SATU - ' Permintaan daddy '

126K 3.1K 92
                                    

Malam itu, Tan Sri Hamid menyuruh Puan Sri Mariam memanggil Hafiz dan Rasya untuk berkumpul di ruang tamu. Katanya ada hal penting yang mahu dibincangkan. Entah apa yang penting sangat pun mereka tidak tahu.

" Memandangkan Hafiz dengan Asya dah ada ni, daddy minta kamu berdua fokus dengan apa yang daddy nak cakap. " Kata Tan Sri Hamid dengan tegas.

" Apa yang penting sangat daddy? " Tanya Hafiz iaitu anak sulung dari keluarga Itu.

" Daddy nak Hafiz uruskan semua tentang syarikat. Dah tiba masanya untuk daddy berehat. " Terang Tan Sri Hamid.

" Tapi kenapa daddy tak suruh Asya je yang uruskan? Selama ni kan memang Asya yang uruskan semuanya. " Sampuk Rasya dengan tiba-tiba.

Tan Sri Hamid memandang Rasya.
" Memang Asya uruskan semuanya tapi daddy rasa abang Hafiz lebih layak untuk uruskan syarikat tu. "

" Habistu Asya macam mana? Takkan Asya nak duduk rumah je? " Asya mula membantah keputusan daddynya.

"  Daddy nak Asya kahwin. Daddy nak tengok anak daddy ni kahwin. " Jawab Tan Sri Hamid dalam keadaan serius. Langsung tiada tanda-tanda yang Tan Sri Hamid sedang bergurau.

Rasya terkedu seketika. Dia langsung tidak menyangka yang daddynya akan menyentuh hal itu. Dia langsung tidak berminat dengan semua itu.

Semua yang berada di ruangtamu itu sedikit terkejut. Rasya harus berkahwin? Macam mana Rasya nak kahwin kalau pilihan hati pun takde.

Sejak Rasya ditinggalkan oleh Daniel, dia nekad untuk tidak lagi bercinta dengan mana-mana lelaki. Bagi Rasya semua lelaki yang berdamping dengannya tidak ikhlas. Hanya kerana dia anak Tan Sri Hamid semua mahukan dia. Lebih tepat mahukan duitnya. Seperti Daniel.

" Kenapa tiba-tiba ni abang? " Puan Sri Mariam yang dari tadi mendiamkan diri sudah mula bersuara. Dia sedikit pelik dengan perangai suaminya sejak kebelakangan ini. Tidak pernah-pernah nak masuk campur hal jodoh anak-anak tapi malam ini disuruhnya pula Rasya kahwin. Tak ke pelik tu.

" Umur Rasya semakin meningkat. Jadi Rasya perlu kahwin dengan segera. Kalau boleh sebelum abang tutup mata, abang nak tengok anak-anak abang kahwin. " Jawab Tan Sri Hamid, sayu.

" Asya taknak lah kahwin. Kalau daddy nak sangat tengok anak daddy kahwin, tu abang tu kan ada. " Bantah Rasya.

" Asya pikirkan lah permintaan daddy ni. Daddy harap Asya tak membantah. Daddy bukan apa, cuma nak tengok anak daddy dijaga dengan elok dan bahagia dengan suami tercinta. Bila daddy pergi nanti, daddy mesti pergi dengan tenang. Takdelah risaukan anak perempuan daddy sorang ni. " Pipi Rasya dicuit perlahan. Rasya mengambil tangan daddynya dan dipegang erat.

Mata Rasya menjadi panas. Permintaan daddynya amat berat untuk dia tunaikan. Dia masih tidak sanggup untuk berkahwin sekali lagi. Perkahwinannya yang lalu pun masih belum diketahui oleh keluarga.

" Tapi daddy, Asya betul-betul belum bersedia untuk tamatkan zaman bujang Asya. Asya pun belum ada pilihan hati lagi. " Sedaya-upaya Rasya menolak permintaan daddy.

" Adik kahwin jelah. Adik pun bukan muda sangat. Dah boleh kahwin dah. Takkan umur dah 40 tahun baru nak kahwin, kan? Jodoh ni dik, kena cari bukan dia turun dari langit. Usaha lebih sikit. " Sampuk Hafiz .

Rasya memandang sekilas ke arah abangnya. Kemudian pandangannya beralih pada mama.

Puan Sri Mariam mengangguk kecil tanda menyuruh Rasya bersetuju dengan permintaan daddy. Dia kembali memandang daddynya.

" Daddy bagi Asya masa boleh? " Tanya Rasya dengan lembut. Dia mahu mengambil masa buat dirinya. Rasya tidak besedia untuk memberi jawapan sekarang ini. Fikirannya sedang bercelaru.

" Boleh sayang. Daddy minta Asya fikir betul-betul ya? Daddy tahu Asya takkan kecewakan daddy kan? "

Rasya terdiam seketika mendengar kata-kata daddynya itu betul-betul buat dia rasa serba-salah. Memang Rasya tidak sanggup kecewakan daddynya. Namun berat hatinya ingin setuju. Dia masih belum bersedia untuk berkahwin. Hatinya masih ada kesan luka dengan perbuatan Daniel ke atas dirinya. Terlalu dalam luka itu.

" Rasya takkan kecewakan daddy. " Jawab Rasya . kemudian bibirnya mengukir satu senyuman palsu. Dia tidak mahu daddynya berkecil hati dengan sikapnya yang mementingkan diri ini. Dia mahu membahagiakan daddynya.

Semoga Rasya dapat membuat keputusan dengan bijak......

------------

                           Pov Rasya .

" Menungkan apa tu? " Satu suara menegur dari belakang. Pemilik suara itu mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku menoleh memandang Abang Hafiz disebelah. Sebuah senyuman aku hadiahkan kepadanya.

" Hm takdepape. "

" Asya fikirkan permintaan daddy ke? " Soal Hafiz lagi.

Aku melepaskan satu keluhan kuat.

" Asya taknak kahwin lah abang. Umur Asya baru 26 tahun, Asya muda lagilah. Tapi Asya tak sanggup nak kecewakan daddy. " Terang aku. Otak aku semakin berserabut.

" Memanglah Asya muda. Tapi kalau daddy tak paksa Asya kahwin, Asya akan kahwin ke? " Tanya Hafiz dengan keningnya terangkat-angkat mengalahkan Ziana Zain.

" Asya sanggup jadi andartu daripada kene kahwin. " Jawab aku dengan selamba.

" Haa tengok tuu. Sebab tulah daddy nak Asya kahwin secepat mungkin. "

" Hmm abang perasan tak kebelakangan ni daddy lain macam sikit? Yelah dulu kalau hal ni daddy tak pernah nak masuk campur. "

" Sebab daddy tak tahan nak cucu lah tu ! Bukan apa-apa pun lah. Suka fikir benda buruk. " Balas Hafiz sambil menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.

" Tak. Kali ni daddy lain. daddy seolah-olah nak pergi tinggalkan kita. "

" Apa adik merepek ni? dah dah. Tolong berhenti fikir benda buruk. " Pinta Hafiz.

Aku mencebik.
" Abang Hafiz........ " Panggil aku dengan suara sedikit lembut. Mata aku bercahaya. Senyuman cukup manis aku berikan pada abangku. Lebih tepat senyuman penuh makna. 

' Nak minta tolonglah tu. Baik aku blah dulu. ' Omel Hafiz dalam hati.

" Tak payah nak abang Hafiz sangat eh. Geli tengok muka gedik kau tu dik. Sekarang adik tak payah pening-pening. Buat je apa yang daddy minta. Abang dah lambat nak jumpa girlfriend abang. Byee adik. " Hafiz terus bangun dari tempat duduknya. Dah lambat nak jumpa girlfriend konon. Padahal nak lari. Haha.

" Abang sekejaplah ! Adik nak minta tolong sikit je ni! " Jerit aku. Hafiz hanya mengangkat kedua tangannya tanda tidak mahu masuk campur.

Aku mendengus geram.
" Aku belum minta tolong lagi dah lari. Macam mana nak terima kalau hati tak rela ni. yaAllah kusutnya kepala otak aku. " Rambut aku di serabaikan. Biarlah nampak seperti orang gila pun aku sudah tidak kisah, yang aku tahu aku taknak kahwin !

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now