Zarieysa | 29

6.6K 271 9
                                    

Areysa dan Ayra sedang mengelap pinggan mangkuk untuk digunakan pada malam esok. Areysa bangun dari duduknya dan berjalan kearah Tengku Zanira yang sedang masak makan malam diluar rumah.

Tapi langkahnya terbantut apabila ada sosok yang menarik tudungnya. Areysa mengepalkan tangannya. Areysa memusingkan badan. Gadis itu menghadap sosok yang menarik tudungnya itu.

Wanita itu hanya menanyangkan senyuman sinis kearahnya. Merah padam wajah Areysa menahan marahnya.

"Ops, tak sengaja." sindir Athirah. Areysa hanya menganggukkan kepalanya lalu melangkah pergi. Malas mahu melayan.

Tapi tudungnya ditarik buat kali kedua. Terhenti langkah Areysa. "Nak apa?" soal Areysa.

Athirah masih menanyangkan senyuman sinisnya. "Kau tanya aku nak apa? Heh perempuan, macam mana kau boleh dapatkan Ad?"

Areysa hanya mengangkat bahunya. Dia mahu pergi dari situ tetapi bahunya dipegang oleh Athirah.

Areysa menghela nafasnya. "Nak apa?"

"Kau tak jawab soalan aku perempuan."

"Kan dah jawab." jawab Areysa. Areysa berlalu pergi, tiba-tiba dia ditolak oleh Athirah. Areysa terduduk.

Areysa merintis kesakitan. "Aduh."

Dia menggosok-gosok tapak tangannya. "Sakit? Ah hati aku lagi sakit lah bila tengok kau mesra dengan dia lah. Patutnya aku lah kahwin dengan dia!"

Areysa bangun dari duduknya. Dia menatap tajam anak mata wanita itu. "Okay then?"

Athirah menggepalkan tangannya. "Aku yang patutnya kahwin dengan Ad!" ulang Athirah.

Areysa hanya mendiamkan dirinya sahaja. "Dah tu kenapa tak ajak dia kahwin?"

Athirah terdiam. "Punca sebab kau lah aku tak dapat kahwin dengan dia!" jerkah Athirah.

Athirah menolak Areysa kedua kalinya. Areysa tidak sempat mahu memegang tangga, dia sudah terjatuh.

"Aduh!"

"Lah kalini jatuh tangga? Good." kata Athirah dengan puas.

"Apa ni Thirah? Aku dengar dari luar." soal Nenek Asiah.

Athirah terkedu lalu memandang kearah neneknya itu. Nenek Asiah melihat Areysa terduduk seakan menahan kesakitan itu terus meluru.

"Eysa okay?"

Areysa hanya menganggukkan kepalanya. Dia menguntum senyuman sahaja. "Okay."

"Ad! Ad!" panggil Nenek Asiah.

Zarith berlari laju sahaja di pergi kearah neneknya. Dia terkejut apabila melihat isterinya terduduk di dapur.

"Kenapa nek? Kenapa dengan Medina?"

"Ni hah, si Thirah ni. Dia pergi tolak bini kamu."

Membulat mata Zarith. Dia memandang wajah Athirah. Laju sahaja Athirah menggelengkan kepalanya.

"Kau buat apa dengan bini aku?" tegas sahaja suara Zarith. Athirah menggelengkan kepalanya.

"T-tak b-bukan T-thirah bang."

"Tak payah tipu lah!"

Zarith menolak kasar Athirah lalu menuruni tangga untuk melihat keadaan isterinya itu. "Sayang okay?"

Areysa menganggukkan kepalanya. Zarith menolong isterinya bangun tetapi terbantut apabila Areysa terjerit kecil.

"S-sakit abang." adu Areysa.

Zarith yang melihat itu terus mendukung tubuh isterinya itu. Nenek Asiah mendekat kearah pasangan itu.

"Meh nenek tengok kaki Eysa." Nenek Asiah memegang kaki cucu menantunya. Dia menekan pada bahagian kaki.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now