kiri Areysa sudah berada dilangit.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now