Zarieysa | 08

10.9K 427 14
                                    

Areysa melaburkan punggungnya bersebelahan dengan Aisaar. Abangnya menoleh kearahnya. "Abang tadikan ada kawan abang datang." beritahu Areysa.

Aisaar yang sedang pangku Aeman. "Siapa?" soal Aisaar seakan tidak tahu siapa.

Areysa menggarukan kepalanya apabila mahu menyebut nama lelaki itu. "Alah kawan abang tulah."

"Siapa?" ulang Aisaar lagi. Areysa mendegus kasar.

"Zarith tu lah."

Aisaar hanya menganggukkan kepalanya. "Okay then?"

"Abang taknak tanya apa-apa ke? Taknak tanya dia datang sini buat apa? Taknak tanya dia cari siapa?" tanya Areysa bertubi-tubi.

Aisaar hanya menggelengkan kepalanya sahaja. "What?! Seriously abang taknak tanya?"

Aisaar tetap menggelengkan kepalanya. Areysa bangun dari duduknya lalu berjalan kearah tangga. Dia meloloskan dirinya masuk kedalam bilik.

Areysa menghempas pintu biliknya itu. Aisaar yang mendengarkan dari bawah itu hanya tertawa halus.

"Eysa, Eysa. Masih tak dapat hint ke yang Zarith tu nak ambil hati dia." ujar Aisaar dengan perlahannya lalu dia bermain dengan anaknya.

" ujar Aisaar dengan perlahannya lalu dia bermain dengan anaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok! Tok! Tok!

"Masuklah."

Pintu bilik dikuak dari luar, sosok itu berjalan masuk lalu melaburkan punggungnya dibirai katil.

"Ya Fina nak apa?" soal Zarith yang sedang mengemas bajunya untuk pulang ke kampung.

Zarfina memandang abangnya. "Abang..."

"Ya Fina, ada apa?" tanya Zarith.

"Abang taknak kahwin ke?" soal itu membuatkan Zarith menelan air liur dengan kesat.

Zarith mengeluh. "Abang bukan taknak kahwin, tapi tulah jodoh tak sampai lagi."

Zarfina mengecilkan matanya memandang Zarith. "Yeke? Bukan abang nak ambil hati Eysa ke?"

Zarith terdiam. Macam mana Fina boleh tahu? Sedangkan dia cuma cerita dengan bonda sahaja.

Zarfina menjongkitkan keningnya. "Hm betulkan?"

"Macam mana Fina tahu?" soal Zarith. Zarfina tersenyum.

"Fina tahu lah, dah abang pun cerita dengan bonda. Mestilah bonda cerita dekat Fina. Bonda bukannya boleh simpan rahsia."

Zarith hanya menganggukkan kepalanya. "Jadi abang nak Fina tolong tak?"

Zarith mengangkat wajahnya. "Boleh ke? Macam mana?"

"Hehe macam ni..." Zarfina menceritakan rancangannya kepada Zarith. Zarith yang mendengarkan itu hanya memandang wajah adiknya seakan tidak percaya.

"Kau biar betul dik?"

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now