Zarieysa | 25

8.1K 292 6
                                    

"Kenapa abang cakap macam tu dengan bonda?"

Zarith yang baru sahaja meloloskan dirinya keluar dari kamar mandi terbantut. Dia memandang wajah isterinya dan tersenyum nakal.

"Saja je. Kita memang akan bagi cucu dekat bonda dengan abi." jawab Zarith tanpa rasa bersalah.

"Memanglah kita akan kasik. Tapi kalau ya pun janganlah macam tu! Saya malu lah..." Areysa seakan mahu menangis. Lakinya pun harey lah.

"Ouh memang akan kasiklahkan? Tapi bila?!" soal Zarith ingin tahu. Areysa yang perasan akan salah cakapnya terus menggelengkan kepalanya.

"M-mana ada!"

Zarith menarik Areysa ke katil. Areysa terkedu. "A-awak nak buat apa ni?!"

"Making a baby darling." bisik Zarith. Areysa menolak bidang dada suaminya. Dia menolak kuat tetapi apakan daya tenaganya tidak sekuat suaminya itu.

"T-taknak!"

Apabila Zarith melihat air mata isterinya itu. Dia seakan tersedar akan langkahnya. Dia bangun dari menindih lalu terus memeluk isterinya.

"Sorry baby." pujuk Zarith dengan lembut.

"A-awak jahat!"

Zarith menghela nafasnya. Salah dia sebab ni. Dia masih memujuk girlfriend halalnya itu. Dia menggosok belakang badan isterinya. Dia berasa basah didadanya.

Areysa melepaskan pelukkan. Zarith mengelap air mata pada wajah isterinya. "Okay abang mintak maaf okay? Abang tak sengaja."

Areysa menganggukkan kepalanya lalu Zarith mencium ubun-ubun isterinya itu. "Sorry okay? Kita tidur." ajak Zarith.

Areysa menganggukkan kepalanya sahaja. Mereka menghempaskan badannya diatas katil. Seperti biasa, Zarith akan menarik Areysa masuk kedalam pelukkan.

"Sayang nak dengar cerita tak?"

Areysa mendonggakkan kepalanya lalu memandang raut wajah Zarith. "Cerita apa?"

"Ada sorang tu, dia cenggeng gila. Lepastu orang usik sikit je dah nangis. Cenggengkan dia?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "Haah. Siapa tu abang?"

"Nak tahu?" Areysa menganggukkan kepalanya. Zarith tersenyum.

"Nama dia yang abang akad nikah beberapa minggu lalu iaitu Nurareysa Medina."

Areysa yang mendengarkan itu terus menjauh daripada Zarith. Dia bangun dari baringnya. Lalu mencempak bantal kearah muka Zarith.

"Eysa benci abang. Benci benci benci!" kata Areysa sambil memukul lengan Zarith. Zarith tertawa lalu menangkap tangan Areysa.

"Jangan benci abang sangat daisy. Nanti Medina rindu dengan pelukkan hangat abang." kata Zarith.

Areysa menjeling kearah Zarith. "Dahlah awak tidur lah luar sana."

Membungkam Zarith. "Okay! Sorry! Janganlah yang. Abang taknak tidur luar."

"Siapa suruh buat kita."

"Okay. Kita kosong kosong ya?"

"Hm."

Zarith tersenyum lalu mencium pipi Areysa. "Sayang awak."

Zarith membaringkan tubuh Areysa lalu dia menarik kembali Areysa kedalam pelukkan. "Nak dengar cerita lagi tak?"

"Taknak!"

"Alah ni betul-betul punya cerita yang. Storytime before sleep. Nak?"

"Hm."

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now