Zarieysa | 59

3.9K 166 7
                                    

"Sayang! Dah siap belum?" soal Zarith dengan kuat dari bawah. Areysa sedang melilit tudungnya terhenti.

"Tengah pakai tudung!" jawab Areysa dari tingkat atas.

Diam.

Tiada sahutan selepas itu, pintu dikuak dari luar. Muncul sosok tubuh Zarith yang sedang bercekak pinggang.

Areysa hanya mempamerkan senyuman sahaja. "Dah siap ke belum Puan Areysa Medina?"

Areysa menggelengkan kepalanya. Zarith menghela nafasnya. Zarith berjalan kearah isterinya. "Meh, abang siapkan sayang. Sayang diam je." kata Zarith.

Tangannya sempat mengusap perut isterinya yang memboyot itu. Tangannya naik melilit tudung diatas kepala Areysa. "Abang memang taknak check jantina ke?" soal Areysa.

Mata Zarith mencari anak mata isterinya lalu tersenyum. "Taknak. Biarlah dia lahir dulu." jawabnya.

Ya kandungan Areysa sudah mencecah 5 bulan. Tetapi lelaki ini tidak ingin pergi check gendernya lagi. Dengan alasan, biarlah itu semua rahsia.

Semasa mula kandungan itu, Zarith larang dia membuat kerja berat-berat. Dia hanya beri Areysa membuat kerja seperti memeluk lelaki ini dan bermanja sahaja. Selain itu dia tidak benarkan.

Alahai bapak budak ni.

"Okay settle." kata Zarith. Areysa menilik wajahnya dihadapan cermin lalu tersenyum. "Wah cantiknya!" puji Areysa. Zarith menganggukkan kepalanya.

"Dah jom, nanti lambat pula nak pergi masjid." Areysa menganggukkan kepalanya.

Mereka berjalan bersama-sama menuruni anak tangga. Zarith membawa beg baju masuk kedalam keretanya kerana mahu bermalam dirumah Tengku Zanira.

Kereta yang dipandu Zarith meluncur diatas jalan raya. Suasana didalam kereta hanya bertemankan radio sahaja.

"Abang." panggil Areysa. Zarith menoleh.

"Ya sayang?"

"Kalau malamni Eysa nak tidur dengan Iriel boleh? Eysa rindu nak tidur dengan adik Eysa yang tu." katanya dengan perlahan agar Zarith tidak memarahinya.

Zarith tersenyum. "Habis kalau awak tidur dengan Iriel, abang nak tidur dengan siapa?"

Areysa mengetuk dagunya. "Tidur dengan encik teddy la abang." katanya tanpa rasa bersalah. Membulat mata Zarith.

"Okay."

Areysa mengigit bibirnya apabila Zarith jawab macamtu. Dia dapat rasakan kalau suaminya merajuk.

"Alaa! Okay, Eysa tidur dengan abang."

Tersenyum Zarith. "Takdelah. Tidur la dengan Iriel. Abang tak kesah. Kalau sayang nak tidur dengan Iriel pergi jela. Abang pergi cari isteri lain ajak tidur sekali."

Kalini mata Areysa pula membulat. Muncung mulutnya. Dia membuang pandangannya diluar tingkap. Dia hanya membiarkan suaminya itu.

Dia merajuk!

Terletus tawa Zarith. "Alahai mama buyung ni."

"Abang gurau jela. Abang takkan la nak pergi cari yang lain, kalau depan mata abang ni dah perfect." puji Zarith. Areysa menyembunyikan senyuman.

Beberapa minit kemudian, mereka sampai ke Masjid Sendayan.

Jangan tanya kenapa masjid sendayan T-T. Dari cerita AidilHumaira pun saya gunakan masjid Sendayan. Sebabnya adalah...takde, takde sebab pun hahahah.

"Jom sayang. Kita keluar."

Areysa mendiamkan dirinya. Zarith menghela nafasnya. Zarith menarik Areysa masuk kedalam pelukan. "Abang! Tudung Eysa!" jerit Areysa apabila Zarith menekan kepala Areysa.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now