TIGA PULUH LIMA - " Prove it to me "

51K 1.5K 19
                                    

Tiga hari sudah pun berlalu. Kepulangan suami tercinta amat di nanti-nantikan. Semalam dia mendapat mesej dari suaminya yang mengatakan dia sudah pun berangkat pulang ke malaysia. Terukir senyuman bahagia di bibir Rasya. Dia amat merindui suaminya itu. Tidak sabar rasanya mahu pergi mengambil Firash di lapangan terbang.

Jam dinding di lihat. Masih awal untuk dia berangkat ke lapangan terbang. Dia melabuhkan punggungnya di sofa lalu televisyen di buka. Dia mula menukar-nukar siaran. langsung tidak ada cerita yang best pagi-pagi begini. Dia tutup semula televisyen itu kemudian menghela nafas panjang.

" Lambatnya nak pukul 12... " monolongnya sendirian.

Puan Katrina dari tadi memerhati Rasya dari jauh sambil tersenyum. Dia datang dekat pada Rasya. Punggungnya di labuhkan di sebelah Rasya. Rasya tersentak kemudian dia memberikan satu senyuman buat Puan Katrina.

" Bosan ke? Pergilah keluar kalau bosan duduk di rumah. " Cadang Puan Katrina.

" Sekarang kalau nak keluar, Asya tak tahu nak pergi mana. Lagi dua jam baru Firash sampai Malaysia. " Balas Rasya.

" Firash nak balik Malaysia dah? Alhamdulillah rindu ibu pada dia. Takde dia dekat rumah ni sunyi saja. " Kata Puan Katrina . Rasya tersenyum kelat. Kemudian suasana menjadi hening seketika. Rasya masih janggal bila bersama dengan Puan Katrina. Dia belum biasa lagi dan tidak tahu mahu bualkan apa.

" Ibubapa Firash hidup lagi ke tak? " soal Puan Katrina memecah hening.

" Ayah Ash dah meninggal kalau ibu dia hidup lagi tapi Asya tak pasti ibu dia sekarang dekat mana. Sebelum kitorang kahwin, sekali je Asya pernah jumpa ibu Ash. " Beritahu Rasya. Puan Katrina mengangguk tanda mengerti.

" Dah berapa tahun korang berkahwin ? " tanya Puan Katrina lagi.

Rasya tergelak kecil. Peha Puan Katrina di tepuk lembut.
" Kami baru tiga bulan berkahwin ibu. Kalau bertahun mungkin anak kami dah berderet dah. "

" Ada orang dah dua tahun berkahwin pun masih belum di kurniakan zuriat tau. Macam ibu dulu lepas perkahwinan ibu cecah tiga tahun baru lah Allah berikan ibu zuriat. Tapi lepas anak ibu dah semakin besar rumah tangga ibu mula hancur kerana kesilapan ibu . Suami ibu ceraikan ibu dan ibu pula berikan anak ibu pada orang lain sebab ibu terlalu bencikan ayah budak tu. Padahal semua yang berlaku silap ibu... " Puan Katrina mula membuka cerita tentang masa lalunya. Kejadiaan itu memang layak di jadikan pengajaran buat dirinya yang terlalu lalai pada dunia sampaikan dia lupa tanggung jawabnya sebagai seorang ibu. .

" Ibu bagi pada siapa? ibu tak pergi tempat yang ibu hantar anak ibu tu ? " soal Rasya.

" Ibu beri anak ibu pada mak angkat ibu. ibu dah pergi tapi mak ibu dah meninggal. Bila tanya pasal budak yang mak ibu jaga semua kata budak tu dah hilang beberapa belas tahun yang lalu... "


" Boleh Asya tahu nama anak ibu siapa ? " Baru saja Puan Katrina mahu membuka mulut, telefon Rasya sudah berbunyi ada satu panggilan masuk. Tertera nama suaminya. Rasya meminta diri untuk mengangkat panggilan itu.

" Assalamualaikum sayang, sayang abang dah sampai dah ni. sayang dekat mana ? " soal Firash selepas panggilan di angkat. Rasya melihat jam di dinding. Baru pukul 11.30 pagi.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now