Zarieysa | 34

6.3K 237 5
                                    

Areysa termenung kearah jendela. Zarith perlahan-lahan meletakkan dulang diatas nightstand. Zarith memegang bahu Areysa.

"Sayang okay?"

Areysa segera mengelap air matanya lalu memandang sang suami dan tersenyum. "Eysa okay."

Zarith menilik wajah Areysa. "Kenapa nangis ni hm? Any problem sayang?"

"Tak tak."

"Nope. Sayang tak pandai tipu." Areysa hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Cuba cerita problem sayang. Can?"

Areysa hanya menganggukkan kepalanya. "Eysa rasa diri Eysa ni macam tak berguna. Sebab...sebab tak mampu nak jaga anak kita abang. Eysa mintak maaf dengan abang." ceritanya. Tubir matanya berkolam.

Zarith menghela nafasnya. Dia menarik sang isteri masuk kedalam pelukkan. Terhambur tangisan isterinya.

"Shh. Bukan salah sayang, kita pun taktahu dia hadirkan? Jadi janganlah salahkan diri tu sayang. Abang tak salahkan sayang."

"T-tapi E-eysa bersalah."

"Takpe. Next time buat lagi."

Areysa terdiam. Tangannya menepuk kuat belakang badan Zarith. Zarith merintis kesakitan.

"Takde ayat lain ke nak keluar?" soal Areysa sambil mengelap air matanya.

"Alahh yang ni, gurau pun takle. Jom makan, mama ada masak."

Areysa menganggukkan kepalanya. Zarith menyuapkan nasi kedalam mulut isterinya itu. Zarith tersenyum.

"Takpe, inshaAllah kita akan dapat time dah sesuai ya sayang?"

Areysa menganggukkan kepalanya. Sesudah menyuapkan isterinya makan. Zarith membantu isterinya mandi.

"Nak tidur ke?"

"Taknak. Nak duduk dengan abang."

"Okay. Jom." Zarith mendepakan tangannya. Areysa masuk kedalam pelukkannya.

Zarith mencium ubun-ubun isterinya itu. Dia mengambil iPad miliknya lalu menyambung manuskripnya.

"Tak siap lagi ke?"

"Belum." jawabnya tanpa memandang wajah Areysa.

"Panjang ke?"

"Panjang. Sebab ni memang khas abang siapkan untuk isteri kesayangan." tuturnya sambil tersenyum.

Areysa yang mendengarkan itu seperti ada rama-rama didalam perutnya. "Abang, kenapa abang sweet sangat ni?"

Zarith tertawa halus. "Lah baru tahu ke? Sebelum kahwinkan abang sweet juga. Sayang je taktahu."

"Yeke?"

"Ya. Masa abang kasik sayang pickupline tu? Sweet kan?"

"Nope. Itu Eysa sakit hati dengar, orang tanya lain. Lain jawabnya."

Zarith tertawa terbahak-bahak. "Alah kitanya gurau jelah sayang. Ish dia ni gurau pun tak boleh." Zarith mencuit hidung Areysa.

"Tak boyeh." jawab Areysa. Zarith tertawa kecil.

"Lah sejak bila saya kahwin dengan anak kecil ni hm?"

Areysa hanya mempamerkan barisan giginya. Zarith menggelengkan kepalanya. "Hm comel lah geram rawr."

"

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।
MRS. ZARITH ADHAM | Cजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें