Special Edition | Ramadhan

3.4K 152 7
                                    

Laju sahaja kaki melangkah kearah ruang tamu. Setelah sahaja Areysa membasuh pinggan, dia terus ke tempat suami dan anak-anaknya.

"Abang..." panggil Areysa. Zarith yang leka menonton televisyen itu terus memandang sang isteri. Dia lalu tersenyum. "Ya sayang, kenapa?"

"Lusa dah puasa. Barang untuk memasak pon dah berkurang." jelas Areysa sambil mengusap rambut Adeelia.

"Takpelah. Esok kita pergi lah cari ya sayang? Dah sekarang ni kita santai depan televisyen jom." Zarith menarik tangan si isteri agar Areysa duduk bersebelahan dengannya.

Areysa akur. Lalu memandang wajah si Zarith. "Abang..." panggil si isteri lagi.

Sekali lagi Zarith memandang wajah Areysa. "Why sayang?"

"Abang, Eysa nak mintak maaf sebab first day puasa nanti Eysa tak dapat teman abang. Maaf."

Zarith tersenyum. Dia faham akan maksud si Areysa.

"Alaa, kenapa takle teman abang?" sengaja Zarith menyoal. Sedangkan dia dah tahu.

Areysa memandang suaminya sambil bermain dengan jarinya sendiri. "Eysa period lah abang." jawab Areysa sambil tersenggih.

Zarith mengusap pipi sang isteri. "Takpe sayang. Nanti abang sahur, sayang teman okay? Nanti bila sayang puasa ganti abang teman sayang okay?"

Areysa menganggukkan kepalanya berkali-kali. "Eysa nak abang tahu yang Eysa sayangkan abang!"

Tergelak Zarith melihat telatah sang isteri. Dia mencium dahi Areysa. Tiba-tiba ada suara menerpa.

"Babah! Kenapa babah cium mama?" soal Adeeb dengan nada tak puas hati. Laju sahaja Zarith dan Areysa menoleh.

Zarith menjeling manja anaknya. "Sukati lah. Isteri babah, bukan isteri Adeeb. Sebok je." Zarith menolak sedikit tubuh si anak.

Muncung sahaja mulut Adeeb. "Taknak kawan babah. Adik jom takyah kawan babah." Adeeb mengajak adiknya untuk tidak berkawan dengan babahnya.

Nasib ko lah Zarith. Ahaha

Membulat mata si babah. "Aip! Apa pula ajak Adeel supaya tak kawan babah. Kalau Adeeb taknak kawan babah sudah lah." kalini Zarith pula bersuara.

Adeeb menjelirkan lidahnya. "Adeeb Zahran bin Zarith Adham..." Areysa sudah memanggil anak dengan nama panjang sekali bapaknya.

Terdiam Adeeb.

"Mama tak ajar tau, Adeeb jelir lidah macam tu. Mintak maaf dengan babah. Kalau tak, tahun ni tak dapat duit raya." sengaja Areysa memancing emosi sang anak.

Muncung sahaja mulut Adeeb. Kaki melangkah kearah babahnya. Dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Babah, kita nak mintak maaf."

Zarith tersenyum. "Babah dah maafkan."

"Betul?"

Zarith menganggukkan kepalanya. "Babah tak marah?" Zarith menggelengkan kepalanya.

"Maceh babah." Adeeb mencium pipi babahnya lalu berjalan kearah adiknya kembali.

Areysa yang melihat itu pun tersenyum sahaja. Kalau lelaki dihadapannya bergaduh, kejap aja.

***

Kalut sahaja Areysa menyiapkan dirinya. Setelah dia settle kan anak-anaknya jadi kalini dia menyiapkan tudungnya pula.

"Abang!" panggil Areysa. Zarith yang dari luar bilik itu laju bergegas masuk kedalam bilik. "Kenapa? Kenapa?"

"Tolong pakaikan tudung boleh?" soal Areysa lalu tersenggih. Zarith menghela nafasnya. Ingatkan apalah.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now